Aktiviti kawalan dan saringan susulan wabak malaria di perkampungan Orang Asli Pos Kemar, di sini yang mula dilaporkan 16 November lalu masih diteruskan.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam, Integrasi Nasional dan Kampung Baharu negeri, Datuk Dr Mah Hang Soon berkata, aktiviti pengesanan kontak itu akan diteruskan sehingga meliputi semua penduduk berisiko dalam kawasan sekitar dua kilometer radius.
Menurutnya, aktiviti itu dijangka dapat dilengkapkan dalam tempoh seminggu.
Dia berkata didapati seramai 41 Orang Asli Pos Kemar, Gerik positif malaria sehingga semalam, dengan tiga kes terbaru dikesan pada Rabu lalu.
“Kejadian wabak Malaria di Pos Kemar Hulu Perak dilaporkan pada 16 November 2016 setelah tiga penduduk di Kampung Senangit didapati positif,” katanya pada sidang media di sini pada Isnin.
Dr Mah berkata, lokaliti Pos Kemar didapati kawasan berisiko tinggi untuk jangkitan malaria dan kawalan menerusi edaran kelambu berubat secara berkala telah dijalankan.
Menurutnya, Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Perak dan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Hulu Perak memulakan aktiviti saringan dan semua penduduk dalam lingkungan dua kilometer radius dari tempat kes itu berlaku.
Beliau memberitahu, sehingga hari ini, sebanyak 90 daripada 317 rumah di kawasan wabak sudah diedarkan kelambu berubat.
“Selain itu, aktiviti semburan residu turut dijalankan di 40 buah rumah bertujuan untuk mengawal nyamuk Anopheles iaitu vektor untuk penyakit malaria,” ujarnya.
Katanya lagi, aktiviti pengambilan slaid telah dimulakan pada 17 hingga 20 November lalu dengan sebanyak 334 slaid telah diambil bacaannya.
Dr Mah berkata, setakat ini punca wabak berkenaan masih belum dikenalpasti.
Bagaimanapun, tambahnya, beberapa kemungkinan dikaitkan dengan pergerakan keluar masuk penduduk setempat yang mempunyai pertalian saudara dengan perkampungan Orang Asli di Gua Musang yang turut mencatatkan penularan wabak itu.
Di samping itu, ujarnya, kemungkinan wabak itu juga dibawa daripada kehadiran pekerja asing yang menjalankan proses pertanian dan pembangunan di kawasan tersebut.
Sebelum ini dilaporkan mereka yang dijangkiti disahkan positif menghidap malaria setelah didapati mempunyai simptom demam panas, menggigil dan cirit birit sejak dua minggu lalu.
Daripada jumlah yang dijangkiti, 22 merupakan kanak-kanak termasuk seorang bayi berusia 10 bulan.
Pihak Jabatan Kesihatan negeri hanya mula mengesan jangkitan virus itu selepas ibu bapa membawa anak-anak mereka untuk mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Pos Kemar minggu lalu.
Mereka dimasukkan ke hospital sejak Khamis lalu dan masih dirawat dan dikuarantin di Wad Khas Hospital Gerik.
Kesemua yang dijangkiti difahamkan dari Kampung Senangit, Kampung Rantau, Kampung Akai yang terletak di sekitar Pos Kemar di Hutan Royal Belum.
Abd Razak Mohd Ali
Mon Nov 21 2016

Mereka yang dijangkiti dimasukkan ke hospital sejak Khamis lalu dan masih dirawat dan dikuarantin di Wad Khas Hospital Gerik. - Foto Astro AWANI
Kuda jatuh gaung berjaya diselamatkan
Anggota bomba di daerah Orange, California bertungkus lumus menyelamatkan seekor kuda yang terjatuh ke dalam gaung pada Jumaat.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Lebih 700,000 penyu mendarat di pantai Rushikulya India
Lebih 700,000 ekor penyu spesies Olive Ridley mendarat di pantai Rushikulya yang terletak di timur Odisha, India. Ia rekod terbaharu penetasan penyu atau digelar oleh masyarakat tempatan sebagai fenomena 'Arribada' di pantai itu.
'Indonesia gelap' cerminan tekanan pemerintahan Prabowo
Kepimpinan awal Presiden Prabowo Subianto dalam pentadbiran kerajaan Republik Indonesia menyaksikan penentangan dalam kalangan mahasiswa negara itu. Ia selepas pemotongan bajet terutama melibatkan sektor pendidikan dan kebajikan mahasiswa di negara itu. Salah seorang peserta yang terlibat dalam protes 'Indonesia Gelap' berkata Subianto melakukan keputusan yang buruk dalam pengenalan polisi-polisi kerajaannnya.
Pangkalan data salah laku polis Amerika ditutup
Pangkalan data di seluruh negara yang menjejaki salah laku pegawai polis Amerika Syarikat telah ditutup berikutan arahan Presiden Donald Trump. Menurut notis di laman web Jabatan Kehakiman Amerika, menyatakan Trump telah membatalkan perintah eksekutif yang ditandatangani bekas Presiden Joe Biden menyebabkan Pangkalan Data Akauntabiliti Penguatkuasaan Undang-undang Kebangsaan (NLEAD) dihentikan operasinya.
Pembinaan Gaza dibawah 'pengawasan penuh' negara-negara Arab
Arab Saudi menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza. Pemimpin dari Mesir, Jordan dan negara Teluk menghadiri mesyuarat di Riyadh itu.
Bekas pegawai 1MDB syor siasatan diteruskan
Seorang Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesyorkan siasatan lanjut diteruskan mengenai ketulenan empat surat derma US$681 juta kepada Datuk Seri Najib Tun Razak yang didakwa diterima daripada keluarga diraja Arab Saudi.
10 Berita Pilihan - (21 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Sabtu – 22 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kerajaan kutip RM46 juta menerusi nombor pendaftaran istimewa
Kerajaan berjaya mengutip kira-kira RM46 juta menerusi jualan nombor pendaftaran istimewa (NPI) pada tahun lalu.
Kerajaan setuju kaji pemberian geran perkapitan berdasarkan bilangan penduduk
Kerajaan bersetuju untuk mengkaji semula pemberian geran perkapita kepada kerajaan negeri berdasarkan bilangan penduduk di setiap negeri

Tragedi mandi sungai: Mayat Nur Arina ditemui 7 kilometer dari lokasi hilang
Mayat seorang wanita yang hilang dihanyutkan arus semasa mandi-manda bersama ahli keluarganya di Sungai Air Beruk, Jalan Padang Setang, Kampung Kerunai di Gerik pada petang Ahad ditemui hari ini.

Anak dikhuatiri lemas, ibu selamat ketika mandi sungai di Gerik
Nur Arina dipercayai hanyut dibawa arus deras manakala ibunya diselamatkan orang awam dan dibawa naik ke tebing sebelum bomba tiba.

Polis tahan dua lelaki babit kes remaja dirogol, mengandung
Hasil pemeriksaan lanjut dari pihak Klinik Kesihatan Lenggong, mangsa disahkan mengandung.

Kastam rampas rokok seludup bernilai RM2.1 juta
Kastam Kelantan merampas sebanyak 3.2 juta rokok seludup dianggarkan bernilai RM2.1 juta dalam operasi darat pada 29 Jun hingga 5 Julai lepas.

10 cedera, dua selamat dalam kemalangan libat tiga kereta
Sebanyak 10 individu cedera manakala dua selamat dalam kemalangan melibatkan tiga kereta di kawasan Batu Melintang menghala ke Bukit Gerik, Jeli, petang tadi.

Orang Asli maut dipijak gajah di Gerik
Seorang lelaki Orang Asli maut, dipercayai dipijak seekor gajah di kawasan kebun getah Kampung Lerlar, Rancangan Penempatan Semula (RPS) Kemar, dekat Gerik, petang semalam.

Tak puas hati pembahagian harta, lelaki ugut keluarga ditahan
Polis Daerah Gerik menerima laporan berhubung perbuatan khianat dan ugut itu pada awal pagi Rabu, sebelum melakukan penahanan.

Perhilitan selamatkan gajah jatuh longkang
Perhilitan Perak berjaya menyelamatkan seekor gajah betina yang jatuh longkang di Batu 11, Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) berhampiran Tugu Peringatan JRTB di sini pada Jumaat.

Gerik kembali ceria selepas sedekad muram
Gerik bukan lagi pekan mati, mural tema tempatan ceriakan suasana sempena Tahun Melawat Perak 2024.

Dua lelaki maut kereta bertembung treler
Dua lelaki maut selepas kereta yang dinaiki bertembung dengan treler membawa muatan habuk kayu di Kilometer 20 Lebuhraya Timur Barat membabitkan laluan Tasik Banding menghala Gerik hari ini.