Wabak malaria di negara ini dijangka dapat dikawal sepenuhnya dalam masa terdekat jika ada kerjasama daripada masyarakat melalui aktiviti kawalan serta pencegahan, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam.
Beliau berkata keupayaan untuk mengawal penularan wabak berkenaan sangat tinggi berikutan penyakit itu boleh dirawat dengan ubat antimalaria berbanding tiada ubat khusus untuk rawatan bagi penyakit denggi.
"Kami yakin boleh mengawal wabak ini daripada terus menular, namun ia memerlukan kerjasama daripada penduduk di sesuatu kawasan kerana kaedah penyebaran malaria sama seperti denggi, chikungunya dan zika, yang kesemua penyakit tersebut disebarkan melalui vektor tertentu iaitu nyamuk.
"Paling penting mereka perlu mengikut nasihat yang diberikan oleh pegawai kesihatan di setiap kawasan termasuk menggunakan kelambu ketika tidur, datang ke klinik kesihatan berhampiran untuk melakukan pemeriksaan dan menerima rawatan yang secukupnya," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan majlis Rumah Terbuka Deepavali 2016 peringkat negeri Melaka di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh di sini malam tadi.
Turut hadir Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob dan Ketua Menteri Datuk Seri Idris Haron.
Pada 30 Nov lepas dilaporkan 93 kes jangkitan malaria dikesan dengan 57 pesakit dirawat di Hospital Gerik, Perak termasuk 37 kanak-kanak berumur bawah 12 tahun serta 12 pesakit lagi dirawat di Hopital Kuala Kangsar, Perak.
Dalam perkembangan lain, Dr Subramaniam berkata kebakaran kecil yang berlaku di Hospital Serdang, Selangor pada 9.16 pagi semalam dipercayai berpunca daripada kerosakan kapasitor lampu fluorescent di aras satu hospital tersebut.
Beliau berkata pihaknya telah mengadakan mesyuarat bersama pihak hospital terbabit dan meminta agar bahagian ke-juruteraan hospital melakukan pemeriksaan terhadap kesemua lampu di hospital yang mula beroperasi sejak Disember 2005 itu.
"Mana-mana lampu siling yang sudah lama atau gagal berfungsi, kita minta mereka tukarkan kepada lampu jenis diod pemancar cahaya (LED) kerana kami percaya lampu jenis LED kurang berisiko untuk terbakar berbanding lampu jenis fluorescent," katanya.
Dilaporkan kebakaran tersebut dipadamkan kakitangan hospital sebelum anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat tiba di lokasi kejadian pada 9.26 pagi, namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan susulan kejadian tersebut.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 08 2016

Keupayaan untuk mengawal penularan wabak berkenaan sangat tinggi berikutan penyakit itu boleh dirawat dengan ubat antimalaria. - Gambar fail

AS akan kemukakan resolusi mengenai konflik Ukraine kepada Perhimpunan Agung PBB pada 24 Feb
Amerika Syarikat (AS) akan membentangkan resolusi "bersejarah" mengenai penyelesaian konflik di Ukraine kepada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 24 Feb.

Pihak berkuasa, pengurusan masjid diseru ambil tindakan proaktif jaga keselamatan jemaah
Pihak berkuasa dan pengurusan masjid perlu segera mengambil tindakan proaktif bagi menjaga keselamatan jemaah, terutama kanak-kanak.
Agenda AWANI Asia: Pembangunan AI untuk kebaikan manusia
Sejauh mana pembangunan teknologi AI seperti ChatGPT, DeepSeek dan terkini Grok-3 membantu kehidupan manusia dan memacu perkembangan industri?
Diskusi dan analisis mengenai pembangunan teknologi dan penggunaan AI serta impak kepada perkembangan industri dalam Agenda AWANI Asia jam 9malam ini.
Diskusi dan analisis mengenai pembangunan teknologi dan penggunaan AI serta impak kepada perkembangan industri dalam Agenda AWANI Asia jam 9malam ini.

Thailand tegas banteras sindiket penipuan pusat panggilan dengan kerjasama serantau
Kerajaan Thailand kini memperkukuh kerjasama dengan negara jiran bagi menghapuskan operasi sindiket penipuan pusat panggilan rentas sempadan yang mengeksploitasi kelemahan sistem sedia ada.

ATC 2025: Nurul Izzah Izzati pecah rekod kebangsaan, mara ke separuh akhir
Nurul Izzah Izzati mencipta rekod kebangsaan baharu acara pecut individu pada pusingan kelayakan Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ATC) 2025.
Gegaran di Butterworth berpunca latihan TUDM
Polis mengesahkan bunyi letupan dan gegaran yang berlaku di kawasan Bagan Ajam berpunca latihan ketenteraan TUDM.
Kastam Perak bongkar taktik simpan rokok seludup di kubur
Meletakkan lori berisi kontraban di kawasan sunyi, termasuk tanah perkuburan. Satu taktik yang unik, namun Jabatan Kastam Diraja Malaysia Perak berjaya membongkar kegiatan sindiket penyeludupan itu selepas menangkap dua lelaki dalam serbuan pada 21 Januari lalu.

Imigresen nafi dakwaan dera di depot tahanan
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menafikan dakwaan berlakunya kejadian dera di depot tahanan jabatan terbabit di Selangor, seperti yang tular di media sosial hari ini.
JAS pasang alat ukur kualiti udara, kebakaran kilang karpet
JAS Negeri Sembilan memasang alat pengukur kualiti udara bagi memantau tahap kualiti udara di kawasan kebakaran kilang karpet di Nilai 3.
Pemukiman Jemaah Menteri tahun 2025
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui bahawa prestasi sebahagian menteri Kabinet belum sempurna dan masih ada ruang untuk penambahbaikan.
Untuk mengetahui perkembangan lanjut terus bersama Umavathi Ramayah yang berada di lokasi Pemukiman Jemaah Menteri Kerajaan Madani tahun 2025.
Untuk mengetahui perkembangan lanjut terus bersama Umavathi Ramayah yang berada di lokasi Pemukiman Jemaah Menteri Kerajaan Madani tahun 2025.

COVID-19: Ubat antimalaria disyor Trump dikaitkan dengan peningkatan kematian
Hasil kajian bersama penyelidik akademik itu mendapati lebih 27 peratus pesakit dirawat dengan hydroxychloroquine serta 22 peratus yang diberi terapi kombinasi meninggal dunia.

Wabak Malaria dijangka dapat dikawal sepenuhnya dalam masa terdekat - Subramaniam
Wabak malaria di negara ini dijangka dapat dikawal sepenuhnya dalam masa terdekat jika ada kerjasama daripada masyarakat melalui aktiviti kawalan serta pencegahan.