KUALA LUMPUR: Penolong Pegawai Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Abdul Wahab Abdul Kadir Jilani yang terbabit kontroversi video tular dengan bekas Ketua Pengarahnya, Datuk Mohammad Agus Yusoff mengesahkan 'Mr H' yang mengarahnya merakam video adalah individu sama dipanggil polis.
Peguamnya, Faizal Rahman berkata, Wahab, 33, mengesahkan identiti 'Mr H' dalam rakaman percakapannya dengan pihak polis bagi membantu siasatan kes itu.
"Pada hari ini kita (Wahab) mengesahkan individu (yang didakwa sebagai 'Mr H') yang dipanggil polis sebelum ini (adalah) orang yang sama.
"Pihak polis sebutkan sebelum ini Wahab cuma perlu tampil dan memberi pengesahan identiti 'Mr H' dan ia dah dipenuhi," katanya kepada pemberita ketika ditemui di pekarangan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman pada Rabu.
Pada 17 November lalu, Wahab dalam satu sidang akhbar di sebuah hotel di Bangi mendedahkan tindakannya merakam perbualan bersama Mohammad Agus didalangi seorang individu dikenali sebagai 'Mr H'.
Bagaimanapun, Wahab mendakwa video itu telah disunting sebelum ia disebarkan dan tular di media sosial.
Susulan kenyataannya itu, polis memanggil individu dipercayai Mr H yang dimaksudkan bagi dirakam keterangan.
Wahab terdahulu tiba di Bukit Aman kira-kira jam 11 pagi sebelum tamat rakaman percakapan pada jam 2.30 petang.
Faizal memberitahu, Wahab hadir memberi keterangan sebagai saksi berikutan laporan yang dibuat Mohammad Agus sebelum ini.
Ditanya lanjut tentang identiti Mr H pula, Faizal mengesahkan pegawai itu masih lagi bertugas di J-KOM namun enggan mengulas lanjut.
Sementara itu, menurutnya, keadaan Wahab yang dilaporkan mengalami kemurungan sebelum ini sudah sedikit stabil tetapi masih memerlukan bantuan perubatan.
Kata beliau, Wahab juga akan membuat laporan polis terhadap Mr H dalam masa terdekat.
“Wahab akan buat laporan polis sama ada esok atau lusa, tidak dijangka di (balai polis) mana namun dijamin (kes ini) akan selesaikan secepat mungkin.
“Dia (Wahab) masih lagi dalam ketakutan, tetapi keadaannya stabil,” katanya.
Sinar Harian
Wed Nov 29 2023

Peguamnya, Faizal Rahman berkata, Abdul Wahab mengesahkan identiti 'Mr H' dalam rakaman percakapannya dengan pihak polis bagi membantu siasatan kes itu. - Gambar fail

Mahkamah khas SOSMA: Pendekkan atau hapus tempoh tahanan 28 hari tanpa bicara
Kerajaan juga wajar mempertimbangkan pindaan akta termasuk peruntukan mengenai isu jaminan bagi mengurangkan kesesakan di penjara.

Malaysia semakin popular sebagai destinasi acara korporat India
Segmen MICE merupakan antara bidang tumpuan utama Tourism Malaysia pada SATTE tahun ini di New Delhi.

Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.
JAWI panggil individu pakai seperti wanita dalam acara hiburan
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan memanggil semua individu yang berpakaian menyerupai wanita dalam sebuah acara hiburan pada 16 Februari lalu.
Budak tercekik gula-gula kenyal meninggal dunia
Kanak-kanak berusia 10 tahun yang dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata meninggal dunia.
Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Seorang lelaki warga asing berusia 49 tahun ditahan polis di lampu isyarat Puchong Jaya selepas didapati menjual tisu kepada pengguna jalan raya, sekali gus mengganggu kelancaran lalu lintas.
Pistol berkarat ditemukan di belakang medan selera Pantai Bersih
Sepucuk pistol berkarat dan tidak berfungsi ditemukan di kawasan belakang sebuah medan selera di Pantai Bersih Butterworth pada Rabu.

Wahab sahkan identiti 'Mr H' kepada polis - Peguam
Penolong Pegawai J-KOM, Abdul Wahab Abdul Kadir Jilani yang terbabit kontroversi video tular dengan Datuk Mohammad Agus Yusoff mengesahkan 'Mr H' yang mengupahnya merakam video adalah individu sama.

Belum ada laporan polis dari Wahab - PDRM
Polis belum menerima sebarang laporan dari Penolong Pegawai di J-KOM Abdul Wahab Abdul Kadir Jilani, berhubung dakwaan rakaman video perbualan tular.