Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini bersetuju seorang wakil Jawatankuasa Disiplin akan dilantik di bahagian-bahagian Umno sebagai usaha untuk mengelakkan tindakan khianat dan sabotaj dari dalam.
Katanya, wakil yang terpilih pada tahun ini akan ditapis daripada kalangan tujuh perwakilan bahagian yang datang ke Perhimpunan Agung parti baru-baru ini.
"Nama-nama mereka akan diumumkan di bahagian dan setiap yang berlaku di bahagian masing-masing akan ada wakil yang boleh pantau keadaan," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.
Katanya, nama-nama wakil ini sedang diproses oleh Lembaga Disiplin Umno yang dipengerusikan Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen.
Katanya, tugas wakil Jawatankuasa Disiplin itu juga adalah untuk membuat laporan ke pusat terhadap sebarang tindakan sabotaj supaya satu tindakan awal boleh diambil.
Najib memberitahu, secara keseluruhannya, mesyuarat hari ini memberi fokus kepada persiapan jentera pilihan raya Umno dalam persiapan menghadapi pilihan raya umum ke-13.
"Kita telah menerima laporan audit sehingga ke peringkat Pusat Daerah Mengundi dan ikut laporan audit, kita amat puas hati pada tahap kesiapsiagaan sekarang," katanya.
Beliau berharap usaha-usaha untuk memantapkan lagi persiapan ini akan diteruskan oleh pucuk pimpinan negeri, bahagian sehinggalah ke Pusat Daerah Mengundi.
Bernama
Fri Feb 08 2013

[TERKINI] Amaran cuaca panas tahap jaga-jaga di Pendang, Pokok Sena, Baling
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan cuaca panas tahap satu (berjaga-jaga) di Pendang, Pokok Sena dan Baling di Kedah.
AWANI Ringkas: Kebimbangan Sultan Pahang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

KWSP kekal kukuh dengan strategi pelaburan seimbang
KWSP terus menunjukkan prestasi kukuh dalam mengimbangi portfolio pelaburannya di dalam dan luar negara, sekali gus memastikan pulangan kompetitif kepada ahlinya.

Jaga, hormati sensitiviti agama dan budaya Malaysia - Aaron
Menteri Perpaduan Negara ingatkan semua pihak untuk tidak mencetuskan ketegangan atau perasaan benci antara penganut agama.

Fahmi arah MCMC siasat stesen radio persenda upacara agama lain
Pengurusan Astro dan stesen radio tersebut akan dipanggil ke ibu pejabat MCMC bagi memberikan penjelasan penuh.

KWSP: Kerajaan tidak cadang wajib pencarum Islam pilih Simpanan Syariah - PM
Rekod penyamaan dividen KWSP itu dijangka akan meningkatkan lagi keyakinan pencarum beragama Islam untuk menambah simpanan Syariah.

'Dia tinggalkan semua demi saya, anak' - Ridzuan Ridzokumura sifatkan Akiko isteri penyayang
Meski masih cuba untuk kuat dengan kehilangan besar itu, Ridzuan bagaimanapun reda dengan pemergian isteri tercinta.

3 penyampai radio ERA mohon maaf secara terbuka
Nabil, Radin, Azad Jasmin susun jari mohon maaf berhubung aksi mereka yang kurang menyenangkan dan menyentuh sensitiviti masyarakat, khususnya kaum India.
ERA FM mohon maaf atas kandungan tidak sensitif
Stesen radio ERA FM tampil memohon maaf secara terbuka selepas penyiaran kandungan yang menyentuh sensitiviti masyarakat, khususnya kaum India. ERA FM menegaskan tiada niat untuk menyinggung mana-mana pihak dan berjanji lebih berhati-hati pada masa hadapan.
Fahmi arah siasat stesen radio persenda upacara agama lain
Menteri komunikasi, Fahmi Fadzil mengarahkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menjalankan siasatan terperinci ke atas sebuah sebuah stesen radio milik Astro yang dilihat mempersenda upacara agama lain menerusi sebuah video dimuat naik di platform media sosial.

Wakil jawatankuasa disiplin di setiap bahagian Umno untuk elak sabotaj
Datuk Seri Najib Razak hari ini bersetuju seorang wakil Jawatankuasa Dispilin akan dilantik di bahagian-bahagian Umno sebagai usaha untuk mengelakkan tindakan khianat dan sabotaj dari dalam.