KUALA LUMPUR: Kumpulan wakil pencarum yang menuntut pengeluaran wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) RM10,000 secara one-off atau sekali bayar hari ini menyerahkan memorandum itu di Parlimen.
Menurut wakilnya, Mohammad Farhan Jailani, memorandum sepatutnya diserahkan kepada tiga pemimpin iaitu Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Ahli Parlimen Pagoh Tan Sri Muhyiddin Yassin, dan Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.
Bagaimanapun, jelas Mohamad Farhan, hanya wakil Tengku Zafrul sahaja hadir menerima memorandum terbabit.
"Berdirinya kami di sini rakan-rakan pencarum untuk menyerahkan memorandum tuntutan pengeluaran kali terakhir KWSP sebanyak RM10,000 secara 'one-off' kepada tiga wakil.
"Kedua, kami menuntut sokongan semua Ahli Parlimen untuk suara rakyat didengari, disampaikan dan dibahaskan di Parlimen Malaysia.
"Ketiga, kami mendesak Perdana Menteri Malaysia meluluskan tuntutan pengeluaran kami ini," jelas Mohamad Farhan ketika ditemui pemberita di hadapan bangunan Parlimen pada Isnin.
Tegasnya, pencarum mempunyai hak untuk menuntut pengeluaran wang simpanan itu mengikut Akta KWSP 1991.
"Kami dengan tegasnya sebagai pencarum KWSP yang terkesan ingin menuntut hak kami menurut Akta KWSP 1991 Seksyen 54.
"Kami sekali lagi menegaskan kami tidak akan sesekali berhenti sehinggalah wang tersebut berada dalam akaun kami.
"Kami juga mengingatkan semua Ahli Parlimen yang dilantik menerusi proses undang-undang yang sah, dan juga sedang berada di dalam dewan ini supaya berkhidmat untuk rakyat.
"Dengar keluhan rakyat yang telah mengundi mereka di pilihan raya.
"Kami juga telah menghantar emel kepada semua Ahli Parlimen yang berada di dalam Dewan Rakyat termasuk Perdana Menteri sebagai Ahli Parlimen Bera, dan Tan Sri Muhyiddin sebagai Ahli Parlimen Pagoh," katanya lagi.
Dalam pada itu, wakil Persatuan Pengguna Islam malaysia (PPIM), Gulab Jan Fazal Eladi pula kecewa apabila sambutan diberikan sesetengah Ahli Parlimen dilihat hambar.
Jelasnya, isu pengeluaran wang KWSP itu seharusnya diberikan perhatian, kerana ia dituntut oleh rakyat yang amat memerlukan sumber kewangan.
"Saya berasa kecewa, kami nak hantar memorandum kepada PM dan Tan Sri Muhyiddin, tiada wakil datang mengambil. Kami dapat maklumat mereka ada urusan.
"Saya mengharap sangat mereka peka perkara ini kerana mereka naik pun kerana rakyat.
Sehingga kini, 18 Ahli Parlimen telah menyatakan sokongan terhadap tuntutan kumpulan tersebut.
Antaranya, Ahli Parlimen Pasir Mas, Bagan, Port Dickson, Baling, Hulu Langat, Jempol, Tuaran, Kinabatangan, Machang, Kapar, Gopeng, Kuala Langat, Padang Serai, Parit, Lanang, Setiu, Bagan Datok dan Pontian.
Fareez Azman
Mon Mar 14 2022

Kumpulan wakil pencarum yang menuntut pengeluaran wang KWSP RM10,000 secara 'one-off' hari ini menyerahkan memorandum itu di Parlimen. -Astro AWANI/Shahir Omar
Angka korban akibat ribut di selatan Argentina meningkat kepada 15
Angka korban akibat ribut kencang yang melanda bandar pelabuhan Bahia Blanca di selatan Argentina pada Jumaat meningkat kepada 15 orang dan dijangka akan terus meningkat.

Lady Gaga buat 4 konsert di Stadium Nasional Singapura pada Mei 2025
Singapura akan menjadi satu-satunya destinasi di rantau Asia bagi Lady Gaga dalam konsert jelajahnya kali ini.
"Amerika bukan Kanada", bidas Mark Carney terhadap ancaman AS
Bekas pegawai bank pusat, Mark Carney bertegas Kanada tidak akan pernah menjadi sebahagian daripada Amerika Syarikat dan sentiasa bersedia apabila ada pihak yang mencabar kedaulatannya.
Lebih 12,000 wanita jadi korban keganasan Israel di Gaza
Serangan berterusan di Gaza memberi kesan amat dahsyat kepada wanita, dengan seramai 12,298 wanita terkorban akibat serangan udara dan serangan tentera Israel.
Rubio lawat Arab Saudi, Kanada bincang mengenai Ukraine
Menurut kenyataan Jabatan Negara AS pada Ahad, Rubio dijadual memulakan lawatannya ke Jeddah pada Isnin selama tiga hari dan akan bertemu rakan sejawatannya dari Ukraine sebagai sebahagian daripada usaha Washington untuk menamatkan konflik.

Umairah kini miliki single raya pertama berjudul 'Tak Balik Raya'
Umairah Kini Miliki Single Raya Pertama Berjudul Tak Balik Raya - -Lagu Ini Mudah Melekat-
Kadar faedah The Fed dijangka lakukan tiga pemotongan tahun ini
Ketua Ekonomi, Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, keputusan Rizab Persekutuan (The Fed) Amerika Syarikat (AS) yang dijangka akan menurunkan kadar faedah sehingga tiga kali pada 2025 didorong oleh faktor seperti tekanan inflasi yang semakin reda serta keperluan untuk menyokong pertumbuhan ekonomi dalam persekitaran ketidaktentuan global.
Gangguan bekalan air: 65,000 pengguna SADA di Kota Setar, Kubang Pasu terjejas
Henti tugas LRA Bukit Pinang itu menyebabkan pengguna di daerah Kota Setar dan Kubang Pasu terjejas bermula 4.30 petang semalam sehingga kerja-kerja pembaikan dan pengagihan semula bekalan air selesai.
Institusi pondok - rakan strategik KDN, polis perkukuh kefahaman Islam
Institusi pondok berpotensi menjadi rakan strategik kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM), khususnya dalam usaha membendung ekstremisme serta memperkukuh kefahaman mengenai Islam.

Syarikat penerbangan baharu, Ascend Airways bakal beroperasi di Malaysia hujung 2025
Operasi Ascend Airways yang berpangkalan di United Kingdom akan dimulakan dengan dua pesawat Boeing B737-800s dan empat pesawat B737 MAX 8s.

Wakil pencarum serah memorandum tuntut pengeluaran terakhir RM10,000 KWSP
Tegasnya, pencarum mempunyai hak untuk menuntut pengeluaran wang simpanan itu mengikut Akta KWSP 1991.