IPOH: Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak hari ini mencuri tumpuan apabila Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Kinta, Muhamad Arafat Varisai Mahamad memegang ayam segar ketika berbahas.
ADUN PKR itu membuat ‘gimik’ demikian sebagai mengulas isu harga barangan terutama ayam segar yang mengalami peningkatan sejak akhir-akhir ini.
Malah Muhamad Arafat berkata, ayam yang dibawa masuk ke dalam persidangan itu sebagai ‘hadiah’ kepada Pengerusi Jawatankuasa Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan Perak, Razman Zakaria yang juga ADUN Semanggol.
Muhamad Arafat mendakwa, sepanjang dewan bersidang, tiada tindakan yang diambil oleh Razman dalam menangani isu berkenaan di peringkat negeri.
“Hadiah kepada (ADUN) Gunung Semanggol sebab resit ini, ayam ini dari Gunung Semanggol, saya beli dekat sana.
“Maknanya dalam resit ini sebelum 7 hari bulan, harga ayam di Semanggol sendiri sudah mencecah RM10 lebih... lepas 7 hari bulan saya difahamkan keluar satu skim harga maksima Keluarga Malaysia oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna RM9.30.
“Apa yang berlaku di Gunung Semanggol sendiri sangat menyusahkan rakyat, merunsingkan rakyat soal harga barang. Saya terpaksa bawa ayam ini kerana sejak minggu lepas sampai sekarang, satu tindakan tidak diambil oleh Exco.
“Kita tak nampak, apa Exco telah lakukan? Ada tak pernah buat pertemuan dialog bersama dengan peruncit-peruncit? Ada tak buat pertemuan dialog bersama pengusaha-pengusaha? Ada tak pertemuan dialong bersama pemborong-pemborong untuk melihat di mana masalah sebenarnya?” soal Muhamad Arafat
Sementara itu, dalam sidang media pula, Muhamad Arafat ditanyakan mengenai tindakan beliau yang dilihat seolah-olah hanya ‘menyerang’ Exco Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan serta bukannya Exco Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Negeri.
Menurut Muhamad Arafat, Exco Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna hanya bertanggungjawab mengawal harga barangan di pasaran sedangkan Exco Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan pula mempunyai peranan lebih besar dalam isu ini.
Beliau berkata, sebagai Pengerusi Jawatankuasa Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan, Razman seharusnya mengambil tindakan drastik seperti memperkenalkan subsidi di peringkat pembekal atau mendapatkan pandangan daripada semua peringkat rantaian bekalan makanan dalam menyelesaikan isu kenaikan harga barang.
Dalam masa sama, Muhamad Arafat juga meminta agar razman tidak dilihat seolah-olah mahu mensabotaj Menteri Besar Perak, sebaliknya, membantu kerajaan negeri dalam menangani soal berkenaan demi kepentingan rakyat.
Amirrul Rabbani
Tue Dec 14 2021

Ahliu Dewan Undangan Negeri Hulu Kinta, Muhamad Arafat Varisai Mahamad memegang ayam segar ketika berbahas di Dewan Undangan Negeri Perak pada Selasa. - Gambar SUK Perak

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.

Singapura cuba minimumkan impak bekalan ayam dari Malaysia
Singapura memantau rapat situasi import ayam dari Malaysia selain bekerjasama dengan pihak yang berkepentingan untuk meminimumkan kesan bekalan.

Wakil rakyat bawa 'ayam mahal' dalam DUN, hadiah pada Exco
ADUN PKR buat gimik sebagai mengulas isu harga barangan terutama ayam segar yang mengalami peningkatan sejak akhir-akhir ini.