Walaupun diuji dengan kebakaran besar, penduduk Sungai Lembing di sini tetap bersemangat kental untuk membangunkan semula pekan tersebut.
Mereka yakin pekan Sungai Lembing akan kembali seperti sedia kala tidak lama lagi.
Sikap optimis ini jelas terbayang, semasa Bernama menemui sebilangan penduduk yang terjejas dengan bencana itu, di Dewan Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Sungai Lembing yang dijadikan pusat penempatan sementara.
Menurut mereka, ini disebabkan keprihatinan pelbagai pihak yang tidak jemu-jemu menghulurkan bantuan kepada, sejak kejadian berlaku sehingga ke saat ini.
Penduduk, Kong Swee Leng, 65, yang kehilangan kedai runcit dua tingkat pada kejadian itu berkata akan berusaha untuk membina semula 'kehidupannya' di tapak asal yang merupakan peninggalan pusaka suaminya.
"Kedai runcit dan rumah di tingkat dua adalah satu-satunya peninggalan suami. Sudah lebih 50 tahun saya tinggal di sini selepas berkahwin, jadi nilai sentimentalnya sangat mendalam buat saya. Saya tiada tempat lain hendak tuju.
"Saya harap kerajaan negeri dapat membantu memberi geran atau pajakan untuk kami yang terjejas dalam kebakaran itu, kerana kawasan ini adalah tapak warisan," katanya.
Kong menambah, sementara menanti rumah dan kedainya dibina semula, beliau bercadang untuk menumpang secara bergilir-gilir di rumah anak dan saudara supaya tidak terlalu menyusahkan mereka.
Beliau juga melahirkan rasa syukur kerana ketika bencana berlaku semalam, beliau berada di rumah anak perempuannya di Taman Impianku yang terletak kira-kira 30 kilometer dari Sungai Lembing.
Hakikat beliau terselamat disifatkan sebagai 'peluang kedua buat dirinya'.
"Jika berada di rumah, sudah pasti sukar untuk saya menyelamatkan diri kerana saya tidur di bahagian atas. Saya mempunyai masalah lutut yang menyukarkan saya untuk berjalan... apa lagi untuk berlari dalam keadaan kecemasan seperti semalam," katanya.
Seorang lagi mangsa, Chang Fam Meng @ Chen Fam Meng, 83, yang tinggal seorang diri di situ juga berkata tidak akan berpindah ke tempat lain kerana seluruh kehidupannya sudah dihabiskan di pekan yang merupakan tapak peninggalan bandar perlombongan bijih timah.
Katanya, rumah yang musnah dalam kebakaran itu adalah peninggalan ibu bapanya dan berdasarkan pengalaman berjiran di pekan itu, beliau tahu mereka di situ akan saling membantu untuk kembali seperti sedia kala.
"Orang di sini semuanya baik hati. Ramai yang datang bertanya khabar. Bantuan juga tidak putus-putus tiba, bukan hanya dari kerajaan tetapi juga dari badan bukan kerajaan (NGO) dan orang perseorangan.
"Saya tahu perjalanan kami untuk membina semula pekan ini tidak mudah, tapi semangat dan bantuan daripada ramai pihak menjadikan tidak mustahil untuk kami bangkit," katanya.
Walaupun sedih kehilangan rumah pusaka, seorang lagi mangsa Yong Siew Meng, 43, juga berhasrat supaya pembangunan semula bangunan terbakar itu dibuat dengan mengekalkan reka bentuk sedia kala.
Katanya, susun atur deretan kedai dan rumah setingkat yang terletak di tengah-tengah pekan kecil Sungai Lembing itu menjadi identiti tersendiri kawasan itu, yang merupakan satu daripada lokasi tarikan pelancong di Kuantan.
Pada kejadian 1.30 pagi semalam, sebanyak 32 bangunan di Sungai Lembing musnah dalam kebakaran melibatkan 20 unit kedai dua tingkat, 11 unit rumah dan sebuah perpustakaan selain meragut nyawa sepasang suami isteri warga emas. -- Bernama
Bernama
Sun Sep 01 2019
Unit Pengesan (K9) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia menjalankan siasatan di lokasi kejadian kebakaran besar di Sungai Lembing Sabtu lalu. - BERNAMA
Dunia alami cuaca paling panas pada Januari 2025
Dunia mengalami Januari paling panas dalam rekod, meneruskan trend suhu global yang melampau.
Tidak perlu ubah sistem permarkahan 21 mata - Rexy
Pengarah Kejurulatihan Akademi Badminton Malaysia (ABM), Rexy Mainaky berpendapat tiada keperluan untuk Persekutuan Badminton Dunia (BWF) menukar sistem pemarkahan 21 mata sedia ada.
Pemeriksaan kenderaan: Anthony Loke umum 3 syarikat baharu, henti monopoli Puspakom
MOT lantik tiga syarikat baharu untuk melaksana pemeriksaan kenderaan, menamatkan monopoli Puspakom. Pelantikan ini diyakini dapat meningkatkan daya saing dan mudahkan pengguna.
Bomba selamatkan wanita dan tiga ekor kucing dalam kebakaran
Tindakan pantas pihak bomba berjaya menyelamatkan seorang wanita dan tiga ekor kucing dalam kebakaran membabitkan sebuah kedai dua tingkat di Tingkat Mahsuri, Bayan Lepas di sini hari ini.
Apa yang berlaku dalam mesyuarat Kabinet adalah rahsia besar - Fahmi
Menteri Komunikasi yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil menegaskan apa yang berlaku dalam mesyuarat Kabinet adalah rahsia besar dan tidak boleh didedahkan.
Nahas helikopter di Bentong: Siasatan BSKU dijangka selesai hari ini
Siasatan di lokasi insiden helikopter yang terbakar ketika mendarat untuk mengisi minyak di Batu 9, Jalan Lama Bentong-Kuala Lumpur oleh Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU) di bawah Kementerian Pengangkutan dijangka siap hari ini.
Kilang pemasangan EV Proton perkukuh AHTV, buka 3,000 peluang pekerjaan - Saarani
Pembinaan kilang pemasangan kenderaan elektrik (EV) Proton di sini bakal membuka lembaran baharu dalam memperkukuh pembangunan Lembah Teknologi Tinggi Automotif (AHTV), Tanjung Malim.
Al-Azhar tolak pemindahan warga Palestin secara paksa
Institusi Agama Mesir Al-Azhar Al-Sharif menolak sekeras-kerasnya sebarang rancangan pemindahan rakyat Palestin secara paksa.
Tidak perlu garis panduan, umat Islam tahu jaga batas akidah - Anwar
Tidak perlu garis panduan tertentu untuk umat Islam berkunjung ke rumah ibadat bukan Islam, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Trump tandatangani perintah eksekutif sekat Mahkamah Jenayah Antarabangsa
Trump mendakwa ICC melakukan "tindakan tidak sah dan tidak berasas" yang menyasarkan AS dan sekutu rapatnya, Israel.
Walaupun diuji, semangat penduduk Sungai Lembing tetap kuat
Walaupun diuji dengan kebakaran besar, penduduk Sungai Lembing di sini tetap bersemangat kental untuk membangunkan semula pekan tersebut.