BUTTERWORTH: Semua ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) diingatkan agar tidak berpecah-belah sehingga meretakkan parti, sebaliknya bersatu meneruskan perjuangan yang dibina sejak 25 tahun lepas.
Pengerusi Majlis Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata peringatan tersebut penting kerana perpecahan dalam parti boleh merosakkan parti yang ditubuhkan dengan semangat reformasi itu.
"Kita (dulu) sama-sama susah jadi saya mahu semua teruskan (teruskan perjuangan) sebab apa yang kita kecapi hari ini adalah hasil perjuangan kita yang terdahulu. Jangan pecah-belah kerana ia hanya akan meretakkan parti.
"Antara yang retak itu pula akan pecah dan yang pecah akan pecah lagi, jadi mari kita sama-sama bina lagi parti ini, Jangan biarkan perjuangan ini mati," katanya ketika berucap pada Majlis Sambutan 25 Tahun Keadilan Negeri Pulau Pinang di sini, hari ini.
Bekas Timbalan Perdana Menteri itu turut meluahkan perasaan sedih apabila Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar tewas di Parlimen Permatang Pauh pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang merupakan kubu kuat PKR sekian lama.
Meskipun gagal mempertahankan kerusi tradisi parti itu dalam PRU lepas, Wan Azizah yang juga pernah menjadi Ahli Parlimen Permatang Pauh, mahu PKR merampas semula kawasan itu yang merupakan tempat bermulanya reformasi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga presiden parti tersebut.
Justeru, isteri Perdana Menteri itu berharap semua ahli dapat bekerjasama dengan baik dengan mengimbau kembali kepayahan 25 tahun lepas serta meneruskan perjuangan demi masa depan generasi akan datang.
Terdahulu, Wan Azizah melancarkan Buku Sejarah Reformasi yang mengisahkan tentang perjuangan PKR sejak penubuhan parti itu pada 1999.
Turut hadir Nurul Izzah yang juga Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Pulau Pinang.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 04 2024
![Wan Azizah ingatkan ahli PKR bersatu teruskan perjuangan parti Wan Azizah ingatkan ahli PKR bersatu teruskan perjuangan parti](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51714829498_WanAzizahWanIsmai.jpg)
Dr Wan Azizah berkata peringatan itu penting kerana perpecahan boleh merosakkan parti yang ditubuhkan dengan semangat reformasi itu. - Bernama
Kementerian pendidikan tidak kompromi isu murid cicir
Beberapa langkah telah diambil secara proaktif oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi menangani isu keciciran pelajar, antaranya Program Ziarah Cakna, penyediaan Garis Panduan Mengurus Murid Berisiko Cicir di Sekolah (GPMBC), modul Serlahkan Keunggulan Diri (SUDI), serta modul kajian kes dan amalan terbaik.
Kerajaan belum beri lesen operasi kepada tiga syarikat
Kerajaan belum memberikan lesen operasi kepada tiga syarikat baharu yang melaksanakan perkhidmatan sebagai Pusat Pemeriksaan Kenderaan Motor.
[TERKINI] Cuaca panas dan kering di utara Semenanjung
Cuaca panas dan kering melanda kebanyakan lokasi di utara Semenanjung, termasuk Perak, Pahang dan Kelantan bermula bulan ini sehingga Mei.
![ACC 2025: Shah Firdaus kekal beraksi dalam acara keirin, pecut individu ACC 2025: Shah Firdaus kekal beraksi dalam acara keirin, pecut individu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61723386047_ShahFirdausSahrom.jpg)
ACC 2025: Shah Firdaus kekal beraksi dalam acara keirin, pecut individu
Jaguh berbasikal trek negara, Shah Firdaus Sahrom akan kekal beraksi dalam acara keirin dan pecut individu di Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 2025.
![Cuaca panas, kering landa utara Semenanjung, Pahang dan Kelantan hingga Mei Cuaca panas, kering landa utara Semenanjung, Pahang dan Kelantan hingga Mei](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51711621554_tbmusimkemarau.jpg)
Cuaca panas, kering landa utara Semenanjung, Pahang dan Kelantan hingga Mei
Cuaca panas dan kering dijangka melanda kebanyakan tempat terutamanya di kawasan utara Semenanjung termasuk Perak serta Pahang dan Kelantan bermula bulan ini sehingga Mei.
![Perhilitan tahan dua lelaki kes lepaskan ular sawa di longkang Perhilitan tahan dua lelaki kes lepaskan ular sawa di longkang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739336227_TBULARSAWA.jpg)
Perhilitan tahan dua lelaki kes lepaskan ular sawa di longkang
Perhilitan menahan dua individu bagi membantu siasatan berhubung pemilikan ular sawa tanpa lesen sah.
Pertumbuhan sektor perkhidmatan naik 6.2 peratus
Sektor perkhidmatan mencatatkan pertumbuhan sebanyak 6.2 peratus tahun ke tahun pada suku tahun keempat 2024 dengan hasil mencecah RM627.9 bilion.
![Zaquan Adha cuba tenangkan anak-anak, menangis tanya adik ke mana? Zaquan Adha cuba tenangkan anak-anak, menangis tanya adik ke mana?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739343632_TBZAQUANjpg.jpg)
Zaquan Adha cuba tenangkan anak-anak, menangis tanya adik ke mana?
Zaquan Adha berkongsi bahawa anak-anaknya masih terkejut dengan berita pemergian adik bongsu mereka, Allahyarham Muhammad Aisy Al Rees.
![22 termasuk CEO GISB mengaku tidak bersalah jadi ahli kumpulan jenayah terancang 22 termasuk CEO GISB mengaku tidak bersalah jadi ahli kumpulan jenayah terancang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739343500_tbCEOGISBDatukNa.jpg)
22 termasuk CEO GISB mengaku tidak bersalah jadi ahli kumpulan jenayah terancang
Seramai 22 individu dikaitkan dengan GISB termasuk Ketua Pegawai Eksekutifnya Nasiruddin Mohd Ali mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menjadi ahli kumpulan jenayah terancang.
![KWSP tolak dakwaan berkaitan pelaburan MAHB KWSP tolak dakwaan berkaitan pelaburan MAHB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738734281_KWSPEPFAkaunSim.jpg)
KWSP tolak dakwaan berkaitan pelaburan MAHB
KWSP menolak sebarang dakwaan salah laku atau pelanggaran peraturan dalam urusan jual beli saham Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB).
![Dr Wan Azizah gesa rakyat tolak anasir lagakan isu perkauman Dr Wan Azizah gesa rakyat tolak anasir lagakan isu perkauman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739096220_WanAzizah.jpg)
Dr Wan Azizah gesa rakyat tolak anasir lagakan isu perkauman
Ahli Parlimen Bandar Tun Razak Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menggesa semua lapisan rakyat supaya menolak sebarang anasir yang cuba melaga-lagakan mereka dengan memainkan isu perkauman.
![Isteri PM Jepun luangkan masa naiki Cruise Tasik Putrajaya Isteri PM Jepun luangkan masa naiki Cruise Tasik Putrajaya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51736483181_TBYOSHIKOAZIZAH.jpg)
Isteri PM Jepun luangkan masa naiki Cruise Tasik Putrajaya
Isteri Perdana Menteri Jepun, Yoshiko Ishiba hari ini meluangkan masa menaiki Cruise Tasik Putrajaya, mengelilingi tasik.
![Misteri kucing mati: Angkara kekejaman manusia atau serangan anjing liar? - Arie Misteri kucing mati: Angkara kekejaman manusia atau serangan anjing liar? - Arie](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41734779264_tbkucingmatiUM.jpg)
Misteri kucing mati: Angkara kekejaman manusia atau serangan anjing liar? - Arie
Pihak polis dinasihatkan tidak terburu-buru membuat kenyataan berhubung kes kematian ngeri beberapa kucing di Universiti Malaya adalah disebabkan serangan anjing liar.
![Batu Puteh: Keputusan tidak teruskan semakan dan tafsiran dibuat tanpa rujuk Jemaah Menteri Batu Puteh: Keputusan tidak teruskan semakan dan tafsiran dibuat tanpa rujuk Jemaah Menteri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/41700044215_PulauBatuPuteh.jpg)
Batu Puteh: Keputusan tidak teruskan semakan dan tafsiran dibuat tanpa rujuk Jemaah Menteri
Keputusan dibuat Dr Mahathir pada 21 Mei 2018 secara bertulis kepada Peguam Cara Negara, tanpa merujuk kepada Jemaah Menteri dan dimaklumkan kepada pihak Singapura pada pagi 23 Mei 2018.
![KPWKM ambil pengalaman isu GISB, tambah baik Dasar Kanak-Kanak Negara KPWKM ambil pengalaman isu GISB, tambah baik Dasar Kanak-Kanak Negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/71732428953_tbNancyShukriHar.jpg)
KPWKM ambil pengalaman isu GISB, tambah baik Dasar Kanak-Kanak Negara
Pengalaman berdepan kes GISB dianggap sebagai pengurusan risiko untuk kementerian bertindak dengan kadar segera dan memperbaiki SOP sedia ada.
![HRD Corp: Inisiatif kursus pembangunan keluarga guna caruman levi majikan diteruskan - PM HRD Corp: Inisiatif kursus pembangunan keluarga guna caruman levi majikan diteruskan - PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/51731123508_WanAzizahWanIsmai.jpg)
HRD Corp: Inisiatif kursus pembangunan keluarga guna caruman levi majikan diteruskan - PM
Human Resource Development Corporation (HRD Corp) akan meneruskan inisiatif pembiayaan kursus-kursus bertemakan pembangunan keluarga menggunakan caruman levi majikan.
![Isteri Perdana Menteri jalani prosedur kesihatan, dalam keadaan baik Isteri Perdana Menteri jalani prosedur kesihatan, dalam keadaan baik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61725899346_FBWanAzizah.jpg)
Isteri Perdana Menteri jalani prosedur kesihatan, dalam keadaan baik
Dr Wan Azizah berada dalam keadaan yang baik selepas menjalani prosedur kesihatan itu.
![Raja Permaisuri Agong berkenan rasmi Mesyuarat Agung Tahunan PPPM Raja Permaisuri Agong berkenan rasmi Mesyuarat Agung Tahunan PPPM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81719646882_RajaZarithSofiah.jpg)
Raja Permaisuri Agong berkenan rasmi Mesyuarat Agung Tahunan PPPM
Raja Permaisuri Agong berkenan berangkat merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan ke-59 Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM) di Kuching.
![Tidak hirau kuasa dan harta, Syed Hussin wajar dikenang pejuang sejati - Rafizi Tidak hirau kuasa dan harta, Syed Hussin wajar dikenang pejuang sejati - Rafizi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71719645024_RafiziRamli.jpg)
Tidak hirau kuasa dan harta, Syed Hussin wajar dikenang pejuang sejati - Rafizi
Allahyarham Dr Syed Hussin Ali wajar dikenang sebagai pejuang negara yang langsung tidak menghiraukan kuasa dan wang ringgit, kata Rafizi
![Penglibatan wanita sebagai pembuat keputusan perlu perancangan holistik - Dr Wan Azizah Penglibatan wanita sebagai pembuat keputusan perlu perancangan holistik - Dr Wan Azizah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61719063072_TBWanAzizah.jpg)
Penglibatan wanita sebagai pembuat keputusan perlu perancangan holistik - Dr Wan Azizah
Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata penglibatan wanita dalam menduduki jawatan tinggi sektor awam telah melebihi sasaran 30 peratus.