Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail melahirkan rasa sedih atas pemergian aktivis reformasi S. Jayathas petang Selasa.
"Saya sedih mendapat berita pemergian reformis sejak reformasi 1998, saudara Jayathas Sirkunavelu. Saya bersama @anwaribrahim (Datuk Seri Anwar Ibrahim) sempat ziarah beliau beberapa hari lepas di hospital.
"Semoga keluarga dan sahabat seperjuangan tabah menerima berita duka ini," katanya menerusi laman Twitternya.
Dilaporkan, Jayathas yang menderita penyakit buah pinggang meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur pada 4 petang tadi.
Mendiang bergerak aktif dalam gerakan reformasi dan pernah memegang beberapa jawatan dalam PKR termasuk ketua cabang Subang.
Jayathas juga aktif bersama gerakan Barisan Bertindak Hak Asasi Hindu (Hindraf).
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 21 2019
WAN AZIZAH: Semoga keluarga dan sahabat seperjuangan tabah menerima berita duka ini. - Gambar fail
KTMB tingkat kawalan rondaan cegah insiden pencerobohan
KTMB juga akan adakan perbincangan lanjut dengan APAD bagi memastikan pematuhan terhadap peraturan keselamatan serta penguatkuasaan undang-undang.
Emir Qatar pemimpin Arab pertama lawat Syria sejak kejatuhan Bashar al-Assad
Kunjungan Sheikh Tamim menandakan pemulihan penting hubungan Qatar-Syria.
Prestasi Pasaran Saham: Faktor penurunan dan pemacu utama
Bersama Ketua, MIDF Research, Imran Yassin Md Yusof untuk membincangkan faktor-faktor yang menyumbang kepada kelembapan pasaran saham baru-baru ini dan implikasinya terhadap pelabur.
Aerotrain: Kelewatan yang tidak memenuhi jangkaan
Kelewatan dalam menyambung semula perkhidmatan Aerotrain di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), pada asalnya dijadualkan pada Januari 2025, dilihat sebagai mengecewakan selepas lebih dua tahun menantikannya.
Toyota kekal peneraju pengeluar kereta terbesar dunia pada 2024
Toyota Motor Corp mengekalkan gelaran sebagai pengeluar kereta terbesar dunia berdasarkan jumlah jualan untuk tahun kelima berturut-turut pada 2024, didorong oleh permintaan kukuh bagi kenderaan hibrid, menurut data yang dikeluarkan pada Khamis.
Masjid, surau di Sarawak diarah laksana solat hajat bencana banjir selepas Jumaat
Solat ini bertujuan memohon kesejahteraan mangsa banjir serta agar bencana tersebut segera diangkat.
Pemulihan ekonomi Palestin melalui Bandar Wakaf Gaza
Projek Bandar Wakaf Malaysia di Gaza yang bakal dilancarkan selepas Ramadan ini bakal menjadi model pertama pembangunan wakaf Malaysia di Palestin sekali gus memperlihatkan bukti solidariti negara terhadap rakyat Palestin.
AWAN Ringkas 31 Januari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 31 Januari 2025
1️⃣ Tegakkan undang-undang antarabangsa
2️⃣ Pastikan kelancaran penyampaian bantuan
3️⃣ Pembebasan tebusan Hamas & Israel
#awaniringkas
1️⃣ Tegakkan undang-undang antarabangsa
2️⃣ Pastikan kelancaran penyampaian bantuan
3️⃣ Pembebasan tebusan Hamas & Israel
#awaniringkas
Ringgit dibuka mengukuh sedikit berbanding dolar AS
Pada 8 pagi, ringgit mengukuh ke paras 4.3900/3975 berbanding dolar AS daripada 4.3905/3980 pada Selasa.
‘Segalanya mungkin’ - kata Amorim mengenai nasib Manchester United
Walaupun permulaan sukar sebagai pengurus Manchester United, pasukannya perlu mensasarkan kemenangan dalam Liga Eropah.
Anwar beri sumbangan kepada aktivis reformasi Bob Kelana Jaya
Perdana Menteri menghulurkan sumbangan kepada Bob Kelana Jaya, seorang aktivis awal era reformasi yang kini menghidap penyakit buah pinggang.
Wan Azizah sedih atas pemergian aktivis reformasi S. Jayathas
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail melahirkan rasa sedih atas pemergian aktivis reformasi S. Jayathas petang Selasa.