KUANTAN: Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail hari ini mengumumkan senarai portfolio Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) selepas 12 hari mereka mengangkat sumpah jawatan membentuk kerajaan campuran.
Wan Rosdy ketika mengumumkan senarai tersebut di Wisma Seri Pahang Kuantan menggesa barisan Exco yang dilantik segera bekerja untuk rakyat kerana prestasi mereka akan dinilai semula empat atau lima tahun akan datang.
"Sebab dah jadi kerajaan dah ada jawatan kena buat kerja untuk rakyat… kalau tak rakyat akan pertikaikan kita pulak. Yang penting kita akan menghadapi rakyat semula dalam masa empat kelima tahun daripada sekarang itu hakikatnya," jelas Wan Rosdy.
Beliau dalam masa sama berharap kesemua barisan Exco juga dapat mengetepikan sentimen politik dan perbezaan ideologi masing-masing serta bekerjasama sebagai satu pasukan yang mantap bagi memastikan segala agenda pembangunan negeri dan kebajikan rakyat dapat terus dilaksanakan dengan cemerlang.
Wan Rosdy juga memaklumkan Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) pertama akan diadakan pada 29 Disember ini bagi melantik Speaker dan Timbalan Speaker yang baharu sesuai pembentukan kerajaan baharu di negeri itu, tanpa mengumumkan siapa calon terbabit.
Dalam pengumuman itu, Menteri Besar Pahang itu yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jelai akan memegang portfolio Perancangan, Kewangan, Tanah, Sumber Asli, Tenaga dan Air.
Tidak ketinggalan portfolio Pembangunan Ekonomi, Perladangan dan Komoditi juga di bawah tanggungjawab beliau.
Sementara dua ADUN dari Pakatan Harapan, Sim Chon Siang pula memegang portfolio Hal Ehwal Pengguna dan Sumber Manusia, manakala Leong Yu Man memegang portfolio Perpaduan, Pelancongan dan Kebudayaan.
ADUN Benta, Datuk Seri Ir Mohd Soffi Abdul Razak pula dikekalkan untuk portfolio Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi dan Pendidikan.
Bagi portfolio Hal Ehwal Agama Islam, Pembangunan Luar Bandar dan Hal Ehwal Orang Asli pula dipikul oleh Datuk Seri Syed Ibrahim Syed Ahmad yang juga ADUN Kerdau.
ADUN Bebar, Datuk Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff diumumkan menerajui portfolio Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan.
Wan Rosdy turut menyenaraikan muka baharu sebagai Exco iaitu Ir Razali Kasim (ADUN Muadzam Shah) bagi portfolio Hal Ehwal Felda, Koperasi dan Usahawan, sementara ADUN Pelangai, Datuk Seri Johari Harun memegang portfolio Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau.
Anak kepada Datuk Seri Najib Tun Razak iaitu ADUN Peramu Jaya, Datuk Mohamad Nizar pula memegang portfolio Pelaburan, Perindustrian, Sains dan Inovasi.
Tidak ketinggalan ADUN Guai, Datuk Sabariah Saidan memegang portfolio Pembangunan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga.
Bekas Setiausaha Akhbar Menteri Besar,Fadzli Mohamad Kamal (ADUN Dong) yang dilantik sebagai Exco memegang portfolio Komunikasi dan Multimedia, Sukan dan Badan-Badan Bukan Kerajaan.
Barisan 10 Exco Kerajaan Pahang telah mengangkat sumpah jawatan di hadapan Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al Mustafa Billah Shah di Istana Abu Bakar, Pekan, 2 Disember lalu.
Astro Awani
Wed Dec 14 2022
Wan Rosdy (depan, tengah) dan Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, Datuk Seri Dr Sallehuddin Ishak (depan, empat dari kiri) bersama barisan Exco selepas majlis pengumuman portfolio di Wisma Sri Pahang, di Kuantan, pada Rabu. - Gambar SINAR HARIAN
Meta dalam proses akhir peroleh lesen kelas ASP - Fahmi
Syarikat induk Facebook dan Instagram itu sedang menyiapkan dokumentasi untuk memenuhi keperluan perundangan khas sebagai sebahagian daripada proses pelesenan itu.
Gangguan perniagaan kekal sebagai kebimbangan utama risiko perniagaan di Malaysia pada 2025
Gangguan perniagaan kekal di kedudukan teratas, mencerminkan gangguan rantaian bekalan yang teruk yang dialami semasa dan selepas pendemik.
Sektor hartanah dijangka catat pertumbuhan kukuh pada 2025 - Rahim & Co
Abdul Rahim berkata, dengan sokongan kerajaan yang berterusan pasaran hartanah dijangka terus berkembang.
Bantuan kepada veteran permotoran ikut kemampuan MAM - Mokhzani
Keputusan mengenai bantuan itu bukan diputuskan seorang diri, tetapi perlu melalui beberapa proses termasuk perbincangan bersama barisan komuniti.
Houthi pantau gencatan senjata Gaza, terus serang jika Israel cabuli
Kumpulan Houthi Yamen menyatakan, kumpulan yang disokong Iran itu akan memantau pelaksanaan perjanjian gencatan senjata antara Israel dan Hamas yang bertujuan menamatkan peperangan di Gaza.
Menteri Israel ugut letak jawatan jika gencatan senjata lulus
Menteri Keselamatan Israel, Itamar Ben-Gvir, umum beliau akan meletak jawatan daripada kerajaan Perdana Menteri Benjamin Netanyahu jika kabinet meluluskan perjanjian gencatan senjata di Gaza.
WHO seru komuniti antarabangsa tingkat bantuan di Gaza
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyeru komuniti antarabangsa untuk mempergiatkan pembiayaan bagi respons bantuan berskala besar di Gaza.
Sekurang-kurangnya 4 maut dalam kebakaran pusat beli-belah di Indonesia
Mangsa ditemukan di tingkat lapan Glodok Plaza pada petang Khamis dan dibawa ke hospital polis untuk proses pengecaman lanjut.
Gencatan senjata Gaza mula Ahad, walau ada halangan akhir
Gencatan senjata di Gaza dijangka bermula pada hari Ahad seperti yang dirancang, walaupun masih terdapat isu kecil yang perlu diselesaikan oleh perunding pada saat-saat akhir.
Malaysia tangani risiko overtourism menerusi amalan pelancongan lestari
Meskipun Malaysia belum menghadapi lebihan pelancong secara meluas, beberapa lokasi pelancongan seperti Semporna, Sabah telah mula berdepan masalah itu.
Sepuluh Exco Pahang angkat sumpah
Sepuluh anggota Dewan Undangan Negeri mengangkat sumpah sebagai anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco)Pahang di Istana Abu Bakar, Pekan.