KUANTAN: Teruja dengan tawaran kerja sambilan menerusi platform dalam talian yang diiklankan di laman sosial, seorang wanita rugi sebanyak RM34,936.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial negeri, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, mangsa berusia 34 tahun yang merupakan pembantu tadbir sebuah syarikat swasta tertarik untuk menyertai kerja sambilan tersebut selepas melihat iklan berkenaan pada November lalu.
Beliau berkata, mangsa kemudian berurusan dengan seorang wanita yang merupakan suspek melalui WhatsApp dan diterima untuk menyertainya dengan tawaran komisen sebanyak 20 peratus.
"Tugasan diberikan cukup mudah iaitu mangsa hanya perlu membuat tangkap layar gambar produk yang ingin dibeli dan menghantarnya kepada suspek bersama wang pendahuluan.
"Selain wang pendahuluan akan dikembalikan, mangsa akan menerima keuntungan melalui komisen mengikut kadar ditetapkan.
"Mangsa membuat tugasan pertama dengan bayaran RM30 dan wang yang diterima kembali ialah RM33," katanya melalui satu kenyataan pada Sabtu.
Mohd Wazir berkata, mangsa kemudian menyelesaikan beberapa tugasan dengan bayaran pendahuluan lebih RM34,000.
"Malangnya, dia gagal menerima kembali wang pendahuluan dan komisen yang dijanjikan.
"Mangsa tampil membuat laporan di Balai Polis Kuantan pada Jumaat selepas menyedari ditipu," ujarnya.
Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
"Polis sedang mengesan dua pemilik akaun bank yang digunakan dalam kes tersebut bagi membantu siasatan," kata beliau.
* Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.
Sinar Harian
Sat Dec 11 2021
Polis sedang mengesan dua pemilik akaun bank yang digunakan dalam kes tersebut bagi membantu siasatan.
Akaun tiga selebriti yang dikaitkan tidak dibekukan - SPRM
Akaun tiga selebriti yang dikaitkan dengan sindiket tawaran pinjaman oleh syarikat perunding kewangan tidak dibekukan, sebaliknya mereka hanya dipanggil untuk membantu siasatan. #AWANInews
Tindakan terhadap khatib akan ditentukan mesyuarat jawatankuasa tatatertib JAIPk
Timbalan Pengarah JAIPk Zakaria Abd Razak berkata siasatan telah dijalankan oleh Pejabat Pentadbiran Agama Islam Parit Buntar.
Ibu bapa mengaku tidak bersalah dera anak kandung
Pasangan tertuduh didakwa menyebabkan kecederaan terhadap anak lelaki mereka berusia 10 tahun sehingga terpaksa dirawat di hospital.
Jumlah mangsa banjir di Johor, Sarawak, Sabah meningkat pagi ini
Di Johor, jumlah mangsa yang dipindahkan sedikit meningkat kepada 372 orang berbanding 364 orang malam tadi.
ASEAN kesal cadangan pengusiran rakyat Palestin di Gaza
Seluruh negara anggota ASEAN sepakat tidak setuju dengan sebarang bentuk pelanggaran undang-undang antarabangsa.
Pempengaruh Malaysia hilang di hutan Bandung ditemukan lemah, terbaring
Gadis berusia 22 tahun itu dijumpai terbaring kira-kira jam 10 malam di kawasan semak samun dalam keadaan lemah.
Piala EFL: Arsenal tersungkur di tangan Newcastle
Jaringan Jacob Murphy dan Anthony Gordon sudah cukup untuk membawa mereka ke Wembley dengan agregat 4-0.
WCO permudah pelepasan kastam
Pegawai kastam di barisan hadapan perlu memiliki kecekapan dan latihan khusus dalam menaksir cukai.
3,950 akaun pengguna di Simpang Ampat alami gangguan bekalan air
Sebanyak 3,950 akaun pengguna PBAPP di Simpang Ampat, Pulau Pinang akan mengalami gangguan bekalan air berjadual bermula esok hingga Sabtu.
Trend terkini dalam penjagaan warga emas dan kehidupan senior di Malaysia
Sr Sulaiman Saheh, Pengarah Penyelidikan Rahim & Co International Sdn Bhd, membincangkan evolusi permintaan, cabaran, dan masa depan penjagaan warga emas dan kehidupan senior di Malaysia.
Dua keldai akaun ditahan, mangsa kerugian lebih RM78,000
Polis hari ini menahan seorang lelaki dan seorang wanita dipercayai menjadi keldai akaun kepada sindiket penipuan berasingan sehingga menyebabkan dua mangsa kerugian lebih RM78,000.
Tertipu dengan tawaran kerja, pengasuh nyaris 'dijual' di Myanmar
Wanita itu dihubungi sepasang suami isteri menerusi WhatsApp yang menyatakan mereka memerlukan perkhidmatannya sebagai travel nanny semasa bercuti.
Warga emas rugi hampir RM300,000 ditipu tawaran kerja dalam talian
Mangsa seorang wanita 71 tahun ditawar kerja sambilan dengan menjual barangan dalam talian dan dijanjikan komisen sebanyak 15 peratus.
Penuntut rugi lebih RM13,000 terperdaya tawaran kerja dalam talian
Mangsa memberi maklumat peribadi dan akaun pembayaran digital Touch N Go miliknya untuk tujuan dokumentasi dan pengesahan.
Tujuh dalang sindiket penipuan tawaran kerja tidak wujud ditahan
Kesemua mereka itu ditahan dalam serbuan di sebuah pangsapuri di Kota Laksamana yang berfungsi sebagai pusat panggilan.
Lelaki rugi lebih RM13,000 terperdaya tawaran kerja dalam talian
Seorang lelaki berputih mata apabila wangnya berjumlah RM13,460 lesap setelah menjadi mangsa penipuan tawaran kerja.
Polis tahan dua wanita keldai akaun libatkan kerugian lebih RM70,000
Polis menahan dua wanita termasuk seorang warga emas dipercayai menjadi keldai akaun kepada dua sindiket penipuan sehingga menyebabkan mangsa kerugian RM74,978.80, semalam.
751 pekerja asing fail tuntutan gaji berjumlah RM2.21 juta
Tuntutan itu telah diserahkan kepada pengurus syarikat dan tarikh sebutan kes ditetapkan pada 5 Feb depan di pejabat buruh daerah Pengerang.
Kerani wanita di Miri rugi RM60,000 akibat penipuan tawaran kerja
Seorang kerani wanita rakyat tempatan di Miri, bahagian utara Sarawak mengalami kerugian berjumlah RM60,000 akibat kes penipuan tawaran kerja sambilan dari aplikasi 'Asia Shopping'.
Polis tumpaskan operasi pusat panggilan tawar pekerjaan tidak wujud kepada warga Britain
17 individu termasuk penyelia pusat panggilan yang merupakan warga tempatan berusia 35 tahun turut ditahan dalam serbuan.