Mahkamah Tinggi yang mendengar perbicaraan kes rasuah isteri bekas perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor berkaitan projek solar hibrid di Sarawak pada Khamis diberitahu bahawa wang tunai RM5 juta dalam dua bagasi yang dimasukkan ke dalam sebuah kereta mewah adalah untuk ‘RM.’
Seorang ahli perniagaan Razak Othman, 52, berkata rakannya Saidi Abang Samsudin iaitu Pengarah Urusan Jepak Holdings Sdn Bhd memaklumkan perkara itu kepadanya beberapa bulan selepas penyerahan wang berkenaan di bangunan bersebelahan Pavilion.
“Saya tidak tahu wang yang diletakkan di dalam kedua-dua bagasi itu untuk siapa dan apakah tujuan wang berkenaan diberikan. Namun sebulan atau dua bulan selepas kejadian tersebut, Saidi telah memberitahu saya wang itu adalah untuk 'RM.’
“Pada masa itu, saya tidak tahu siapa yang dimaksudkan oleh Saidi dan pada masa sama, saya tidak bertanya kepada beliau kerana saya mengagak bahawa Saidi seperti sengaja merahsiakan perkara itu daripada saya,” katanya ketika pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Nadia Mohd Izhar.
Membacakan penyataan saksinya, Razak berkata pada bulan Disember 2016, Saidi meminta beliau menemaninya ke Maybank Jalan Tuanku dan mereka pergi ke bilik tunai yang terletak di tingkat satu bank berkenaan.
“Di dalam bilik itu, Saidi telah mengambil wang dari kaunter dan menyerahkannya kepada saya serta meminta saya mengira wang tersebut. Pegawai bank dan Saidi memberitahu saya bahawa setiap bungkusan wang bernilai RM100,000.
“Wang berkenaan dibalut dengan satu plastik lut sinar dan dalam bungkusan itu, saya dapat lihat dengan jelas ia adalah wang kertas RM100. Kemudian saya masukkan wang sebanyak RM2,500,000.00 ke dalam setiap beg dan pada ketika itu, saya tahu jumlah kesemua wang adalah RM5 juta,” katanya.
Menceritakan penghantaran wang tersebut, saksi pendakwaan kelapan itu berkata Saidi kemudian meminta beliau menemaninya menghantar bagasi berkenaan namun tidak memberitahu untuk siapa dan tujuan penghantaran bagasi tersebut.
“Saya bersetuju untuk mengikut Saidi atas dasar kawan. Kemudian saya nampak ada sebuah Toyota Hilux di belakang kenderaan kami dan nampak dua orang lelaki di dalam kenderaan itu. Seorang daripada lelaki itu masuk ke dalam Range Rover yang saya dan Saidi naiki, dan dia duduk di bahagian penumpang belakang,” katanya yang memaklumkan mahkamah bahawa beliau tidak mengenali lelaki itu.
Razak, yang merupakan rakan kongsi Saidi dalam Syarikat Trace Tag International (Asia) Sdn Bhd, berkata pemandu Saidi iaitu Shamsul Rizal Sharbini kemudian membawa mereka ke sebuah bangunan bersebelahan Pavilion dan setibanya di tempat itu, beliau nampak beberapa orang menunggu mereka di pintu masuk.
“Kemudian saya dan Saidi dibawa oleh seseorang untuk menaiki lif dan apabila sampai di tingkat yang dituju, kami telah masuk ke dalam satu bilik mesyuarat di mana saya nampak dua orang lelaki seakan-akan berbangsa Cina yang sedia menunggu di dalam bilik tersebut.
“Saya tidak dapat camkan kedua-dua lelaki berkenaan dan tidak boleh pastikan (sama ada) salah seorang lelaki itu adalah Datuk Rizal Mansor kerana saya tidak kenal beliau ketika itu,” katanya.
Beliau turut memaklumkan bahawa kedua-dua bagasi yang dibawa diletakkan di sudut bilik itu sebelum dimasukkan ke dalam sebuah kenderaan jenis Toyota Alphard atau Vellfire yang sedia menunggu di hadapan lobi bangunan tersebut.
Rosmah, 68, berdepan satu pertuduhan meminta RM187.5 juta dan dua pertuduhan menerima suapan sebanyak RM6.5 juta daripada Saidi melalui Rizal sebagai upah membantu Jepak Holdings mendapatkan Projek Bersepadu Sistem Solar Photovoltaic (PV) Hibrid serta Penyelenggaraan dan Operasi Genset/Diesel bagi 369 sekolah luar bandar Sarawak bernilai RM1.25 bilion secara rundingan terus daripada Kementerian Pendidikan.
Perbuatan itu didakwa dilakukan di tiga lokasi iaitu di Lygon Cafe, Sunway Putra Mall, Jalan Putra di sini; kediamannya di Jalan Langgak Duta, Taman Duta dan di Kediaman Seri Perdana, Persiaran Seri Perdana, Presint 10, Putrajaya di antara Jan 2016 dan 7 Sept 2017.
Perbicaraan di hadapan Hakim Mohamed Zaini Mazlan bersambung 9 Mac ini.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 20 2020
![Wang RM5 juta dalam dua bagasi untuk 'RM' - Saksi Wang RM5 juta dalam dua bagasi untuk 'RM' - Saksi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-02/51582242896_rosmah.jpg)
Rosmah hadir di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi menghadiri prosiding perbicaraan kes rasuah berhubung projek solar hibrid, 20 Feb, 2020. --fotoBERNAMA
![50,000 kg peluru, kelongsong ditemui di kilang e-waste haram 50,000 kg peluru, kelongsong ditemui di kilang e-waste haram](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739613931_kgpeluruke.jpg)
50,000 kg peluru, kelongsong ditemui di kilang e-waste haram
Serbuan di sebuah kilang memproses sampah elektronik (e-waste) di Telok Panglima Garang, di sini, membongkar penemuan kira-kira 50,000 kilogram (kg) peluru termasuk kelongsong, pada Sabtu.
Trump rancang umum tarif ke atas kereta import pada 2 April
Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Jumaat berkata beliau akan mengumumkan tarif ke atas kereta import pada awal April.
Thailand hantar 10 suspek kes penculikan, pusat penipuan ke China
Thailand menghantar pulang 10 warga China dikaitkan dengan kes penculikan pelakon terkenal yang diselamatkan dari sebuah pusat penipuan siber di Myanmar.
![PPR Harmoni MADANI model kerjasama estet-kerajaan bangunkan perumahan pekerja - PM PPR Harmoni MADANI model kerjasama estet-kerajaan bangunkan perumahan pekerja - PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739612035_AnwarIbrahim.jpg)
PPR Harmoni MADANI model kerjasama estet-kerajaan bangunkan perumahan pekerja - PM
Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu Program Residensi Rakyat (PRR) Harmoni MADANI Bestari Jaya dijadikan model kerjasama antara estet dan kerajaan dalam membangunkan perumahan pekerja.
Rihanna, A$Ap Rocky tinggalkan mahkamah
Penyanyi terkenal Rihanna dan pasangannya, A$AP Rocky, berpimpin tangan meninggalkan Mahkamah California selepas hujahan penutup selesai dalam perbicaraan kes tembakan pada Jumaat.
Rundingan Petronas- Petros: Sarawak tidak tamak dan kedekut - Abang Jo
Tan Sri Abang Johari menegaskan rundingan Petronas dan Petros dijalankan dengan mengambil kira kepentingan kedua-dua phak dan dilakukan berpandukan Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Sarawak.
AirBorneo fokus tawar harga tiket berpatutan - Abang Jo
Tanpa mendedahkan strategi model perniagaannya, Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, laluan sektor antarabangsa juga akan dibuka secara berperingkat, bermula dengan negara Singapura dan Indonesia.
Peserta lawat rumah ibadat agama lain belajar nilai positif - Ago Dagang
Program Jejak Harmoni yang diadakan di Kuala Lumpur pada Sabtu menjadi platform menyemai nilai keharmonian apabila lebih 200 peserta pelbagai agama dibawa mengunjungi beberapa rumah ibadat.
Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang berharap, program ini tidak menjadi bahan sensasi atau dipolitikkan kerana ia tidak melibatkan sebarang aktiviti keagamaan.
Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang berharap, program ini tidak menjadi bahan sensasi atau dipolitikkan kerana ia tidak melibatkan sebarang aktiviti keagamaan.
![Pahang berpotensi jadi lokasi tumpuan sukan ekstrem Pahang berpotensi jadi lokasi tumpuan sukan ekstrem](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739609532_KuantanBaseJum.jpg)
Pahang berpotensi jadi lokasi tumpuan sukan ekstrem
Pahang berpotensi besar untuk menjadi lokasi tumpuan peminat sukan ekstrem bertaraf antarabangsa.
![Jadikan perjalanan politik Parti Kongres India, LDP Jepun sebagai iktibar - Abang Jo Jadikan perjalanan politik Parti Kongres India, LDP Jepun sebagai iktibar - Abang Jo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739611701_AbangJohariTunOpe.jpg)
Jadikan perjalanan politik Parti Kongres India, LDP Jepun sebagai iktibar - Abang Jo
Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) perlu mengambil iktibar daripada kemelut perjalanan politik Parti Kongres di India serta Parti Demokratik Liberal (LDP) di Jepun.
![Wang RM5 juta dalam dua bagasi untuk 'RM' - Saksi Wang RM5 juta dalam dua bagasi untuk 'RM' - Saksi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-02/51582242896_rosmah.jpg)
Wang RM5 juta dalam dua bagasi untuk 'RM' - Saksi
Razak berkata, rakannya Saidi Abang Samsudin memaklumkan perkara itu kepadanya beberapa bulan selepas penyerahan wang berkenaan di bangunan bersebelahan Pavilion.