IPOH: Wang simpanan dalam Tabung Haji dan Amanah Saham milik seorang pekerja swasta di Ipoh lesap selepas mengalami kerugian berjumlah RM473,225 apabila menjadi mangsa phone scam yang menyamar sebagai pegawai syarikat insurans, pegawai polis dan peguam.
Ketua Polis Perak Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata wanita berusia 55 tahun yang berasal dari Bercham di sini membuat laporan polis semalam setelah menyedari dirinya telah diperdaya oleh sindiket berkenaan sejak Januari lepas.
"Mangsa menerima panggilan telefon pada 25 Januari oleh individu yang mendakwa sebagai pegawai syarikat insurans dan bertanya kepada mangsa sama ada telah menerima wang tuntutan insurans sebanyak RM78,000.
"Kira-kira seminggu kemudian, mangsa sekali lagi menerima panggilan telefon kononnya pegawai polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya yang meminta mangsa membuat laporan untuk menuntut wang insurans terbabit," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Mengulas lanjut, Mohd Yusri berkata menerusi perbualan telefon itu, mangsa disambungkan talian dengan seorang lagi suspek yang menyamar sebagai peguam dan memaklumkan bahawa mangsa terlibat dalam satu kes pengubahan wang haram.
Kata Mohd Yusri, mangsa sekali lagi menerima panggilan telefon pada 3 Februari lepas daripada dua suspek yang mengajar mangsa untuk membuat pemindahan wang dan atas arahan kedua-dua suspek itu, mangsa telah membuat pengeluaran wang daripada Amanah Saham dan Tabung Haji berjumlah RM458,000 untuk dimasukkan ke dalam akaun banknya.
"Selain itu, mangsa juga telah membuat lima transaksi kemasukan wang sebanyak RM35,000 ke dalam tiga akaun bank milik individu lain atas arahan daripada seorang suspek berkenaan kononnya untuk membayar kompaun atas kesalahan jenayah yang dilakukan mangsa.
"Pada 25 Ogos lepas, mangsa menerima notis pemakluman daripada pihak bank bahawa terdapat 17 transaksi berjumlah RM438,225 daripada akaun bank mangsa ke beberapa akaun bank yang tidak dikenali sepanjang tempoh 9 Februari hingga 28 Mac lepas," katanya.
Mohd Yusri berkata kes sedang disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Sep 12 2023
Mohd Yusri berkata kes sedang disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.- Gambar hiasan
Bapa Zayn Rayyan kata 'celaka siapa bunuh anak aku’ - Saksi
Saksi berkata dia mula mencari Zayn Rayyan Abdul Matin, 6, selepas solat hajat di surau Al-hidayah berdekatan lokasi kejadian, pada 6 Disember 2023.
Waspada 'smishing': Penipuan SMS paling santai
Pautan yang dihantar dalam percubaan smishing lazimnya adalah untuk mendapatkan pengesahan identiti mangsa.
Musk ambil alih agensi AS, wujudkan pusat kuasa baharu
Pengambilalihan pantas terhadap dua agensi kerajaan Amerika Syarikat oleh Elon Musk telah memberinya kawalan ke atas tenaga kerja persekutuan yang berjumlah 2.2 juta orang, sekali gus mencetuskan perubahan drastik dalam pentadbiran kerajaan.
Sebagai individu terkaya di dunia dan sekutu rapat Presiden Donald Trump, Musk, telah mewujudkan pusat kuasa baharu di Washington dalam tempoh dua minggu menerusi pelaksanaan inisiatif pemotongan kos yang bertujuan mengurangkan saiz kerajaan persekutuan.
Sebagai individu terkaya di dunia dan sekutu rapat Presiden Donald Trump, Musk, telah mewujudkan pusat kuasa baharu di Washington dalam tempoh dua minggu menerusi pelaksanaan inisiatif pemotongan kos yang bertujuan mengurangkan saiz kerajaan persekutuan.
“Beri kami idea untuk selesai isu pemisah “- Thailand
Malaysia diminta untuk memberikan idea kepada Thailand bagi membolehkan negara itu menyelesaikan isu pemisah yang didakwa menguggat keselamatan dan keamanan di wilayaj selatan.
Thailand mohon jasa Malaysia tangani isu dadah
Thailand mohon jasa baik Malaysia wujudkan perkongsian maklumat risikan formal dan tidak formal sebagai salah satu usaha menangani masalah pengedaran dan penyeludupan dadah secara lebih berkesan.
[TERKINI] SPRM teliti pelbagai sudut termasuk bayaran diterima selebriti
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memperluas skop siasatan dengan meneliti jumlah bayaran yang diterima tiga selebriti yang menjadi pempengaruh bagi sebuah syarikat perunding kewangan yang dikaitkan dalam Op Sky.
[TERKINI] Jurutera maut, nahas helikopter di Jalan Lama KL-Bentong
Amirul Aiman membawakan perkembangan terkini dari lokasi nahas helikopter yang mengorbankan satu nyawa di Jalan Lama Kuala Lumpur-Bentong.
Putrajaya, 3 negeri catat sifar miskin tegar tahun lepas
Usaha Kerajaan MADANI untuk menoktahkan kemiskinan tegar menunjukkan kemajuan yang sangat memberangsangkan, dengan tiga negeri dan satu Wilayah Persekutuan berjaya mencatatkan sifar miskin tegar.
Hafidz dakwa bekas isteri bawa anak ke Australia tanpa izin
Hafidz Roshdi mendakwa dirinya langsung tidak diberikan peluang oleh bekas isteri, Shuhada Mat Shukri untuk berjumpa dengan dua anak mereka sejak lebih setahun lalu.
[TERKINI] Nahas helikopter: TNB arah kerja, penggunaan helikopter diberhentikan
TNB memaklumkan pihak mereka akan memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa dalam siasatan insiden tersebut.
Wang simpanan Tabung Haji, Amanah Saham lesap ditipu 'phone scam'
Wang simpanan milik seorang pekerja swasta lesap selepas mengalami kerugian RM473,225 apabila menjadi mangsa 'phone scam'.
COVID-19: Polis buka 393 kertas siasatan mengenai penipuan dalam talian - Ismail Sabri
Berikutan banyak insentif dalam pengumuman PRIHATIN semalam, ramai cuba mengambil kesempatan untuk menipu rakyat - Ismail Sabri.
Jenayah dalam talian: 152 warga China, seorang Bangladesh didakwa
Seramai 152 warga China dan seorang warga Bangladesh yang ditahan Jabatan Imigresen dalam serbuan di Cyberjaya pada 20 Nov lepas didakwa hari ini.
Penipuan atas talian: Rakyat Malaysia rugi RM410 juta dalam 20 bulan
Kementerian Dalam Negeri (KDN) merekodkan kira-kira RM410 juta kerugian dialami rakyat Malaysia melibatkan 8,489 kes penipuan atas talian yang dilaporkan diseluruh negara.
'Love Scam': Wanita dakwa ditipu 'Abdan' hampir RM7,000
Walaupun pelbagai amaran dan kesedaran tentang penipuan dalam talian telah dikeluarkan, mengapa masih ada yang menjadi mangsa?