Masih terlalu banyak perlu dilakukan sebelum Asia-Pasifik menjadi rantau tanpa wang tunai, walaupun ia menerajui usaha dalam inovasi dan penggunaan saluran baru untuk membayar barangan dan perkhidmatan secara digital.
HSBC Malaysia (HSBC) berkata, wang tunai masih merupakan kaedah pembayaran utama bagi barangan di kebanyakan negara Asia Pasifik, dengan 55 peratus perbelanjaan peribadi dengan tunai dan cek.
Dalam satu kenyataan pada Selasa, Ketua Perbankan Runcit dan Pengurusan Kekayaan,Tara Latini berkata, penerapan teknologi tanpa tunai di Asia masih menghadapi cabaran bekerja di beberapa negara dan mematuhi peraturan tempatan.
"Walaupun pertumbuhan dompet digital di Asia sangat pesat, hanya segelintir sahaja yang dapat menyediakan perkhidmatan kepada pengguna di lebih daripada satu negara Asia, apatah lagi di peringkat antarabangsa," katanya.
Bagaimanapun, menurutnya, dengan berada di rantau yang paling dinamik di dunia untuk pembayaran digital juga boleh menjadi sumber peluang.
"Syarikat dan penyedia perkhidmatan dengan kedudukan yang kuat di Asia Pasifik berada di kedudukan yang sempurna untuk mengeksport teknologi mereka dan menjadi peneraju global kerana cabaran membangunkan sistem yang boleh berfungsi merentasi sempadan dan mata wang akan ditangani," kata Latini.
HSBC menyatakan bahawa kerajaan dan pihak berkuasa telah mengambil pelbagai langkah untuk mempercepatkan peralihan kepada masyarakat tanpa tunai.
Di bawah Pelan Induk Sektor Kewangan, Bank Negara Malaysia menyasar untuk meningkatkan jumlah transaksi e-pembayaran per kapita daripada 44 kepada 200 transaksi dan mengurangkan pembayaran cek daripada 207 juta hingga 100 juta setahun. -- Bernama
Bernama
Tue Sep 04 2018
Masih terlalu banyak perlu dilakukan sebelum Asia-Pasifik menjadi rantau tanpa wang tunai. - REUTERS/Fail
Rangkuman dan menjelang ucapan sulung Donald Trump
Lintas langsung bersama Editor Kanan Astro AWANI mengenai rangkuman WEF 2025 dan menjelang ucapang Sulung Presiden AS, Donald Trump dari Davos, Switzerland.
Dasar liberal, Argentina yakin sokongan Trump dan global
Presiden Argentina Javier Milei berkata, negara itu tidak lagi bersendirian dalam memperjuangkan dasar liberal dan beliau merasakan sokongan daripada pakatan antarabangsa termasuk Presiden AS, Donald Trump dan Perdana Menteri Itali Giorgia Meloni.
Trump dijangka beri ucapan secara dalam talian
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump dijangka memberikan ucapan di Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Davos, Switzerland, pada Khamis.
Real Madrid jadi kelab pertama jana €1 bilion dalam satu musim
Real Madrid menjadi kelab bola sepak pertama mencatatkan pendapatan sebanyak €1 bilion (US$1.04 bilion) dalam satu musim, menurut laporan tahunan Deloitte Football Money League yang dikeluarkan pada Khamis.
Festival Musim Bunga: 25 anak panda buat penampilan sulung
Pengenalan dua kumpulan anak panda yang dilahirkan pada 2024 itu menjadi salah satu acara bagi sambutan Festival Musim Bunga China, yang antaranya turut menggariskan warisan budaya tidak ketara dan pemuliharaan panda.
Yoon Suk Yeol hadiri perbicaraan di Mahkamah Perlembagaan
Yoon, yang dipecat dan digantung kuasa telah ditahan sejak minggu lalu sementara penyiasat menyiasat percubaaannya pada 3 Disember untuk mengisytiharkan undang-undang tentera.
Polis Vietnam tumpas sindiket ubah wang haram AS$1.2 bilion
Polis Vietnam menahan lima individu dan berjaya menumpaskan sindiket pengubahan wang haram yang membawa masuk wang jenayah bernilai sekitar AS$1.2 bilion ke dalam negara.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 23 Januari 2025.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Remaja tembak diri sendiri selepas bunuh rakan
Seorang remaja menembak diri sendiri hingga maut selepas menembak mati seorang remaja di kafeteria di sekolah tinggi antioch di Nashville.
Jepun di tangga keempat dalam kedudukan kuasa Asia Pasifik
Ini adalah kali pertama Jepun terpaksa melepaskan kedudukan di tempat ketiga sejak organisasi bebas yang berpusat di Sydney itu mula menerbitkan penilaian tahunan pada 2018.
Syarikat penerbangan Asia-Pasifik catat peningkatan kargo udara 17.6 peratus
Permintaan yang diukur mengikut tan kargo bagi setiap kilometer di laluan perdagangan dalam lingkungan Asia meningkat 19.8 peratus tahun ke tahun.
Malaysia terpilih Pusat CSOC pertama Siemens Energy di Asia Pasifik
Malaysia telah dipilih sebagai Pusat Operasi Keselamatan Siber (CSOC) pertama Siemens Energy di rantau Asia-Pasifik.
Gangguan bekalan berpotensi berlaku dari Rusia dan Ukraine beri impak rendah kepada APAC
Risiko utama bagi APAC ialah perlu membayar harga global yang lebih tinggi untuk semua komoditi.
Intensiti, kekerapan dan kerumitan bencana akibat perubahan iklim semakin meningkat
Bencana kini lebih sukar untuk ditentukan jenis, lokasi atau kawasan untuk persiapan diadakan sebelum menghadapinya.
UFC, AirAsia tawar biasiswa jalani latihan MMA di Shanghai
Organisasi MMA terkemuka dunia, UFC mengumumkan pembukaan proses permohonan bagi Biasiswa Latihan AirAsia UFC (AirAsia UFC Training Scholarship) tahun 2019.
Wang tunai masih lagi 'raja' untuk Asia-Pasifik
Wang tunai masih merupakan kaedah pembayaran utama bagi barangan di kebanyakan negara Asia Pasifik dengan 55 peratus perbelanjaan peribadi dengan tunai dan cek.
Indonesia anggota baharu Majlis Keselamatan
Indonesia menang satu-satunya kerusi Asia-Pasifik yang dipertandingkan dengan menewaskan Maldives dengan undian 144-46.
Auto Bavaria menang Anugerah Pengurus Terbaik Asia-Pasifik
Auto Bavaria merupakan satu daripada 41 peniaga terkemuka pada majlis anugerah Kecemerlangan Jualan BMW 2017.