KOTA BHARU: Empat individu termasuk seorang wanita tempatan ditahan kerana disyaki menyeludup 2,170 pil kuda di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Lakota, Jeli, semalam.
Turut disita ialah dua buah kereta jenis Mitsubishi Triton dan Proton Satria dengan nilai keseluruhan rampasan termasuk dadah dianggarkan bernilai RM64,660.
Ketua Polis Daerah Jeli Supt Saari Yaacob dalam kenyataan hari ini berkata kesemua suspek berusia lingkungan 22 hingga 45 tahun itu ditahan pada 10 pagi dalam operasi Total Enforcement The War On Drugs.
Beliau berkata hasil pemeriksaan di rumah berkenaan, polis menjumpai balutan kertas mengandungi 10 paket plastik berisi 2,000 biji pil yaba dan sebuah beg dompet berisi sepaket plastik mengandungi 170 biji pil itu serta lima liter air ketum.
"Saringan ujian air kencing mendapati kesemua suspek positif dadah jenis metamphetamine. Kesmeua suspek yang ditahan memiliki rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah," katanya.
Saari berkata kesemua suspek direman selama tujuh hari bermula hari ini hingga 26 Jun, manakala kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 dan Bahagian III Akta Dadah Berbahaya (Perlucuthakan Harta) 1988 A 340.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 20 2024

Empat individu termasuk seorang wanita tempatan ditahan kerana disyaki menyeludup 2,170 pil kuda di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Lakota, Jeli, semalam. - Gambar hiasan
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

Aktiviti seludup e-sisa, skrap dilakukan menerusi pengikraran palsu - Kastam
Taktik itu dikesan JKDM membuat pemeriksaan ke atas 336 kontena disyaki mengandungi e-sisa dalam Operasi Khas e-waste di Pelabuhan Klang.

MAQIS Kedah gagalkan cubaan bawa masuk babi, ayam, ikan sejuk beku tanpa permit
Pemeriksaan mendapati hasilan produk babi, ayam dan ikan sejuk beku tersebut tiada permit, sijil kesihatan dan dokumen sah daripada MAQIS.

PGA tumpaskan penyeludupan tanaman hiasan bernilai RM1.25 juta di Rantau Panjang
Lori yang dipandu oleh seorang lelaki dalam keadaan mencurigakan sekitar 12.20 tengah malam ketika menjalankan tugas dalam Op Taring Wawasan Kelantan.

Bekas pemain kelab Indonesia, Belgium ditahan atas penyeludupan kokain
Pemain berusia 36 tahun itu merupakan salah seorang suspek yang diberkas polis selepas melakukan serbuan berskala besar di seluruh negara.

Penghantar 13 ekor lembu seludup ditahan di Tumpat
Rampasan itu dilakukan selepas anggota PGA menahan sebuah lori jenis Isuzu yang dipandu seorang lelaki tempatan berumur 38 tahun.

PGA gagalkan cubaan seludup kosmetik di pengkalan haram di Kelantan
Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara berjaya menumpaskan kegiatan penyeludupan produk kosmetik bernilai lebih RM15,000 yang dikesan di pangkalan haram Epek dekat Rantau Panjang, Pasir Mas semalam.

Ejen sindiket seludup migran ditahan cuba sogok polis RM50,000
Seramai 16 pendatang tanpa izin warga Myanmar terdiri daripada 11 lelaki, empat wanita dan seorang kanak-kanak turut ditahan dalam operasi berkenaan.

Cuba seludup 82,000kg kelapa semasa banjir
PGA turut menahan dua lelaki berusia 38 dan 40 tahun dipercayai menjadi penghantar untuk menyeludup barangan terbabit.

MAQIS gagalkan cubaan seludup 23 tan ayam sejuk beku dari Thailand
MAQIS turut menggagalkan cubaan membawa masuk sebanyak 16,904kg cili di Pintu Masuk Bukit Kayu Hitam pada Sabtu lalu.