BUKIT MERTAJAM:Wanita yang didakwa membunuh seekor kucing yang sedang bunting dengan cara memukulnya menggunakan sebatang besi di kawasan perumahan di Jalan Pintas Kaloi, Seberang Jaya, Pulau Pinang kelmarin direman selama empat hari oleh Mahkamah Majistret Bukit Mertajam.
Hakim Ahzal Fariz Ahmad Khairuddin membenarkan permohonan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) untuk menahan reman suspek bagi membantu siasatan mengikut Akta Kebajikan Haiwan 2015.
Suspek yang berusia 51 tahun itu kini ditahan di lokap polis.
Semalam Astro AWANI melaporkan seorang wanita bertindak kejam apabila tergamak memukul dua ekor kucing dengan sebatang besi sehingga salah seekor daripada kucing yang sedang bunting mati.
Dalam kejadian kira-kira jam 1.20 petang Selasa itu, seekor lagi kucing mengalami kecederaan pada bahagian mulut.
Kejadian bagaimanapun disedari seorang juruteknik lelaki berusia 30 tahun yang kemudian membuat laporan polis, termasuk melaporkannya kepada pihak JPV untuk tindakan lanjut.
BACA: Wanita tular pukul kucing bunting hingga mati ditahan - Polis
Wanita yang bekerja sebagai broker itu dikatakan berang terhadap dua kucing berkenaan yang membuang najis di hadapan rumahnya.
Sementara itu, Pegawai Penyiasat JPV, Azhar Ahmad, berkata siasatan pihaknya mendapati haiwan berkenaan merupakan kucing terbiar dan berkeliaran di kawasan itu.
Setelah menerima laporan berhubung kejadian, pihaknya telah pergi ke rumah suspek untuk menjalankan siasatan termasuk membuat rampasan pakaian serta besi yang dipercayai digunakan dalam kejadian itu.
Katanya, bangkai kucing yang mati telah dihantar ke makmal veterinar untuk proses bedah siasat.
Manakala seekor lagi kucing yang cedera kini masih menerima rawatan berikutan mukanya bengkak dan mengalami kesukaran untuk makan.
Dewi Nur Harasha Alias
Thu Dec 31 2020
![Wanita bunuh kucing bunting direman empat hari Wanita bunuh kucing bunting direman empat hari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-12/51609392553_BUNUHKUCING.jpg)
Seorang wanita direman atas dakwaan bertindak kejam memukul dua ekor kucing dengan sebatang besi sehingga salah seekor daripadanya mati. - Foto Astro AWANI
Agenda AWANI Asia: Potensi sukan ais dan salji
Diskusi dan analisis mengenai potensi dan manfaat penyertaan sukan musim sejuk seperti di temasya Sukan Musim Sejuk Asia ke-9 di Harbin dalam Agenda AWANI Asia jam 9 malam ini.
![Jangan perbesar isu pakar runding sambilan hospital digantung kerja - Zambry Jangan perbesar isu pakar runding sambilan hospital digantung kerja - Zambry](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/51734615702_ZambryAbdulKadir.jpg)
Jangan perbesar isu pakar runding sambilan hospital digantung kerja - Zambry
Zambry meminta semua pihak tidak memperbesarkan isu berkaitan penggantungan kerja seorang pakar runding sambilan di sebuah hospital universiti.
![Kerajaan Selangor bentang usul percepat siasatan kes Faisal Halim Kerajaan Selangor bentang usul percepat siasatan kes Faisal Halim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/81698828303_NajwanHalimi.jpg)
Kerajaan Selangor bentang usul percepat siasatan kes Faisal Halim
Kerajaan negeri bersedia untuk sekali lagi membentangkan usul mempercepat siasatan kes membabitkan pemain Selangor FC Muhammad Faisal Halim pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor yang b
AWANI Ringkas 15 Februari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 15 Februari 2025
1️⃣ Pemandu kereta buat pusingan ratusan kali sah skizofrenia
2️⃣ Thailand hantar 10 suspek kes penculikan, penipuan ke China
3️⃣ Parti putuskan pertandingan dua jawatan tertinggi - Anwar
#awaniringkas
1️⃣ Pemandu kereta buat pusingan ratusan kali sah skizofrenia
2️⃣ Thailand hantar 10 suspek kes penculikan, penipuan ke China
3️⃣ Parti putuskan pertandingan dua jawatan tertinggi - Anwar
#awaniringkas
AWANI Ringkas: Pemandu kereta buat pusingan ratusan kali sah skizofrenia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![Penggubal undang-undang main peranan pastikan kawalan dana politik telus - Azam Baki Penggubal undang-undang main peranan pastikan kawalan dana politik telus - Azam Baki](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51737449983_TanSriAzamBaki.jpg)
Penggubal undang-undang main peranan pastikan kawalan dana politik telus - Azam Baki
Azam berkata kawalan secara telus dan berintegriti itu perlu memandangkan politik wang boleh membawa kepada risiko penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan.
RMHC Malaysia rasmi rumah RMH ketiga, bantu 4000 keluarga sejuak beroperasi
Persatuan Kebajikan Ronald McDonald Malaysia (RMHC Malaysia) merasmikan Rumah Ronald McDonald (RMH) di Hospital Tunku Azizah (HTA), sempena meraikan pencapaian empat tahun fasiliti itu.
Bakal haji diwajibkan suntik vaksin Meningococcal
Semua bakal haji diwajibkan menerima suntikan vaksin Meningococcal manakala vaksin COVID-19 dan influenza pula, diwajibkan kepada kumpulan sasar.
![MAIM siasat dakwaan wanita gagal dapat bantuan, terpaksa tidur di surau MAIM siasat dakwaan wanita gagal dapat bantuan, terpaksa tidur di surau](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739618148_RahmadMariman.jpg)
MAIM siasat dakwaan wanita gagal dapat bantuan, terpaksa tidur di surau
Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) akan menyiasat dakwaan berhubung seorang wanita gagal mendapatkan bantuan daripada agensi itu sehingga terpaksa berlindung di sebuah surau.
Pemandu kereta buat pusingan dari pagi ke malam hidap Skizofrenia
Pemandu kereta Axia putih yang dikatakan membuat pusingan beratus kali di bulata Majhkota, Kluang, Johor yang tular dalam media sosial disahkan mengalami skizofrenia.
![Ibu hidup derita, jadi 'hamba' anak penagih dadah Ibu hidup derita, jadi 'hamba' anak penagih dadah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51717389266_wargaemas.jpg)
Ibu hidup derita, jadi 'hamba' anak penagih dadah
Pada saat warga emas lain berehat menghabiskan sisa usia, seorang wanita warga emas berdepan mimpi ngeri apabila diperlakukan seperti hamba abdi oleh anaknya sendiri.
![Dua beranak ditahan tembak kucing jiran guna senapang angin Dua beranak ditahan tembak kucing jiran guna senapang angin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/71655807590_TBtembakkucing.jpg)
Dua beranak ditahan tembak kucing jiran guna senapang angin
Tidak tahan kucing betina milik jiran masuk rumah, warga emas dan anaknya membunuh haiwan itu.
![Polis buka kertas siasatan kes bunuh kucing di Besut Polis buka kertas siasatan kes bunuh kucing di Besut](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/51646582928_kucingmati.jpg)
Polis buka kertas siasatan kes bunuh kucing di Besut
Seorang lelaki pada mulanya terlihat beberapa ekor kucing mati bergelimpangan di sekitar pantai tersebut pada pagi Ahad.
![Wanita bunuh kucing bunting direman empat hari Wanita bunuh kucing bunting direman empat hari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-12/51609392553_BUNUHKUCING.jpg)
Wanita bunuh kucing bunting direman empat hari
Semalam Astro Awani melaporkan seorang wanita bertindak kejam apabila tergamak memukul dua ekor kucing dengan sebatang besi sehingga salah seekor daripada kucing yang sedang bunting mati.
![Lagi kes kucing mati dimasuk dalam mesin dobi pakaian Lagi kes kucing mati dimasuk dalam mesin dobi pakaian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-07/61594554366_bunuhkucing.jpg)
Lagi kes kucing mati dimasuk dalam mesin dobi pakaian
Arie berkata, kejadian itu berlaku kira-kira pukul 5.30 pagi dan disedari orang awam sekitar pukul 9 pagi tadi.
![Bunuh kucing bunting guna pengering dobi, pekerja kontrak diarah bela diri Bunuh kucing bunting guna pengering dobi, pekerja kontrak diarah bela diri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-09/41568262466_TBBUNUHKUCING.jpg)
Bunuh kucing bunting guna pengering dobi, pekerja kontrak diarah bela diri
Rasyihah Ghazali membuat keputusan itu terhadap K. Ganesh, 42, selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie di akhir kes pendakwaan.
![Lelaki jerut kucing dipenjara 15 bulan Lelaki jerut kucing dipenjara 15 bulan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-06/41560568163_JerutKucing.jpg)
Lelaki jerut kucing dipenjara 15 bulan
Lelaki itu diperintah menjalani hukuman penjara itu bermula dari tarikh jatuh hukum hari ini.
![Bunuh kucing dengan kejam di kedai dobi, pemandu teksi dipenjara dua tahun Bunuh kucing dengan kejam di kedai dobi, pemandu teksi dipenjara dua tahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-09/41537431006_MAHKAMAHSESYEN.jpg)
Bunuh kucing dengan kejam di kedai dobi, pemandu teksi dipenjara dua tahun
Seorang lelaki yang videonya tular berhubung tindakan kejam bersama rakannya membunuh kucing yang dipercayai bunting dengan memasukkan haiwan itu ke dalam mesin pengering di sebuah dobi layan diri.
![Bunuh kucing di dobi: Suspek terakhir direman Bunuh kucing di dobi: Suspek terakhir direman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-09/71536910471_BunuhKucing.jpg)
Bunuh kucing di dobi: Suspek terakhir direman
Suspek lelaki berusia 41 tahun itu ditahan polis di Seri Kembangan malam tadi selepas melarikan diri selama hampir sebulan.
![Bunuh kucing di dobi, dua rakan didakwa di mahkamah Bunuh kucing di dobi, dua rakan didakwa di mahkamah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-09/41537431006_MAHKAMAHSESYEN.jpg)
Bunuh kucing di dobi, dua rakan didakwa di mahkamah
A. Mohanraj, 41, S.S. Satthiya, 26, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Selayang hari ini.