GEORGE TOWN: Seorang wanita meninggal dunia di Hospital Pulau Pinang di sini hari ini selepas dua hari bertarung nyawa setelah cedera parah akibat letupan tong gas memasak di rumahnya di Flat Taman Sri Bayu, Jalan Kampung Bukit, Bayan Lepas dekat sini.
Pengawal keselamatan, Sarimah Abdul Rahman, 55, menghembuskan nafas terakhir pada 4.19 petang tadi dan perkara itu disahkanya oleh anak tunggal mangsa, Hafizan Sulaiman, 35.
Hafizan berkata ibunya ditidurkan sejak pukul 10 malam Khamis iaitu hari sama mangsa dihantar ke HPP selepas cedera parah akibat letupan tong gas memasak dalam kejadian kira-kira 9 pagi.
"Ibu ketika dibawa ke HPP masih dalam keadaan sedar dan dia kemudiannya semakin lemah sebelum doktor tidurkannya semasa menerima rawatan lanjut, keadaan kesihatan ibu semakin merosot dan tidak menentu selepas itu.
Hari ini doktor hubungi saya memaklumkan keadaan kesihatan ibu semakin teruk dan saya terus ke hospital sebelum dimaklumkan ibu telah pergi meninggalkan saya untuk selama-lamanya," katanya ketika dihubungi, malam ini.
Hafizan yang tinggal di Seberang Perai dan bekerja sebagai juruteknik di sebuah kilang di Bukit Minyak berkata jenazah emaknya yang merupakan ibu tunggal disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Seberang Jaya, dekat sini selepas solat Isyak.
Beliau yang terkilan dan sedih dengan kejadian menimpa ibunya berkata wanita itu sebelum ini tinggal dengannya namun baru berpindah ke flat berkenaan kerana lebih dekat dengan tempat kerja emaknya di sana.
"Selalunya saya bertemu ibu seminggu sekali tapi sejak sebulan lepas ibu selalu mengelak untuk berjumpa dan sering beri alasan sibuk serta tiada cuti, saya reda dengan pemergian ibu namun dalam masa sama masih bersedih dan sangat terkilan," katanya yang beberapa kali menahan sebak.
Terdahulu, media melaporkan mengenai kejadian letupan tong gas memasak sehingga menyebabkan wanita itu cedera dan melecur lebih 60 peratus dalam kejadian 9 pagi Khamis lepas.
Mangsa yang bekerja sebagai pengawal keselamatan dan tinggal bersendirian di rumah sewanya sebelum itu menyalakan dapur untuk memasak tanpa menyedari tong gas berkenaan mengalami kebocoran sebelum meletup.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Feb 25 2023

Seorang wanita meninggal dunia di Hospital Pulau Pinang hari ini selepas dua hari bertarung nyawa setelah cedera parah akibat letupan tong gas memasak di rumahnya di Flat Taman Sri Bayu, Jalan Kampung Bukit, Bayan Lepas. - Foto JBPM

Bendang berselut tebal, beberapa lokasi aktiviti PAT 2025 berubah
Majlis perasmian PAT 2025 yang dijadualkan disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada petang ini dibatalkan.

Kusta: 368 penduduk jalani ujian saringan
Kerajaan memberi jaminan bahawa rawatan bagi pesakit kusta adalah berkesan dan tidak perlu dilakukan sebarang langkah kuarantin.

Agong selamat tiba di tanah air selepas menjalani rawatan di luar negara
Pesawat khas Seri Paduka Baginda tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang pada 7 pagi tadi.

Hubungan setengah abad Malaysia-Bahrain memasuki dimensi baharu
Kedua-dua negara akan memperoleh potensi besar dalam memperluas kerjasama ekonomi termasuk dalam sektor pelancongan.

Sanggup sembunyi dalam longkang busuk, kotor
Kesemua ditahan melibatkan individu warga Indonesia, Bangladesh, India, Myanmar dan Nepal.

ESCAP seru ASEAN perkukuh komitmen Perjanjian Paris
ASEAN sebagai satu blok mempunyai keupayaan untuk menarik pelabur serta membentuk mekanisme pembiayaan mampan.

RUU Perkhidmatan Parlimen, Perlembagaan Persekutuan akan dibentang untuk diluluskan - Fahmi
Langkah ini sebagai bukti komitmen Kerajaan MADANI dalam memperkukuh institusi demokrasi dan melaksanakan agenda reformasi institusi negara.

DBKL ambil alih pengurusan bazar Ramadan, Aidilfitri, tawar sewaan berpatutan
Pengambilalihan ini bertujuan untuk memastikan kadar sewaan yang lebih berpatutan bagi peniaga.

Jejantas Tun Teja ikon terbaharu Melaka, lonjak ekonomi setempat
Jejantas ini dilengkapi dengan sensor pergerakan, iaitu lampu akan dicahayakan mengikut pergerakan manusia yang melintasi.

'Perkampungan salji tanpa salji'
China ketika ini berdepan dengan gelombang haba lebih panas dan berpanjangan serta hujan lebat yang semakin kerap akibat perubahan iklim.

Wanita cedera parah akibat tong gas memasak meletup, meninggal dunia
Mangsa dilaporkan menghembuskan nafas terakhir pada 4.19 petang tadi dan perkara itu disahkanya oleh anak tunggalnya.

Tong gas memasak meletup, wanita melecur pada muka dan badan
Seorang wanita melecur pada bahagian badan dan muka selepas tong gas di rumah sewanya di Flat Taman Sri Bayu, Bayan Lepas, Pulau Pinang meletup.

Tong gas memasak meletup, bakal pengantin cedera melecur ditidurkan
Siti Hajar Hanis terpaksa ditidurkan di Hospital Seberang Jaya berikutan luka melecur di tubuhnya agak kritikal.

Cemas lihat tubuh kakak ipar terbakar
Muhammad Azib Mohamad cerita detik-detik isterinya melihat tubuh kakaknya disambar api.

Tong gas meletup, pekerja kedai makan melecur
Letupan turut mengakibatkan kebakaran kecil di kedai makan tersebut.

Lelaki melecur tong gas meletup
Kebakaran berlaku di rumah dua tingkat dan disyaki berlaku letupan akibat kebocoran tong gas LPG.

Lelaki nyaris maut, tong gas memasak meletup
Letupan menyebabkan bahagian pintu hadapan rumah mangsa pecah dan bertaburan manakala bumbung dan siling di dapur serta ruang tamu mengalami kerosakan.

Ledakan tong gas waktu subuh cederakan warga emas, pintu tertanggal
Seorang warga emas cedera selepas gas memasak di rumahnya mengalami kebocoran sebelum meledak.