JOHOR BAHRU: Seorang wanita berusia 50-an cedera di bahagian dagu akibat terkena libasan parang oleh seorang individu bertopeng dalam kejadian samun di Felda Air Tawar 4 di Kota Tinggi, semalam.
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Hussin Zamora berkata kejadian berlaku kira-kira 12.40 tengah hari ketika wanita itu sedang tidur di sebuah bilik di rumah yang didiaminya seorang diri.
"Suspek bertopeng telah masuk ke dalam rumah dengan membawa sebilah parang dan cuba menekup mangsa hingga terjatuh ke lantai lalu berlaku pergelutan hingga suspek bertindak melibas parang dan terkena di bahagian dagu mangsa.
"Suspek sempat merentap seutas rantai tangan emas yang dipakai mangsa sebelum melarikan diri. Mangsa mengalami kerugian lebih kurang RM3,000," katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurut Hussin wanita itu berada dalam keadaan stabil dan kes sedang disiasat lanjut mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan.
Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian menghubungi pegawai penyiasat kes di talian 017-7183778 atau Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Tinggi di talian 07-8831222 atau mana-mana balai polis berhampiran.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 03 2023

Seorang wanita berusia 50-an cedera di bahagian dagu akibat terkena libasan parang oleh seorang individu bertopeng dalam kejadian samun di Felda Air Tawar 4 di Kota Tinggi, semalam. - Foto Sinar Harian/media sosial

OIC kecam pencerobohan Netanyahu dan Katz ke khemah pelarian Tulkarm
OIC menyifatkan tindakan itu sebagai lanjutan kepada serangan berterusan rejim Israel terhadap rakyat Palestin.

Melaka FC rangkul kejuaraaan Liga A1 Semi Pro
Fuseini Issah tampil cemerlang dengan jaringan hatrik bagi membantu Melaka FC meraih kemenangan besar ke atas Machan FC.

THT & PDRM Blue Warriors lengkapkan kejuaraan treble MHL 2025
THT mengungguli perlawanan akhir menerusi penentuan penalti, selepas kedudukan terikat 1-1 dalam masa permainan sebenar.

Manchester United bangkit ketinggalan dua gol ikat Everton di Goodison Park
Keputusan itu meneruskan persembahan tidak konsisten Manchester United nyaris dijinakkan Everton yang tampil lebih dominan.

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Wanita dilanggar bas ketika minum di restoran
Kemalangan ini mengakibatkan seorang perempuan berusia 51 tahun yang sedang minum di kedai tersebut mengalami kecederaan bengkak di betis akibat terkena serpihan batu bangunan kedai.

Wanita cedera di perut ditikam anak saudara perempuan
Seorang wanita mengalami kecederaan di bahagian perut selepas ditikam dengan pisau oleh anak saudaranya ketika berlaku pertengkaran mulut antara mereka.

Wanita cedera di leher, lutut bergelut dengan peragut
Polis sedang mempergiatkan usaha memburu suspek lelaki terbabit dan kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan.

Wanita cedera dihempap dahan pokok tumbang di Taman Eko Rimba
Ketika kejadian, mangsa sedang duduk di gazebo lalu dihempap sebatang pokok tumbang.

Ibu tunggal terima 20 jahitan, rumah dihempap pokok kekabu
Seorang ibu tunggal menerima 20 jahitan pada bahagian kepala dan telinga selepas rumahnya dihempap pokok kekabu akibat ribut di Kampung Bedal Hilir di sini pada Ahad.

Wanita cedera dirempuh kerbau terlepas ikatan
Seekor kerbau yang mahu dijadikan korban terlepas daripada ikatan dan merempuh penduduk sehingga menyebabkan seorang wanita tercedera dalam kejadian di Kampung Rampayan, Manggatal pada Isnin.

Kereta terbakar, seorang wanita cedera, rakan dan anak selamat
Seorang wanita cedera manakala rakan serta seorang kanak-kanak terselamat apabila kereta yang mereka naiki terbakar di Jalan Bakau Chondong, Batu Pahat.

Wanita cedera kereta ditimpa pokok tumbang ketika balik mengundi
Seorang wanita cedera apabila kereta yang dinaiki ditimpa pokok tumbang selepas balik daripada mengundi pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Pulai petang ini.

Wanita cedera kereta terbabas masuk longkang
Seorang wanita cedera selepas kereta dipandunya terbabas sebelum terjatuh ke dalam longkang di Seksyen 18, Shah Alam pada Ahad.

Wanita cedera terkena libasan parang dalam kejadian samun
Seorang wanita berusia 50-an cedera di bahagian dagu akibat terkena libasan parang oleh seorang individu bertopeng dalam kejadian samun di Felda Air Tawar 4 di Kota Tinggi, semalam.