KUALA LUMPUR:Seorang wanita berumur 34 tahun di Sibu menjadi mangsa terbaharu jangkitan wabak rabies di Sarawak.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi kenyataannya pada Khamis memaklumkan wanita terbabit adalah mangsa keempat korban virus berkenaan bagi tahun ini di negeri itu.
“Mangsa meninggal dunia pada 18 Oktober 2020 jam 11.30 pagi dengan diagnosa rabies encephalitis di Hospital Sibu.
“Jumlah kumulatif sejak wabak rabies diisytiharkan di Sarawak adalah sebanyak 26 kes,” jelas beliau.
Menurut Noor Hisham, mangsa telah dimasukkan ke Hospital Sibu pada 12 Oktober 2020 kerana mengalami lemah pada kedua-dua belah kaki, lima hari sebelum dimasukkan ke wad.
Susulan itu tambah beliau, mangsa telah diarahkan untuk menjalani rawatan dan ujian makmal yang dijalankan oleh Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) pada 19 Oktober lalu mengesahkan mangsa telah dijangkiti wabak rabies.
“Siasatan mendapati kawasan kediaman mendiang berdekatan dengan tapak pelupusan sampah yang mana terdapat anjing liar yang berkeliaran.
“Mangsa pernah digigit oleh anjing peliharaannya pada penghujung tahun 2018 namun tidak mendapatkan rawatan di mana-mana fasiliti kesihatan,” tambah Noor Hisham.
Malah tegas beliau, anjing peliharaan dimiliki mangsa dilaporkan bercampur bebas dengan haiwan lain dan tidak pernah diberi suntikan vaksin anti-rabies.
“Anjing tersebut walau bagaimapun telah dibunuh oleh orang awam susulan satu kejadian di mana ia pernah menyerang seorang lagi individu.
“Akan tetapi, tiada sebarang sampel dihantar kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak bagi ujian pengesahan jangkitan rabies pada anjing tersebut,” dedah Noor Hisham menerusi kenyataan sama.
Bagi kes ini, kata beliau, Pejabat Kesihatan Bahagian Sibu telah memaklumkan kepada pihak berkuasa berkaitan untuk melakukan tangkapan bagi anjing di sekitar kawasan kediaman mendiang.
Ujarnya, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Sarawak terus komited dalam membanteras serta mengawal jangkitan virus berkenaan secara menyeluruh.
Dalam pada itu, beliau terus menasihati orang awam agar sentiasa mengambil langkah-langkah pencegahan sewajarnya bagi mengelakkan jangkitan rabies dalam kalangan manusia.
Nickyson Nyambar
Thu Oct 22 2020

Noor Hisham berkata, tempat kediaman mendiang berdekatan dengan tapak pelupusan sampah dan banyak anjing liar berkeliaran. -Gambar hiasan

Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan selamat menyambut Ramadan
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan selamat menyambut Ramadan kepada seluruh umat Islam di Malaysia.
Suasana sambutan, kemeriahan di perantauan
Suasana sambutan Ramadhan bersama Aisyah Azra , Rakyat Malaysia di Doha.
Yakin Medic sedia tembusi pasaran Singapura, sasar IPO suku keempat 2025
Yakin Medic Sdn Bhd, penyedia terapi sel stem terkemuka negara, merancang penyeneraian tawaran awam permulaan (IPO) di Bursa Singapura pada suku keempat 2025 atau awal 2026.

Kerjasama masyarakat, tentera, asas jamin keselamatan dan pertahanan negara
Kerjasama antara masyarakat dan tentera amat penting dalam memastikan keselamatan dan keamanan negara terjamin daripada sebarang ancaman.

Rundingan gencatan senjata Gaza di Kaherah gagal mara ke fasa kedua: Laporan
Rundingan Kaherah mengenai fasa kedua perjanjian gencatan senjata antara gerakan penentangan Palestin Hamas dan rejim Israel telah gagal, lapor Agensi Berita Republik Islam (IRNA).

Rebut 5 waktu mustajab berdoa di bulan Ramadan
Ramadan adalah bulan yang istimewa bagi umat Islam, bukan sahaja kerana kewajipan berpuasa tetapi juga kerana peluang untuk mendapatkan keberkatan dan memperbanyakkan doa.
[TERKINI] Rundingan gencatan senjata Gaza di Kaherah gagal ke fasa kedua
Rundingan Kaherah mengenai fasa kedua perjanjian gencatan senjata antara Hamas dan rejim Israel telah gagal.

Warga emas hilang di hutan Sarikei hampir seminggu ditemukan selamat
Seorang warga emas yang dilaporkan hilang hampir seminggu di hutan kawasan Rumah Luang Empaong, Roban, Saratok, ditemukan selamat hari ini.
MCA mahu bertanding semua PRN, PRU16
MCA menegaskan pendiriannya untuk bertanding dalam semua PRN dan Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
Kadar dividen 2024
Kumpulan wang simpanan pekerja (KWSP) hari ini mengumumkan kadar dividen 2024 yang lebih tinggi iaitu 6.30 peratus bagi kedua-dua jenis simpanan, konvensional dan shariah.

Wanita di Sibu korban terbaharu rabies
Mangsa telah disahkan meninggal dunia pada 18 Oktober lalu di Hospital Sibu.