KOTA BHARU: Seorang wanita ditahan reman selama seminggu bermula hari ini bagi membantu siasatan selepas dipercayai mendera anak lelakinya berusia lapan tahun, Mac lalu.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu, ACP Mohd Rosdi Daud, berkata wanita berusia 36 tahun itu ditahan di rumahnya di Kok Lanas, di sini, semalam, susulan laporan polis oleh bekas suaminya pada 10 Mac lalu.
Beliau berkata, pada Mac lalu, pengadu yang juga bapa kepada kanak-kanak itu telah dihubungi teman lelaki bekas isterinya, memaklumkan bahawa anak lelaki pengadu (mangsa) telah dipukul oleh ibunya.
Difahamkan bapa mangsa telah menerima satu video daripada teman lelaki bekas isterinya yang memaparkan mangsa dipukul termasuk dilempar meja oleh ibu kandungnya.
Selepas membuat laporan polis namun pada tempoh yang sama pengadu cuba menyelesaikan perkara itu dengan bekas isterinya, katanya.
"Sebelum ini pengadu bersama bekas isterinya dan dua anak mereka tinggal di Tampin, Negeri Sembilan, namun selepas bercerai pada 2020, suspek dan mangsa tinggal di Kota Bharu, manakala seorang anak perempuan mereka tinggal bersama pengadu.
"Mangsa telah dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) dan menerima rawatan sebagai pesakit luar dan akan diserahkan kepada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi tindakan lanjut," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Mohd Rosdi berkata kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 31 (1) Akta Kanak-kanak.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Sep 17 2022

Seorang wanita ditahan reman selama seminggu bermula hari ini bagi membantu siasatan selepas dipercayai mendera anak lelakinya berusia lapan tahun, Mac lalu. - Gambar hiasan

Pemastautin sementara dalang palsu MyKad - Saifuddin
Seorang pemastautin sementara dipenjara kerana didapati menjadi dalang aktiviti pemalsuan kad pengenalan (MyKad) di ibu negara.
Vietnam seru negara anggota perkukuh ekonomi
ASEAN perlu memastikan kebergantungan strategik dan keupayaan menyesuaikan diri dalam menghadapi cabaran yang semakin berkembang pesat di tengah persaingan strategik.
Vietnam cadang lanjut cuti bersalin ke 7 bulan
Vietnam bercadang membenarkan pekerja wanita melanjutkan cuti bersalin daripada enam bulan kepada tujuh bulan apabila melahirkan anak kedua.
VinFast rancang bina 100,000 stesen pengecas EV di Indonesia
VinFast merancang membina 100,000 stesen pengecas kenderaan elektrik atau EV di seluruh Indonesia yang boleh digunakan orang awam.
Singapura-Vietnam bentuk perkongsian strategik komprehensif
Perkongsian strategik komprehensif ini akan memacu perkembangan didorong oleh inovasi serta pertumbuhan hijau di Singapura dan Vietnam.
Rundingan sempadan maritim dan darat terima kerjasama baik
Kedua-dua pihak turut membincangkan pelbagai isu penting dalam hubungan dua hala antara malaysia dan Indonesia.

Stesen Jana Kuasa Pulau Indah telah beroperasi, jana RM1.6 bilion tahun hadapan
Stesen jana kuasa Pulau Indah (PIPP) di Klang yang dibina empat tahun lepas telah beroperasi secara komersial bermula 1 Mac lepas.
Menara loceng Romanesque terbesar siap selepas 15 tahun
Thailand mempersembahkan menara loceng Romanesque terbesar dunia setinggi tiga tingkat di bandar Wat Ban Dong Yai.
Program pantau karbohidrat di Thailand dapat sambutan
Lebih 18 juta rakyat Thailand berjaya diberikan pendedahan mengenai pengiraan karbohidrat.
Kerajaan Indonesia belanja 710.5 bilion Rupiah setakat ini
Kerajaan Indonesia setakat 12 mac 2025, telah membelanjakan sejumlah 710.5 bilion Rupiah dalam kempen pemberian makanan percuma kepada jutaan pelajarnya.

Kanak-kanak tujuh tahun maut disyaki didera ibu bapa sendiri
Ibu bapa mangsa yang berusia 30 hingga 40an telah ditahan oleh pihak polis bagi membantu siasatan.

Dera anak 7 tahun hingga mati hanya kerana minta wang saku
Hasil bedah siasat mendapati mangsa meninggal dunia akibat pendarahan pada bahagian ginjal kanan akibat dipukul dengan benda tumpul.

Remaja, budak 5 tahun jadi mangsa dera pasangan suami isteri
Siasatan lanjut terhadap kedua-dua mangsa mendapati beberapa siri kejadian penderaan dilakukan sejak 24 Mac lalu.

Suami isteri didakwa dera anak guna rotan, penyangkut baju
Tertuduh, Mohammad Zul Shafiq Shammadi, 29 dan Nurwadahtulfatanah Mohamad, 25, bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim, Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi selepas pertuduhan dibacakan.

Enggan buat kerja rumah, ibu disyaki cederakan anak guna pisau
Seorang wanita 'hilang sabar' sehingga dipercayai mencederakan anak lelakinya menggunakan pisau gara-gara kerana tidak mahu buat kerja rumah di Kampung Changkat Gombak pada Jumaat.

Ibu, rakan wanita dipenjara tujuh tahun aniaya anak hingga cedera
Seorang ibu tunggal dan rakan wanitanya masing-masing dihukum penjara tujuh tahun oleh Mahkamah Sesyen kerana menganiaya dan mengabaikan anaknya berumur tujuh tahun.

Polis tahan bapa, teman wanita dera budak tujuh tahun
Polis menahan seorang lelaki dan teman wanitanya pada Jumaat kerana dipercayai terlibat mendera anak lelakinya yang berusia tujuh tahun sejak kira-kira enam bulan lalu.

Ibu tunggal, rakan tomboi tukar pengakuan bersalah aniaya, abai anak
Seorang ibu tunggal bersama teman serumahnya yang berperwatakan seperti lelaki, menukar pengakuan kepada bersalah di Mahkamah Sesyen Johor Bahru pada Rabu.

Ibu didakwa jirus anak dengan air panas, berang data internet habis
Seorang wanita didakwa menyimbah air panas terhadap anaknya selepas berang dengan tindakan mangsa yang menghabiskan data internetnya.

Wanita, teman lelaki didakwa dera anak berusia 4 tahun
Kedua-dua mereka didakwa secara bersama melakukan penganiayaan sehingga menyebabkan kecedaraan fizikal terhadap seorang kanak-kanak.