SHAH ALAM: Polis Selangor hari ini mengesahkan wanita yang disimen dalam kolah sebuah rumah di Kampung Pendamar, Klang pada minggu lepas merupakan kekasih suspek utama iaitu Mandeep Singh, seorang warga India.
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata mangsa yang juga dikenal pasti sebagai warga India berusia 30-an, menetap di rumah tersebut bersama Mandeep Singh yang kini sedang diburu polis.
"Wanita yang berketinggian 160 sentimeter itu, dipercayai telah dibunuh sebelum disimen di lokasi tersebut. kita masih siasat berkaitan itu.
"Butiran suspek (Mandeep) telah diketahui dan waran tangkap akan diperolehi. Pihak polis juga akan minta bantuan Pesuruhjaya Tinggi India dan pihak polis negara itu untuk mengesan dan tangkap suspek ini," katanya ketika dihubungi Bernama.
Hussein berkata setakat ini pihak polis telah merekodkan keterangan daripada 10 individu.
Pada 4 Dis lepas, polis mengesahkan penemuan mayat dalam keadaan disimen di dalam sebuah kolah di sebuah rumah di Kampung Pendamar dan kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Polis juga sedang mengesan dua lelaki warga asing iaitu Ranjit Singh dan Mandeep Singh yang merupakan penyewa di rumah berkenaan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Dec 09 2023

Hussein berkata mangsa yang juga dikenal pasti sebagai warga India berusia 30-an, menetap di rumah tersebut bersama Mandeep Singh yang kini sedang diburu polis. - Gambar fail/Bernama

RUU PSB pastikan pembangunan semula yang adil, beri manfaat kepada pemilik hartanah
RUU ini turut memperkenalkan mekanisme bagi pemilik yang tidak bersetuju dengan pembangunan semula.

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.

Mayat buruh ditemukan terapung di jeti pasar ikan
Mayat seorang lelaki warga asing ditemui terapung di perairan jeti tempat pemunggahan ikan di pangkalan Pasar Umum Bandar Sandakan.

Lelaki autistik ditemukan lemas
Polis menerima maklumat daripada orang awam mengenai penemuan mayat Muhammad Helmi Azman, 26, pada 11.44 pagi.

Bau busuk bawa penemuan mayat dua beranak
Bau busuk dari sebuah rumah di Sungai Abong membawa kepada penemuan mayat seorang lelaki warga emas dan anak lelakinya yang juga Orang Kurang Upaya (OKU).

Mayat ditemui di lereng bukit Genting Highlands
Buat masa ini kes disiasat sebagai mati mengejut sementara menunggu laporan penuh bedah siasat.

Mayat ditemui di sekitar pusat latihan akademi Manchester United
Pusat latihan akademi Manchester United ditutup sementara waktu berikutan penemuan satu mayat manusia berhampiran tempat latihan itu.

Kes Bella: Tiga suspek ditahan reman hingga Sabtu depan
Tiga suspek ditahan reman sehingga Sabtu depan, bagi membantu siasatan membabitkan penemuan rangka manusia serta tengkorak yang dipercayai Mila Shamila Samsusah, atau Bella.

Wanita disimen dalam kolah kekasih suspek utama, Mandeep Singh - Polis Selangor
Polis Selangor hari ini mengesahkan wanita yang disimen dalam kolah sebuah rumah di Kampung Pendamar, Klang pada minggu lepas merupakan kekasih suspek utama iaitu Mandeep Singh, seorang warga India.

Sumbat mayat dalam guni, pemandu lori didakwa
Seorang lagi lelaki yang dikaitkan dengan kes penemuan mayat dalam guni di Taman Bukit Serdang empat minggu lalu, didakwa di Mahkamah Sesyen.

MV Tung Sung berjaya diapung, usaha cari baki mangsa bermula esok
Proses mengapungkan kapal MV Tung Sung, yang terbalik berdekatan perairan Sebuyau, kira-kira 103 kilometer dari sini, pada 19 Julai lepas berjaya dilakukan sepenuhnya pada 2.30 petang tadi.

Pencarian Titan: Pengawal pantai AS 'ambil langkah berjaga-jaga' jika mayat ditemukan
Penyiasat letupan kapal selam Titan "mengambil semua langkah berjaga-jaga" sekiranya mereka menemukan mayat di dasar laut.