KUALA LANGAT: Kegiatan seorang wanita pencuci rumah separuh masa yang bersekongkol dengan tiga orang penyamun terbongkar selepas kesemua mereka ditahan dalam tiga serbuan berasingan di Telok Panglima Garang, di sini minggu lalu.
Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superitendan Ahmad Ridhwan Mohd Nor@Salleh berkata, pihaknya menerima laporan daripada seorang lelaki berusia 56 tahun yang bekerja sebagai kontraktor mendakwa rumahnya di Kampung Sijangkang, di sini, dipecah masuk pada 8 November.
"Antara barang yang hilang adalah sebuah peti besi yang mengandungi wang tunai RM15,000, empat utas rantai leher emas, cincin emas (tiga), anting-anting emas (dua), geran kereta (satu), telefon pintar jenis Samsung (satu).
"Bertindak atas maklumat pada 10 November jam 10.30 malam sepasukan anggota telah berjaya membuat tangkapan seorang lelaki di sekitar Telok Panglima Garang," katanya dalam kenyataan pada Isnin.
Ahmad Ridhwan berkata, hasil soal siasat, polis berjaya menahan seorang lagi lelaki dalam serbuan kedua di sekitar kawasan Telok Panglima Garang, di sini sekitar jam 1 pagi pada Jumaat.
Beliau berkata, susulan itu, Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Lumpur berjaya menahan seorang suspek lelaki dan wanita pencuci rumah berkenaan lebih kurang jam 1.45 pagi pada Sabtu di kawasan sama.
"Dua suspek yang ditangkap merupakan orang yang dikehendaki polis bersabit kes samun di sekitar Kuantan, Pahang.
"Kumpulan ini aktif dalam melakukan jenayah sejak dua bulan yang lalu dan peranan wanita berkenaan dipercayai sebagai pemberi maklumat berkaitan rumah yang disasarkan," jelasnya.
Dalam pada itu, Ahmad Ridhwan berkata, pasukan serbuan berjaya merampas pelbagai peralatan dipercayai digunakan semasa kejadian dan beberapa barangan disyaki hasil curi.
"Antaranya sebuah peti besi yang dirosakkan, kuku kambing besi, mesin pengisar, gerudi, tukur besi, dokumen perakuan kenderaan, resit pajak gadai, dokumen Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) milik mangsa, dan sebuah Mitsubishi Triton.
"Kesemua suspek yang merupakan warga tempatan dan direman empat hari untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana pecah rumah.
"Pihak polis percaya telah berjaya menyelesaikan sekurang-kurangnya empat kes pecah rumah di sekitar Telok Panglima Garang dan siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengesan rakan sejenayah suspek berkenaan," ujar beliau. -Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Nov 15 2022
![Wanita ditahan bersama tiga penyamun pecah rumah majikan Wanita ditahan bersama tiga penyamun pecah rumah majikan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/41668464881_WanitaDitahan.jpg)
Ahmad Rihdwan (kiri) menunjukkan barangan yang dirampas. - Foto PDRM
Lima resolusi rampas Kedah pada PRU akan datang
Konvensyen Perpaduan Kedah 2025 menggariskan lima resolusi yang dipersetujui bersama hasil garapan pandangan pimpinan dan akar umbi Pakatan Harapan (PH) serta Barisan Nasional (BN).
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.
Bekas wartawan Utusan Melayu, Muhammad Basir meninggal dunia
Bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad, Muhammad Basir Abu Bakar meninggal dunia pada usia 46 tahun, di Hospital Serdang dekat sini, pada Sabtu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 15 Februari 2025.
![Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739634787_DatukAaronAgoDaga.jpg)
Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron
Sebarang tindakan atau kenyataan yang boleh menggugat keharmonian antara kaum dan agama di negara ini tidak boleh diterima dan dikompromi, kata Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang.
Enam bintang Running Man pukau 6,000 peminat di MIECC
Enam bintang program hiburan popular dari Korea Selatan, Running Man memukau lebih 6,000 peminat di konsert Running Man “Run 2 U” Live In Kuala Lumpur
Tumpuan Ahad – 16 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (15 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Wabak denggi diisytiharkan di bandar paling padat di ibu negara Filipina Wabak denggi diisytiharkan di bandar paling padat di ibu negara Filipina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61710238310_denggi.jpg)
Wabak denggi diisytiharkan di bandar paling padat di ibu negara Filipina
Quezon City diisytiharkan sebagai kawasan wabak denggi pada Sabtu susulan peningkatan hampir 200 peratus kes jangkitan.
![11 individu kandas di Lata Perangin berjaya diselamatkan 11 individu kandas di Lata Perangin berjaya diselamatkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739633529_termasukkanakka.jpg)
11 individu kandas di Lata Perangin berjaya diselamatkan
Pasukan bomba berjaya menyelamatkan 11 mangsa yang terkandas di Lata Perangin, Tanjung Malim, petang tadi.
![Mayat lelaki warga asing ditemukan di tepi jalan Mayat lelaki warga asing ditemukan di tepi jalan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720269170_Wargaasingmautke.jpg)
Mayat lelaki warga asing ditemukan di tepi jalan
Seorang lelaki dipercayai warga asing ditemukan meninggal dunia di tepi jalan berdekatan sebuah sekolah di Kuala Langat, semalam.
![Satu maut dalam kejadian tanah runtuh di tapak kuari Bandar Saujana Putra Satu maut dalam kejadian tanah runtuh di tapak kuari Bandar Saujana Putra](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/61704370926_tanahruntuh.jpg)
Satu maut dalam kejadian tanah runtuh di tapak kuari Bandar Saujana Putra
Seorang lelaki maut dalam kejadian tanah runtuh di sebuah kawasan tapak kuari di Jalan SP2, Bandar Saujana Putra di Kuala Langat hari ini.
![PRN: Azmin dakwa PN dahului kerusi di Selangor PRN: Azmin dakwa PN dahului kerusi di Selangor](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/71667123112_AzminAli.jpg)
PRN: Azmin dakwa PN dahului kerusi di Selangor
Azmin mendakwa, ia menjadi punca mengapa Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari sukar untuk mendedahkan tarikh pembubaran DUN.
![Asuma Beevi tawar diri tanding Ketua Wanita UMNO Kuala Langat Asuma Beevi tawar diri tanding Ketua Wanita UMNO Kuala Langat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/61677124002_AsumaBeevi.jpg)
Asuma Beevi tawar diri tanding Ketua Wanita UMNO Kuala Langat
Keputusan itu dibuat setelah membuat pertimbangan mendalam terhadap hala tuju politik dan perubahan yang ingin dibawa di bahagian itu.
![Wanita ditahan bersama tiga penyamun pecah rumah majikan Wanita ditahan bersama tiga penyamun pecah rumah majikan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/41668464881_WanitaDitahan.jpg)
Wanita ditahan bersama tiga penyamun pecah rumah majikan
Polis menerima laporan daripada seorang lelaki berusia 56 tahun yang bekerja sebagai kontraktor mendakwa rumahnya di Kampung Sijangkang dipecah masuk.
![Aksi tak senonoh dalam surau: Adik-beradik hanya bergurau - Polis Aksi tak senonoh dalam surau: Adik-beradik hanya bergurau - Polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/51666836604_tidaksenonoh.jpg)
Aksi tak senonoh dalam surau: Adik-beradik hanya bergurau - Polis
Dua-beradik berusia 14 dan 21 tahun yang menetap di Seremban itu dikesan Polis Daerah Kuala Langat pada Sabtu.
![Geng Ramesh terlibat jenayah samun tumpas Geng Ramesh terlibat jenayah samun tumpas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/51666737080_GengRamesh.jpg)
Geng Ramesh terlibat jenayah samun tumpas
Lima suspek dipercayai ahli kumpulan penjenayah itu diberkas, berumur antara 28 hingga 47 tahun.
![Tiada unsur cubaan culik berlaku di Telok Panglima Garang - Polis Tiada unsur cubaan culik berlaku di Telok Panglima Garang - Polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/41663512256_TBLOGOPOLISGENERIC.jpg)
Tiada unsur cubaan culik berlaku di Telok Panglima Garang - Polis
Siasatan awal polis mendapati tiada sebarang cubaan culik berlaku di sebuah stesen minyak di Telok Panglima Garang, Kuala Langat sebagaimana yang ditularkan dalam media sosial.
![Polis tahan wanita warga emas dera anak angkat Polis tahan wanita warga emas dera anak angkat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/41642260483_WomenHancuffsGeneric.jpg)
Polis tahan wanita warga emas dera anak angkat
Wanita itu disyaki mendera anak angkatnya secara mengheret kanak-kanak itu dengan menarik rambutnya, di atas jalan berhadapan rumahnya di Tanjung Sepat, Kuala Langat.
![Lori tangki terbalik akibat masalah brek Lori tangki terbalik akibat masalah brek](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/41658353498_LoriTangkiTerbalik.jpg)
Lori tangki terbalik akibat masalah brek
Kedua-dua pemandu lori tangki dan BMW bagaimanapun dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan.