Seorang wanita ditahan selepas mengeluarkan kata-kata kesat dan memaki hamun anggota polis yang menyamannya di susur masuk Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, Bayan Lepas malam tadi kerana melakukan kesalahan lalu lintas.
Ketua Polis Daerah Barat Daya Supt A. Anbalagan berkata dalam kejadian kira-kira 10 malam itu, wanita berusia 33 tahun berkenaan yang sedang memandu kereta, diberhentikan oleh anggota terbabit kerana menggunakan telefon bimbit ketika memandu.
"Suspek dimaklumkan yang dia melakukan kesalahan dan sebaik saman diserahkan kepada wanita itu, dia secara tiba-tiba mengeluarkan kata-kata kesat dan memaki hamun anggota polis yang bertugas.
"Anggota polis itu menasihati wanita berkenaan beberapa kali supaya tidak memakinya kerana dia hanya menjalankan tugas namun wanita terbabit tetap berdegil malah terus mengeluarkan kata-kata kesat," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Katanya ekoran itu, polis terpaksa menahan wanita berkenaan bagi membantu siasatan kerana menghalang tugas polis.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Sep 03 2017
Anggota polis menasihati wanita berkenaan beberapa kali supaya tidak memakinya kerana dia hanya menjalankan tugas namun wanita terbabit tetap berdegil malah terus mengeluarkan kata-kata kesat. - Gambar hiasan
Singapura perkenal kod amalan untuk aplikasi bagi meningkatkan keselamatan dalam talian
Kategori kandungan berbahaya yang dikenal pasti termasuk kandungan seksual, keganasan, bunuh diri dan mencederakan diri.
Tidak 'janji bulan bintang' MTBC usaha beri penghargaan sewajarnya
Mohd Najeeb menegaskan beliau sentiasa percaya terhadap kemampuan pemain terutama dengan jadual padat menanti mereka sepanjang tahun ini.
Perjanjian Gencatan senjata di Gaza dimeterai, mula Ahad ini
Rundingan gencatan senjata telah mencapai persetujuan berperingkat pada Rabu untuk menamatkan perang di Gaza antara Israel dan Hamas.
Malaysia perlu rebut peluang peluang perdagangan luar untuk imbangi halangan perdagangan AS
Malaysia perlu mempelbagai rakan dagangan dan tidak bergantung sepenuhnya kepada sumber perdagangan tunggal, untuk mengukuhkan ekonominya.
PM Palestin seru tindakan tamatkan pendudukan Israel
Mustafa berkata masyarakat antarabangsa mesti ambil tindakan konkrit dan tidak boleh diubah terhadap Israel untuk laksanakan penyelesaian dua negara.
Malaysia, UK optimis peroleh penyelesaian isu Gaza secepat mungkin
Anwar berkata perkara itu dibincangkan semasa pertemuan dengan rakan sejawatnya Sir Keir Starmer di No. 10, Downing Street, London, pada Rabu.
Pengharaman TikTok: Aplikasi RedNote jadi tumpuan pengguna AS
Pengguna di China mengalu-alukan pengguna baharu dari Amerika Syarikat dan bertukar pendapat mengenai topik seperti makanan dan pengangguran belia.
AS tegaskan semula sokongan untuk Korea Selatan, puji usaha tegakkan perlembagaan
Jurucakap Majlis Keselamatan Negara Rumah Putih mengeluarkan kenyataan, menegaskan semula komitmen teguh Amerika terhadap Korea Selatan.
Tiga rakyat China dipenjara 7 tahun, terlibat aktiviti perlombongan haram
Cheng Chang Fu, Wan Ling Wu dan Cheng Hai-Yan juga dikehendaki membayar denda bersamaan $600,000 serta disenarai hitam daripada memasuki negara itu secara kekal.
PM Thailand jadi sasaran 'scammer' guna AI
Paetongtarn mendedahkan bahawa beliau hampir terpedaya dengan penipuan itu, apabila seorang penyamar menggunakan suara pemimpin berkenaan dan mendakwa beliau gagal membuat sumbangan tertentu.
Perselisihan faham punca pemain boikot sesi latihan - CEO Perak FC
Bagaimanapun, perkara itu telah diselesaikan dalam perbincangan bersama kesemua pemain dan mereka meminta maaf selain berjanji tidak akan mengulanginya.
Lelaki tular maki, ludah pekerja pasar mini dikompaun
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner A. Asmadi Abdul Aziz berkata, lelaki berusia 20 tahun itu diberkas kira-kira jam 8.45 malam tadi, bagi membantu siasatan.
Penganggur dipenjara empat bulan kerana cekik leher, maki polis
Majistret Mohamed Ikhwan Mohd Nasir menjatuhkan hukuman itu selepas Ahmad Rosli Ahmad Kamsah, 49, mengaku bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan.
Wanita ditahan maki polis selepas disaman
Dalam kejadian kira-kira 10 malam itu, wanita berusia 33 tahun berkenaan yang sedang memandu kereta, diberhentikan oleh anggota terbabit kerana menggunakan telefon bimbit ketika memandu.