Mayat mangsa, N Ananti, 44, dikeluarkan menerusi khidmat anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Batu Gajah selepas menerima panggilan pada jam 9.33 pagi.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, panggilan dibuat suami wanita tersebut yang mengesyaki sesuatu terjadi kepada mangsa.
"Anggota melaksanakan kerja-kerja penyelamatan menggunakan peralatan bolt cutter untuk mengeluarkan mangsa.
"Mangsa kemudiannya disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan yang hadir ke lokasi kejadian," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.
Beliau berkata, mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
"Operasi tersebut tamat jam 9.46 pagi," katanya. -- Sinar Harian
![](https://img.astroawani.com/2024-10/51729493751_freesize.jpg)