BALIK PULAU: Sekurang-kurangnya 20 pokok kelapa di sepanjang jalan Teluk Kumbar, Balik Pulau yang dikhuatiri mendatangkan risiko kepada orang ramai ditebang hari ini.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bayan Lepas, Azrul Mahathir Aziz berkata, tindakan itu diambil susulan kejadian seorang wanita yang mengalami cedera parah akibat ditimpa sebiji buah kelapa yang tiba-tiba gugur ketika melalui jalan tersebut semalam.
Azrul berkata, kerja-kerja penebangan pokok kelapa dimulakan pada jam dua petang tadi selain pihaknya turut meneliti pokok-pokok lain di sepanjang laluan itu yang berisiko mendatangkan bahaya kepada pengguna jalan raya.
“Pagi ini saya bersama pegawai Jabatan Landskap Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) bagi meninjau pokok-pokok kelapa yang berisiko kepada pengguna jalan raya. Saya telah syorkan untuk penebangan beberapa batang pokok,” katanya menerusi hantaran di Facebook (FB) miliknya.
“Saya juga dimaklumkan kerja-kerja penebangan akan dimulakan pada awal petang ini juga. Terima kasih MBPP atas kerjasama yang baik,” katanya.
Menurut Azrul lagi, tindakan itu diambil sebagai langkah keselamatan selain mengelak insiden sama berulang.
Dalam kejadian semalam, seorang wanita cedera parah selepas sebiji buah kelapa tiba-tiba jatuh lalu menimpanya ketika dia yang sedang membonceng motosikal bersama anaknya melalui jalan tersebut.
Akibat kejadian itu, mangsa mengalami patah bahu kanan, patah tangan kiri serta patah dua tulang rusuk.
Kejadian itu berjaya dirakam seorang pengguna jalan raya yang memaparkan mangsa terjatuh ke atas jalan raya akibat kejadian itu.
Rakaman video berdurasi 28 saat itu kemudiannya tular di media sosial.
Azrul berkata, sejurus kejadian itu, beliau menghubungi anak mangsa dan dimaklumkan ibunya kini berada dalam keadaan stabil dan sedang menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang (HPP).
Dewi Nur Harasha Alias
Mon Jun 27 2022
Azrul (tengah) berkata tindakan itu diambil susulan kejadian seorang wanita yang mengalami cedera parah akibat ditimpa sebiji buah kelapa yang tiba-tiba gugur ketika melalui jalan tersebut semalam. - Foto Astro AWANI
AWANI Ringkas: Harimau Malaya: Petanda positif pertumbuhan populasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Lima penumpuan utama jayakan Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam - KPPA
Lima penumpuan utama digariskan dalam Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam (ARPA) bagi merealisasikan pembaharuan perkhidmatan awam yang lebih telus, berintegriti dan diyakini.
Petronas sedia bantu Uzbekistan dalam sektor petrokimia, tenaga bersih - Kenyataan
Petronas sedia menjayakan inisiatif tersebut, menyediakan kepakaran sokongan teknikal, pertukaran maklumat, dan konsultansi dalam bidang berkepentingan.
Parlimen: Kerajaan akan terus perkasa kesiapsiagaan ASEAN bagi muktamadkan DEFA
Malaysia akan meneruskan usaha strategik untuk memastikan tahap kesiapsiagaan negara-negara ASEAN dalam memuktamadkan Perjanjian Rangka Kerja Ekonomi Digital (DEFA).
Keadaan ibu Zayn Rayyan kosong, tiada reaksi, kata pegawai penyiasat
Pegawai Penyiasat bagi kes Zayn Rayyan Abdul Matin yang ditemukan mati dua tahun lalu memaklumkan pengadu, Ismanira Abdul Manaf kelihatan kosong sewaktu proses rakaman percakapan berlangsung.
Mekanik maut terlanggar tayar ganti dalam kemalangan lima kenderaan
Seorang mekanik maut apabila motosikal ditunggangnya terlanggar tayar ganti sebuah kenderaan pacuan empat roda dalam kemalangan membabitkan lima kenderaan di Rembau.
Caruman KWSP pekerja asing: Empat pandangan Ameer Ali Mydin
Walaupun kadar caruman KWSP sebanyak du peratus kelihatan kecil, kesan jangka panjang terhadap ekonomi negara tidak boleh dipandang ringan.
Kemalangan: Sakit jantung punca pemandu rempuh tembok parkir Hospital Serdang
Pemandu WRV yang nyaris jatuh dari tingkat tiga bangunan parkir pusat jantung, Hospital Sultan Idris Shah (HSIS), Serdang semalam sakit dada ketika memandu.
Serangan bom: Rakyat Malaysia diminta berwaspada ketika bercuti ke Thailand
Rakyat Malaysia yang merancang untuk bercuti ke Thailand dinasihatkan agar sentiasa berwaspada susulan insiden serangan bom di Narathiwat.
Copa del Rey: Real Madrid tanpa khidmat Mbappe, Bellingham di suku akhir
Ancelotti berkata, dua pemain utama itu akan menyertai Eduardo Camavinga, David Alaba dan Antonio Rudiger dalam senarai pemain tidak beraksi.
Video tular: Wanita cedera parah ditimpa buah kelapa
Seorang wanita cedera parah selepas sebiji buah kelapa tiba-tiba jatuh lalu menimpanya ketika dia yang sedang membonceng motosikal bersama anaknya.
Lelaki maut kenderaan dihempap pokok kelapa
Lelaki berusia 66 tahun itu menemui ajal berikutan kenderaan yang dinaikinya dihempap sebatang pokok kelapa di Jalan Kuala Pari, di sini pada petang Jumaat.