TAMPIN: Seorang wanita yang dipercayai mengalami tekanan perasaan bertindak memandu kereta jenis Perodua Myvi secara melulu di Taman Indah di sini pada Ahad.
Rakaman video kejadian itu turut tular di aplikasi WhatsApp.
Timbalan Ketua Polis Daerah Tampin, Deputi Superintenden Amiruddien Sariman berkata, polis menerima maklumat daripada penduduk yang menghubungi Bilik Gerakan Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Tampin untuk meminta bantuan pada jam 11 pagi.
"Penduduk memaklumkan kereta terbabit bukan saja dipandu secara berbahaya tetapi wanita berkenaan turut membuat bising dengan membunyikan hon.
"Sepasukan polis ke lokasi dan mengambil masa lima minit untuk meminta pemandu terbabit memberhentikan kenderaan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Isnin.
Menurutnya, wanita berusia 28 tahun itu kemudian dibawa ke Balai Polis Tampin untuk siasatan lanjut.
Ujarnya, pemeriksaan ujian saringan air kencing mendapati wanita itu negatif dadah dan tidak berada di bawah pengaruh alkohol.
“Berdasarkan keterangan wanita itu memberitahu, dia sedang menghadapi masalah keluarga yang menyebabkannya berada dalam keadaan tertekan.
"Kita telah menghubungi keluarganya dan menasihatkan supaya tidak mengulangi perbuatan itu," katanya.
ARTIKEL ASAL DI SINAR HARIAN
Sinar Harian
Mon Dec 06 2021

Tangkap layar video polis menahan kereta Perodua Myvi dipandu wanita terbabit. - Foto Sinar Harian
Kerajaan perkukuh inisiatif Astro-Tourism, anjur perkelahan astronomi
Kerajaan terus memperkukuh usaha memasyarakatkan dan membudayakan bidang astronomi dan sains angkasa menerusi pelbagai aktiviti dan program berbentuk pembelajaran sains bukan formal secara interaktif.

Keadaan Paus Francis masih 'kritikal' - Vatican
Vatican turut memaklumkan bahawa ketua gereja Katolik itu masih belum "bebas daripada bahaya."
Trump dakwa capai perjanjian dengan Ukraine
Presiden Donald Trump berkata pada Sabtu bahawa Amerika Syarikat telah menutup perjanjian dengan Ukraine mengenai perkongsian hasil daripada galian Ukraine sebagai sebahagian daripada usaha menamatkan perang

Fadillah sertai lebih 4,000 peserta larian kesedaran autisme
Penganjuran program berkenaan mampu memupuk kesedaran dalam kalangan masyarakat untuk lebih peka terhadap situasi golongan autisme.
12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Seramai 12 individu termasuk tiga kanak-kanak dan seorang bayi perempuan terperangkap dalam lif di sebuah hotel di sini pada Sabtu.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

EPL: Sensasi Asensio buat Chelsea gigit jari
Asensio menjaringkan gol kemenangan Villa pada minit ke-89 hasil kesilapan penjaga gol Chelsea, Filip Jorgensen.

Saya kehilangan sahabat baik - MB Perak
Menurutnya, secara peribadi hubungan mereka baik sejak sebelum Allahyarham menjadi Ketua UMNO Bahagian Tapah pada 2018.

Muhammad Kamil akan umum keputusan tanding Ketua AMK
Katanya, walaupun kesemua 14 AMK negeri telah nyatakan sokongan terhadapnya, beliau perlukan sedikit masa untuk mempertimbangkannya.
#AWANIRingkas 23 Februari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 23 Februari 2025
1️⃣ Kesihatan tebusan Israel yang dibebaskan dalam keadaan baik
2️⃣ Pope Francis kritikal setelah kesihatan merosot
3️⃣ Trump dakwa capai perjanjian hasil galian dengan Ukraine
#awaniringkas
1️⃣ Kesihatan tebusan Israel yang dibebaskan dalam keadaan baik
2️⃣ Pope Francis kritikal setelah kesihatan merosot
3️⃣ Trump dakwa capai perjanjian hasil galian dengan Ukraine
#awaniringkas

Bomba berjaya pujuk lelaki cuba bunuh diri
Mangsa yang berusia 33 tahun itu dipercayai mengalami tekanan perasaan dan cuba membunuh diri.

Polis tahan lelaki seksa kucing
Perbuatan khianat suspek itu dirakam kamera litar tertutup pada jam 1.09 pagi Sabtu

Mangsa banjir akui trauma, sedih mengenang kejadian menimpa
Ellen masih trauma memikirkan nasib bapa dan ibu mentuanya yang sakit tua ketika terperangkap dalam banjir.

Wanita hadapi tekanan perasaan memandu secara melulu
Seorang wanita yang dipercayai mengalami tekanan perasaan bertindak memandu kereta jenis Perodua Myvi secara melulu di Taman Indah di sini pada Ahad.

Lelaki mengamuk ditinggal isteri
Suspek juga mengalami tekanan apabila perniagaannya mengalami kerugian.

Jadi jutawan tani selepas hampir gila dikhianati
Dia mengalami tekanan perasaan melampau sehingga hilang pedoman dan melakukan perkara pelik termasuk mengasingkan diri di bawah jambatan.

Wanita alami masalah mental, maut terjauh dari tingkat tujuh
kejadian disyaki berpunca daripada tekanan perasaan yang dialami mangsa sejak Januari 2021.

PKP: Tertekan tiada kerja, suami kurung isteri, anak-anak dalam rumah
Lelaki berkenaan mengunci pagar, gril dan pintu belakang rumahnya dari dalam dan mendakwa tidak tahu di mana dia meletakkan kuncinya.

Lelaki maut dengan kesan kelar di leher
Mangsa yang berusia 32 tahun itu ditemui bapanya dalam keadaan terbaring dan berlumuran darah.

Warga emas dijumpai mati tergantung di bawah jejantas Segambut
Mangsa dilapor mengalami tekanan perasaan.