GEORGE TOWN: Seorang wanita warga Indonesia ditemui mati dengan empat kesan kelar termasuk pada lehernya di sebuah kediaman di tingkat tiga Apartmen Sri Nipah, Sungai Nibong, malam tadi.
Mayat wanita berusia 45 tahun yang berlumuran darah itu ditemui dua lelaki warga Bangladesh kira-kira jam 11.30 malam, sebelum memaklumkan kepada pihak polis.
Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Soffian Santong berkata, kediaman berkenaan disewa tiga lelaki dan mayat mangsa ditemui di dalam salah satu bilik di kediaman yang mempunyai tiga bilik itu.
Menurutnya, mayat mangsa ditemui di dalam bilik suspek utama, berusia 37 tahun, yang berjaya melarikan diri dan kini diburu pihak polis.
Soffian berkata, pemeriksaan pihak forensik mendapati terdapat kesan kelar pada leher, belakang telinga, perut dan dada mangsa.
Polis turut menemui kesan ikatan tali pada pergelangan tangan serta kaki mangsa dan tidak menolak kemungkinan mangsa telah diikat sebelum dibunuh.
Soffian berkata, mangsa dipercayai meninggal dunia dalam tempoh 24 jam, namun siasatan lanjut akan dijalankan termasuk menyoal siasat dua rakan serumah suspek.
“Berdasarkan soal siasat, kedua-dua penyewa terbabit mendakwa terdengar pertengkaran suspek dan mangsa sekitar jam 7.30 pagi Ahad dan tidak mengesyaki sebarang kejadian lain.
"Bagaimanapun, sejurus pulang dari kerja pada sebelah malam, mereka terkejut apabila melihat sekujur tubuh mangsa yang berlumuran darah di dalam bilik rakan mereka," katanya di sini hari ini.
Polis juga menemui dua bilah pisau sayur, dengan salah satu daripadanya mempunyai kesan darah, serta tali yang dipercayai digunakan suspek untuk mengikat serta membunuh mangsa.
Polis menemui beberapa dokumen dan salinan pasport, dipercayai milik wanita Indonesia itu, namun identitinya akan disahkan selepas proses bedah siasat.
Polis juga sedang menyiasat hubungan antara suspek dan mangsa.
Mayat mangsa dibawa ke Hospital Pulau Pinang dan proses bedah siasat akan dilakukan selepas menerima ujian calitan COVID-19.
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Astro Awani
Mon Dec 06 2021

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Pulau Pinang bagi dijalankan proses bedah siasat. - Foto PDRM
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Banyak idea baharu lahir dari Sesi Permukiman Jemaah Menteri - TPM Ahmad Zahid
Setiap pandangan yang dikongsi pada sesi itu, adalah cerminan keprihatinan dan komitmen kerajaan dalam mencorak masa depan lebih cerah.

Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Berdasarkan prestasi kukuh KWSP pada suku ketiga 2024, pencarum boleh mengharapkan berita gembira berkaitan agihan dividen yang lebih baik bagi tahun 2024 berbanding tahun sebelumnya.

Lelaki ditemukan maut terduduk dalam tandas dengan kesan kelar
Mayat mangsa ditemui dalam keadaan terduduk sambil mukanya berada di dalam lubang tandas.

Wanita Indonesia ditemui maut dengan empat kesan kelar
Mayat wanita itu ditemui dua lelaki warga Bangladesh kira-kira jam 11.30 malam, sebelum memaklumkan kepada pihak polis.

Lelaki maut motosikal terbabas langgar pembahagi jalan
Mangsa, A Sivalinga Peremal, 50 disahkan maut di lokasi kejadian selepas mengalami kecederaan parah pada bahagian leher.

Orang awam jumpa mayat penunggang motosikal dalam tali air
Pemeriksaan awal mendapati mangsa yang menunggang motosikal jenis Honda EX5 dipercayai telah terbabas sendiri sebelum masuk ke tali air.

Mayat wanita ditemui dengan kesan kelar di leher
Mayat seorang wanita warga Indonesia ditemui dalam keadaan separuh bogel dengan kesan kelar di lehernya.