KUALA LUMPUR:Tinjauan firma penyelidikan pasaran dan perundingan antarabangsa, Ipsos, mendapati wanita di bawah umur 35 tahun lebih cenderung untuk berasa resah dan tertekan berhubung situasi pekerjaan.
Berikut lima tumpuan tinjauan Ipsos berjudul ‘Impak pandemik terhadap tenaga kerja rakyat Malaysia’:
1) Malaysia mencatatkan purata tertinggi bekerja dari rumah berbanding purata global ketika pandemik COVID-19 ini.
2) Walaupun sudah meluangkan lebih sembilan bulan bekerja dari rumah, dua pertiga rakyat Malaysia masih berdepan cabaran untuk mengimbangkan kehidupan harian dan kerja.
3) Tahap keresahan dan stres dalam kalangan rakyat Malaysia tatkala berdepan dengan pandemik COVID-19 adalah paling tinggi dalam segala aspek berbanding 27 negara yang lain, iaitu 74 peratus berbanding 56 peratus di peringkat global.
4) Berhubung stres berkaitan tekanan akibat keluarga, sebagai contoh melibatkan penjagaan anak, tinjauan Ipsos mendapati kadar stres di Malaysia mengatasi dengan 58 peratus berbanding 45 peratus di peringkat global.
5) Rakyat Malaysia juga berasa lebih sunyi dan terasing akibat amalan bekerja dari rumah dengan mencatatkan 57 peratus berbanding 49 peratus di 27 negara yang lain.
6) Tinjauan menunjukkan wanita di bawah umur 35 tahun dan golongan berpendapatan rendah lebih cenderung untuk berasa resah dan tertekan berhubung situasi pekerjaan.
7) Sebanyak 10 peratus pekerja telah kehilangan pekerjaan manakala tujuh peratus pekerja telah meninggalkan pekerjaan mereka.
Isabelle Leong
Thu Jan 21 2021

Tinjauan menunjukkan wanita di bawah umur 35 tahun dan golongan berpendapatan rendah lebih cenderung untuk berasa resah dan tertekan berhubung situasi pekerjaan. - Gambar hiasan

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Ahli politik, 'influencer' profesion paling tidak dipercayai di Malaysia - Ipsos
Ahli politik dan pempengaruh media sosial menjadi antara profesion yang paling kurang dipercayai dalam kalangan rakyat Malaysia.

Rakyat Malaysia berkobar-kobar menantikan Olimpik Paris - Ipsos
Arun berkata Olimpik Paris mempunyai kesan positif dan penyatuan dalam kalangan rakyat Malaysia dan keterujaan rakyat terhadapnya amat tinggi.

TNB entiti korporat paling dipercayai dan diyakini di Malaysia
TNB menduduki tangga teratas sebagai entiti paling dipercayai di Malaysia mengatasi lebih 100 jenama dalam kaji selidik mulai April 2023.

Tinjauan: 72 peratus rakyat Malaysia merancang untuk melancong tahun ini
Tinjauan mendapati 69 peratus responden Malaysia merancang melancong ke luar negara, manakala 41 peratus memilih pasaran ASEAN.

COVID-19 bukan lagi perkara yang dibimbang, trend berbelanja kembali meningkat
Rakyat di negara ini tidak lagi meletakkan situasi COVID-19 sebagai satu perkara yang membimbangkan sejak negara mula melangkah masuk ke fasa peralihan endemik.

Hampir separuh tidak pasti, tidak mungkin terus ambil vaksin COVID-19 - Kajian
Dapatan kajian itu dijalankan bersama Ipsos; Monash University Malaysia; Sunway University dan Universiti Sains Malaysia.

Kajian Ipsos: KWSP organisasi paling dipercayai rakyat Malaysia
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menjadi organisasi dan institusi tabung amanah yang paling dipercayai rakyat Malaysia pada tahun 2021.

Kajian Ipsos: 82 peratus rakyat Malaysia optimis 2022 tahun lebih baik
Keyakinan ini antara peratusan yang tertinggi berbanding masyarakat negara lain.

Wanita lebih cenderung untuk dapatkan vaksin berbanding lelaki - Kajian
Kecenderungan yang lebih tinggi dalam kalangan wanita mungkin ada kaitan dengan sikap wanita yang lebih mementingkan kesihatan berbanding lelaki.

Majoriti rakyat di 9 negara mahu kekal amalan topeng muka dan penjarakan fizikal - Ipsos
Tiga perempat masyarakat di sembilan negara akan terus mengamalkan langkah pencegahan COVID-19 dengan memakai topeng muka dan mengamalkan penjarakan fizikal meskipun setelah menerima vaksin.