SHAH ALAM: Tular satu ciapan di aplikasi X pada Jumaat memaparkan sikap rakyat Malaysia yang bertindak memarkir kereta sesuka hati sehingga menjadi tajuk berita utama di Jepun.
Menerusi perkongsian foto pengguna bernama @pja_chan, tindakan wanita berkenaan telah menimbulkan kemarahan warga negara matahari terbit itu.
"Rakyat Malaysia disebut dalam berita di Jepun kerana memarkir kereta secara bertindih dan menimbulkan kemarahan rakyat Jepun.
"Ini parkir berbayar yang sudah ada ruangan untuk setiap kereta dan tidak boleh bertindih macam ini. Kenapa buat macam ini sampai menyusahkan orang ya?" soalnya.
Kejadian dikatakan berlaku berhampiran Matsumoto Castle, Aichi Prefecture dan kereta berkenaan disewa oleh sekumpulan wanita Malaysia.
Difahamkan, kereta yang berada di hadapannya hendak keluar parkir tetapi tidak boleh berbuat demikian kerana kenderaan sewa milik rakyat Malaysia itu telah menghalang jalan utama.
Manakala, pemilik kereta di belakang pula mendakwa bahawa wanita tersebut telah meminta dia mengalihkan kenderaan untuk memudahkannya keluar.
Ujar @pja_chan lagi, parkir di Jepun boleh menjadi isu utama kerana negara itu tidak membenarkan rakyatnya meletakkan kenderaan mereka sesuka hati.
"Ada tempat letak kereta yang ditetapkan berbayar. Tak ada istilah parkir bertindih. Sebab hal ni, ramai orang Jepun marah-marah rakyat Malaysia di internet.
"Kesannya terpalit pada rakyat negara ini yang duduk di sana terutamanya kerana sudah mempunyai pendangan buruk. Silap-silap pelancong Malaysia pun mereka sudah tidak suka selepas ini.
"Parkir di sana sudahlah mahal, disebabkan hal ini kena memanjangkan masa tiga jam lagi. Berganda-ganda jadi mahal.
"Buang masa orang lagi. Kena panggil orang jek lagi. Memang menyusahkan orang, manalah orang tak marah," ujarnya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sat May 11 2024
Ciapan di aplikasi X yang tular pada Jumaat. - Foto Sinar Harian
Waspada 'hotspot' angin lintang di PLUS risiko sebabkan kemalangan
JPBM Negeri Sembilan menasihatkan pengguna jalan raya lebih berwaspada di dua lokasi kawasan angin lintang di Lebuhraya Utara- Selatan (PLUS) yang berisiko mengakibatkan kemalangan.
Johor komited pastikan bekalan air bersih, stabil
Kerajaan negeri sentiasa komited dalam usaha memastikan bekalan air bersih yang stabil dapat dinikmati oleh rakyat.
45 kamera badan untuk penguat kuasa KKM Sarawak
Penggunaan teknologi itu penting bagi memastikan ketelusan dalam pelaksanaan tugas serta menjaga kebajikan pegawai semasa menjalankan peranan mereka.
PM Iraq mahu bekerjasama rapat dengan AMF
Perdana Menteri Iraq, Mohammed Shia' al-Sudani pada Khamis menyatakan aspirasi negaranya untuk memperkukuh kerjasama dengan Tabung Kewangan Arab (AMF) serta menegaskan sokongan pemerintahannya terhadap aktiviti organisasi itu.
Bank Jepun tingkat kadar faedah jangka pendek baharu
Bank Jepun mengambil keputusan untuk meningkatkan kadar faedah jangka pendeknya kepada 0.5 peratus berbanding 0.25 peratus sebelum ini. Perkara itu seperti yang dimaklumkan oleh Gabenor Bank Jepun, Kazuo Ueda dalam kenyataan pada Jumaat yang mana beliau melihat ini sebagai langkah yang bertepatan seiiring dengan ramalan yang dinyatakan oleh portal ekonomi perdagangan negara.
Patung Kapten Cook di Sydney disimbah cat merah
Polis Australia melancarkan siasatan pada Jumaat susulan patung pegawai tentera laut Britain James Cook dirosakkan di Sydney.
Presiden Mexico tolak semakan awal perjanjian AS-Mexico-Kanada
Presiden Mexico, Claudia Sheinbaum berkata tidak ada keperluan untuk mempercepatkan semakan Perjanjian Amerika Syarikat-Mexico-Kanada (USMCA) yang dicadangkan oleh rakan sejawatannya dari AS Donald Trump.
Dua kebakaran baharu tercetus di San Diego, California
Dua kebakaran hutan baharu dilaporkan berlaku di San Diego, California, Amerika Syarikat dan pihak berkuasa giat melakukan operasi pemadaman bagi mengelakkan ia merebak ke kawasan lain.
Empat nama tebusan Israel diserahkan kepada pengantara
Empat nama warga Israel yang akan dibebaskan pada Sabtu akan diserahkan Hamas kepada pengantara.
Perkukuh nilai insan pelajar sebelum kejar kemajuan AI
Kepentingan nilai insan dalam kalangan pelajar hari ini harus diberi keutamaan terlebih dahulu sebelum mengejar kemajuan kecerdasan buatan (AI).
PM tekankan nilai kemanusiaan, kebersamaan rakyat di perantauan
Anwar menyeru rakyat Malaysia di luar negara agar berganding bahu bersama semua pihak dalam usaha membangun dan memajukan negara.
Rakyat Malaysia di luar negara perlu punyai hak yang sama untuk mengundi - PM Anwar
SPR perlu memberi peluang kepada setiap rakyat Malaysia untuk mengundi, kata Perdana Menteri.
PM Anwar hadir ramah mesra bersama rakyat Malaysia di Belgium
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Majlis Minum Petang dan Ramah Mesra bersama rakyat Malaysia di Belgium.
Jangan pandang rendah teknologi dan bakat yang ada di Malaysia, kata Anwar
Rakyat Malaysia di luar negara tidak seharusnya memandang rendah terhadap kemajuan teknologi, kepakaran dan bakat yang ada di tanah air, kata Perdana Menteri.
Penyanyi wanita sohor Kelantan tiba di Mahkamah Wilayah Narathiwat
Difahamkan perbicaraan kes terbabit dijangka bermula jam 1 petang waktu Thailand.
Rakyat Malaysia antara mangsa letupan bom berhampiran balai polis di selatan Thailand
Seorang warga Malaysia dan enam anggota sukarelawan pertahanan cedera dalam satu insiden letupan bom berhampiran Balai Polis Daerah Mueang Pattani, Wilayah Pattani, selatan Thailand, pagi Isnin.
Wisma Putra pantau kebakaran hutan di Los Angeles; tiada rakyat Malaysia terjejas setakat ini
Kementerian Luar Malaysia - melalui Konsulat Jeneral di Los Angeles, Amerika Syarikat - sedang memantau dengan teliti kebakaran hutan di Los Angeles.
Tiada rakyat Malaysia terjejas gempa bumi di Nepal - Wisma Putra
Kementerian Luar mengesahkan, setakat ini tiada laporan tentang rakyat Malaysia terjejas akibat gempa bumi berukuran 6.5 magnitud yang melanda kawasan kira-kira 84km dari Lobuche, Nepal.
Kawalan, peraturan ketat pastikan perjalanan tahanan rakyat Malaysia selamat
Tahanan akan dipindahkan ke dalam trak dalam blok bangunan dan dibawa terus ke mahkamah tanpa pengetahuan sesiapa baik keluarga atau kenalan.
Polis kenal pasti dalang utama dadah di Sungai Golok
Suspek lelaki berumur 24 tahun dari Kelantan dipercayai memainkan peranan utama dalam sindiket dan mempunyai hubungan rapat dengan seorang wanita warga Laos.