KUALA LUMPUR: Walaupun berjaya melakar pelbagai kejayaan dan inspirasi dalam industri ruang digital, kaum wanita masih tetap menghadapi pelbagai cabaran dalam dunia digital seperti gangguan, dedah maya (doxing) dan seksisme.
Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching dalam memetik Laporan Kaspersky yang diterbitkan bulan lepas berkata 46 peratus responden Malaysia mengalami pelbagai bentuk keganasan dan gangguan dalam talian.
"Ini tidak boleh diterima, dan kita mesti mengambil tindakan tegas untuk mewujudkan persekitaran digital yang lebih selamat dan inklusif," katanya semasa menyampaikan ucaptama di forum 'Keterangkuman dan Pemerkasaan dalam Ruang Digital' di The Content Forum, di sini, hari ini.
Beliau berkata wanita semakin kerap menjadi sasaran penipuan digital, termasuk penipuan 'love scam' dan skim penipuan mata wang kripto, yang menyebabkan kerugian dari segi kewangan dan tekanan emosi.
"Adalah penting kita mengambil langkah proaktif untuk melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan dan pelbagai mekanisma yang diperlukan, untuk melindungi kita daripada menjadi mangsa penipuan seperti itu," katanya.
Teo turut menekankan perlunya budaya kesedaran dan daya tahan bagi melindungi wanita daripada penipuan dan membolehkan mereka mengambil bahagian dalam ekonomi digital.
Beliau berkata platform dan organisasi digital mesti bertanggungjawab untuk memupuk persekitaran dalam talian yang adil dan dihormati.
"Kita sendiri perlu memainkan peranan dalam melaporkan keganasan berasaskan jantina apabila kita melihatnya dalam talian, di platform media sosial dan mengecam siapa sahaja yang menyiarkan kandungan yang menjengkelkan," katanya.
Sementara itu ketika ditemui pemberita selepas forum berkenaan, Teo berkata sepanjang 2023 hingga 15 Feb lepas, 709 hantaran berunsur lucah telah dipadamkan menerusi kerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) dan penyedia platform media sosial.
Untuk tempoh sama juga 2,525 hantaran yang berunsur buli atau gangguan telah dipadamkan.
"Semua ini merupakan satu daripada usaha Kementerian Komunikasi menerusi MCMC untuk memastikan platform berkenaan tidak disalah guna," katanya.
Beliau turut meminta penyedia platform media sosial untuk memperketatkan garis panduan penggunaan masing-masing supaya tidak menunjukkan toleransi terhadap sebarang bentuk keganasan dalam talian.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 01 2024

Teo(tengah) hadir pada forum 'Keterangkuman dan Pemerkasaan dalam Ruang Digital' di The Content Forum, di ibu negara, hari ini. - Foto Bernama
Hamas akan bebaskan enam tebusan warga Israel
Mereka merupakan enam tebusan terakhir yang masih hidup daripada sekumpulan 33 yang akan dibebaskan pada peringkat pertama perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui bulan lalu.
Tiada masalah bekalan santan di Sarawak
Sarawak tidak berhadapan masalah bekalan santan sepanjang bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula- Anthony
Kementerian Pengangkutan mengarahkan supaya aspek keselamatan di semua stesen tren, khususnya kemudahan bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), dikaji semula dan dipertingkatkan.

Sarawak belanja RM6 bilion hingga 2030 laksana projek air
Sarawak akan membelanjakan kira-kira RM6 bilion hingga 2030 untuk melaksanakan projek bekalan air ke kawasan luar bandar.

Wanita dilanggar bas ketika minum di restoran
Kemalangan ini mengakibatkan seorang perempuan berusia 51 tahun yang sedang minum di kedai tersebut mengalami kecederaan bengkak di betis akibat terkena serpihan batu bangunan kedai.

Johor tidak benarkan pelaburan berkaitan pengimportan e-waste
Kerajaan negeri tidak akan membenarkan sebarang pelaburan membabitkan pengimportan sisa elektrik dan elektronik (e-waste) ke negeri ini.

Peningkatan titik panas isyarat awal ancaman jerebu rentas sempadan di Asia Tenggara
Kebakaran hutan secara sporadik di Asia Tenggara memberi isyarat tentang jerebu berbahaya, yang boleh membawa kesan besar terhadap ekonomi dan masyarakat, mengingatkan kepada episod jerebu pada 1997.

KPDN perketat pemeriksaan harga, usaha tangani pencatutan sempena Ramadan
Ia bagi memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan mencatut atau membuat kenaikan harga yang tidak selaras dengan perundangan pencatutan.

Lantikan pegawai khas untuk lancarkan proses pentadbiran kerajaan - MB Perak
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pelantikan Pegawai Khas Menteri Besar di 26 kawasan yang diwakili pembangkang di negeri itu, bertujuan untuk melancarkan tugas dan tanggungjawab

Kanak-kanak OKU didera: Taska didapati beroperasi tidak ikut peraturan
Pemeriksaan awal mendapati premis terbabit didaftarkan sebagai tadika dan tidak dibenarkan beroperasi sebagai taska serta menerima kanak-kanak berumur empat tahun ke bawah.

Wanita masih berdepan cabaran walaupun berjaya lakar pelbagai kejayaan dalam ruang digital - Teo
Kaum wanita masih menghadapi pelbagai cabaran dalam dunia digital seperti gangguan, dedah maya (doxing) dan seksisme.

29.7 peratus wanita, ahli pengarah di 100 syarikat tersenarai awam
Hanya dua kerusi diperlukan bagi mencapai sasaran 30 peratus untuk 100 syarikat tersenarai awam teratas.

Taliban sambut baik resolusi Majlis Keselamatan PBB mengenai larangan wanita bekerja
Taliban menyambut baik resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Jumaat yang mengakui Afghanistan sedang menghadapi pelbagai cabaran.

Kerajaan sentiasa utamakan golongan wanita - Perdana Menteri
Kaum wanita yang telah berjasa terhadap arus pembangunan negara bukan sahaja perlu dihormati tetapi wajar diberi pengiktirafan.

Perkasa wanita untuk segera capai negara maju
Penglibatan kaum wanita membantu pembangunan negara terutamanya segmen ekonomi.

Duterte dikecam anggap wanita tidak sesuai pimpin Filipina
Presiden Filipina, Rodrigo Duterte menyifatkan kaum wanita tidak sesuai untuk memimpin negara itu kerana lebih beremosi ketika buat keputusan.

Dengarlah suara kaum wanita bawa sejahtera ke Sabah
Peranan golongan wanita dalam membangunkan negeri Sabah ke peringkat lebih tertinggi haruslah diambil kira.

Tak mampu cari saya... jangan dibunuh, dibuang - Abby Abadi
Menurut Abby, mereka yang tidak berkemampuan untuk menjaga bayi boleh mencarinya.

Aplikasi Uber dan Careem pacu ekonomi, perubahan sosial di Arab Saudi
Penggunaan aplikasi ride-hailing ini tambah memudahkan kaum wanita berulang-alik ke tempat kerja dengan syarat kenderaan itu dipandu oleh kaum lelaki.