MANJUNG: Berang dituduh mengambil dadah, seorang lelaki berusia 28 tahun tergamak membakar isterinya di rumah mereka dekat Kampung Bharu, di sini Isnin lalu.
Ketua Polis Daerah Manjung, ACP Mohamed Nordin Abdullah berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian tersebut daripada kakak suspek kira-kira jam 6.42 petang.
"Hasil siasatan mendapati, punca kejadian disebabkan suspek tidak berpuas hati dengan mangsa berusia 33 tahun serta keluarganya kerana menuduh dia mengambil dadah.
"Isteri suspek telah menerima rawatan di Hospital Seri Manjung dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan kira-kira jam 12.20 tengah hari tadi.
"Bedah siasat akan dijalankan esok bagi mengetahui punca kematian," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurut Mohamed Nordin, polis telah menahan suspek sekitar jam 11 malam tadi di sebuah restoran di Lumut.
Katanya, suspek kemudian dibawa ke Mahkamah Majistret Seri Manjung hari ini bagi permohonan reman selama tujuh hari sehingga 18 Julai bagi siasatan lanjut.
"Kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan jika disabitkan kesalahan boleh dihukum mati," katanya.
Aida Aziz
Wed Jul 12 2023

Polis telah menahan suspek sekitar jam 11 malam tadi di sebuah restoran di Lumut. - Gambar hiasan

Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Penahanan dilakukan sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Serdang selepas menerima aduan orang awam.

Pelajar Tingkatan Satu maut dirempuh lori selepas turun bas
Supt Mohammad Shofee Tayib berkata, laporan mengenai kejadian itu diterima daripada orang awam pada jam 7.45 petang.

Nurfakhira ditemui selamat di rumah nenek rakan lelaki
ACP Bahrin berkata, remaja berkenaan ditemui dalam keadaan baik di rumah nenek rakan lelakinya.

3 bas meletup di Tel Aviv, polis Israel tuduh pengganas
Dua butir bom turut ditemukan dalam bas yang berasingan berjarak kira-kira 500 meter antara satu sama lain.

‘Palestin bukan untuk dijual’: Presiden Abbas tegaskan tolak rancangan pemindahan paksa
Presiden Palestin tegaskan negaranya "bukan untuk dijual" dan menolak sebarang usaha pemindahan penduduk Palestin secara paksa.

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

Tergamak bakar isteri hanya disebabkan pengecas telefon
Mangsa meninggal dunia setelah dua minggu berjuang melawan keganasan yang dilakukan oleh suaminya sendiri.

Bakar isteri hidup-hidup kerana lambat pulang dari kedai
Seorang lelaki ditahan polis di sini selepas cuba mencederakan isterinya sendiri dengan cara membakar wanita itu hidup-hidup di Tangerang.

Pekerja ladang mengaku salah bakar isteri
Seorang pekerja ladang mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Butterworth atas tuduhan cubaan membunuh isterinya dengan membakar wanita itu.

Suspek bakar isteri ditahan
Suspek yang membakar isterinya dengan petrol berjaya ditahan di Nibong Tebal, Seberang Perai Selatan pada Khamis.

'Bouncer' didakwa bakar, bunuh isteri
Seorang pengawal kelab hiburan atau 'bouncer' dihadapkan ke Mahkamah Majistret Seri Manjung atas tuduhan membunuh isterinya.

Wanita maut dibakar suami, berang dituduh ambil dadah jadi punca
Berang dituduh mengambil dadah, seorang lelaki berusia 28 tahun tergamak membakar isterinya di rumah mereka dekat Kampung Bharu, Manjung.

Isteri maut akibat dibakar suami di Sungai Petani
Seorang isteri maut dibakar suaminya, dipercayai akibat dendam di sebuah rumah di Taman Arked dekat sini 26 Mei lepas.