SEGAMAT: Seorang wanita maut selepas bumbung sebuah sekolah diterbangkan ribut dan menghempap kediamannya di Kampung Tahang Rimau, Segamat lewat petang semalam.
Dalam kejadian kira-kira pukul 7.40 petang itu, mangsa yang maut dikenali sebagai V. Mahadevi, 55.
Komander operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Pegawai Bomba Kanan II Abd Rahim Rahmat berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung runtuhan bumbung Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) Seg Hwa, kira-kira pukul 7.41 petang semalam.
Katanya, runtuhan bumbung berkeluasan 5,400 kaki persegi itu diterbangkan angin dan menghempap kediaman mangsa yang terletak bersebelahan sekolah berkenaan.
Rentetan itu ujarnya, mangsa kemudian berjaya dibawa keluar dengan bantuan orang awam sebelum disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan Kementerian Kesihatan (KKM).
Sementara itu jurucakap Angkatan Pertahanan Awam (APM) Segamat ketika dihubungi berkata, kejadian ribut yang melanda daerah berkenaan petang semalam turut menjejaskan struktur bumbung Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Segamat.
Katanya, kawasan yang paling teruk terjejas adalah di Mukim Sungai Segamat yang melibatkan 20 keluarga daripada Kampung Tahang Rimau, Kampung Jawa dan Kampung Tengah.
Manakala, kira-kira 15 kediaman turut terjejas di Mukim Gemereh dan Mukim Pogoh selain beberapa gerai peniaga juga turut dipukul ribut dalam kejadian itu.
Shuhada Abdul Kadir
Tue Jun 20 2023

Keadaan rumah mangsa yang dihempap bumbung sekolah di Tahang Rimau di Segamat. - Foto JBPM
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Dua lelaki cedera dihempap pokok tumbang
Mangsa kemudian berjaya distabilkan dan seterusnya dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk rawatan lanjut.

Struktur bumbung runtuh hempap kereta
Difahamkan beberapa kenderaan tersebut rosak dipercayai terkena serpihan struktur bumbung yang terjatuh.

Wanita maut dihempap bumbung sekolah
Runtuhan bumbung berkeluasan 5,400 kaki persegi itu diterbangkan angin dan menghempap kediaman mangsa.

Dua kereta remuk dihempap lori tangki
Lori tangki yang dipandu lelaki berusia 22 tahun dalam perjalanan dari Beruas menuju ke Parit.

Lelaki maut dihempap kereta ketika curi ekzos
Lelaki maut dihempap kereta ketika curi ekzos

Mekanik maut dihempap gerabak lori 10 tan
Difahamkan mangsa ketika kejadian sedang membaiki enjin lori jenis 'hydraulic' 10 tan namun dihempap kenderaan itu.

Bayi lima bulan cedera dihempap kanak-kanak di rumah pengasuh
Kisah bayi lelaki itu tular di media sosial sejak Khamis dan mendapat pelbagai reaksi netizen.

Wanita parah dihempap dahan pokok ru patah di Pantai Batu Buruk
Mangsa yang tidak sedarkan diri kemudian dikejarkan ke HSNZ untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Pemandu maut dihempap jentera penggelek jalan
Seorang lelaki maut selepas dihempap jentera penggelek jalan dipandunya yang terbalik di Jalan Ladang Ulu Beletie, Pakan, dekat sini, pada Ahad.

Lelaki maut dihempap bas yang dibaiki
Seorang pemandu bas maut akibat dihempap bas rosak yang sedang dibaikinya dalam kejadian di sebuah bengkel di Jalan Pendamar.