Seorang wanita dipercayai warga Filipina maut selepas terjatuh dari tingkat 15 Kompleks Sun di Bukit Bintang, awal pagi tadi.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar singh berkata, wanita terbabit dikatakan cuba melarikan diri daripada ditahan polis yang menjalankan operasi khas cegah jenayah maksiat di kompleks itu sekitar 2.30 pagi tadi.
"Dalam usaha wanita itu untuk melarikan diri dari pemeriksaan bermungkinan telah terjatuh dari tingkat 15 dan tersangkut di tingkat 10. Dia disahkan meninggal dunia dan terdapat kerosakan dalaman yang teruk," kata Amar dalam sidang media berkaitan operasi khas pembersihan kegiatan jenayah di Kompleks Sun, hari ini.
Mangsa yang ditemui terbaring di bumbung tingkat 10 kompleks ini oleh pengawal keselamatan dan dia telah memaklumkan kepada pihak polis yang berada di berhampiran.
Mangsa disahkan meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Kuala Lumpur untuk menerima rawatan.
Dalam operasi itu, pihak polis turut memeriksa lebih 435 penghuni dan menahan 154 warga negara asing dari Indonesia, Nepal, Myanmar, Bangladesh dan Filipina.
Turut ditahan pelacur warga asing.
Operasi ini dijalankan susulan aduan orang ramai ke atas penghuni kompleks itu yang diduduki ramai warga asing yang didakwa mengganggu ketenteraman penghuni sekeliling.
Astro Awani
Mon Jul 18 2016
Mangsa disahkan meninggal dunia dan terdapat kerosakan dalaman yang teruk. - Foto Astro AWANI
AGC fail notis usul, mahu rayu keputusan kes Titah Adendum ke Mahkamah Persekutuan
Notis itu berdasarkan premis percanggahan dalam tafsiran undang-undang, dan kepentingan isu undang-undang di bawah Perlembagaan Persekutuan.
Populasi Harimau Malaya tunjuk perkembangan positif - Nik Nazmi
Jumlah populasi Harimau Malaya (Panthera Tigris Jacksoni) di negara ini menunjukkan perkembangan yang positif.
[TERKINI] Op Sky: Tiga selebriti hadir ke SPRM esok
Tiga selebriti akan hadir memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Khamis, bagi membantu siasatan membabitkan sindiket syarikat perunding kewangan.
Hampir 50 peratus bakal jemaah haji setuju terima tawaran haji setakat ini
Hampir 50 peratus daripada 31,600 bakal jemaah haji telah bersetuju dan selesai menjawab tawaran haji bagi musim 1446H/2025M, setakat 27 Jan lepas.
Khazanah catat keuntungan RM5.1 bilion
Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) mencatat keuntungan operasi sebanyak RM5.1 bilion bagi tahun kewangan 2024, berbanding RM5.9 bilion pada 2023.
Gencatan Senjata: Sengasara rakyat Palestin mencari sesuap makanan, seteguk air bersih
Penduduk Palestin di Jabalia menyuarakan kesukaran untuk mendapatkan bekalan makanan dan air bersih ketika bantuan kemanusian sukar mencapai kawasan berkenaan yang telah musnah akibat serangan Israel.
Op Sky: Tiga selebriti hadir ke SPRM esok
Tiga selebriti akan hadir memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Khamis, bagi membantu siasatan membabitkan sindiket syarikat perunding kewangan.
67 mayat mangsa nahas helikopter-pesawat di Washington D.C. ditemukan
Pasukan penyelamat berjaya menemukan kesemua 67 mayat mangsa yang terkorban dalam insiden membabitkan sebuah helikopter dan pesawat penumpang di Washington D.C. minggu lalu.
Parlimen: KKM lakukan kajian awal penggunaan AI dalam saringan kesihatan
Kecerdasan buatan (AI) mempunyai potensi besar untuk digunakan dalam sistem kesihatan negara terutamanya dapat mempercepatkan aspek saringan dan diagnostik.
KESUMA, PERKESO dapatkan maklumbalas dengan pemegang taruh
Pihak Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) melalui Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) telah mengadakan sesi libat urus bersama para pemegang taruh bagi mendapatkan maklum balas berkenaan dengan cadangan pelaksanaan Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja (SKBBK).
Wanita maut terjatuh dalam operasi maksiat di Kompleks Sun
Wanita terbabit dikatakan cuba melarikan diri daripada ditahan polis yang menjalankan operasi khas cegah jenayah maksiat.