Menteri Besar Ahmad Faizal Azumu menafikan penglibatannya atau kerajaan negeri dalam sebuah majlis amal menampilkan seorang wanita berpakaian seksi seperti mana yang tular di media sosial.
Dalam sebuah klip video berdurasi 1 minit 24 saat, seorang wanita berpakaian mencolok mata kelihatan sedang mengadakan persembahan tarian dan nyanyian dalam sebuah majlis makan malam 'amal' berlatar belakangkan poster kerajaan negeri.
Ahmad Faizal berkata, beliau menyedari terpapar pada skrin besar video berkenaan, perkataan 'Persatuan Kebudayaan dan Pelancongan Kinta Perak. Malam Amal Ratu Kebudayaan Yang ke-14 Tahun 2018. Ratu Kebaya, Ratu Sari, Ratu Cheongsam.'
“Saya telah meminta pihak berkaitan untuk menyemak kaitan kerajaan negeri dengan majlis tersebut dan makluman yang saya terima menunjukkan tiada sebarang tajaan atau kehadiran mana-mana wakil pejabat Menteri Besar atau mana-mana jabatan atau agensi kerajaan negeri pada majlis terbabit.
“Justeru itu, saya ingin menafikan sekeras-kerasnya pembabitan saya, pejabat Menteri Besar Perak dan juga mana-mana jabatan atau agensi kerajaan negeri Perak secara langsung atau tidak langsung dengan majlis itu.
“Saya tidak pasti apakah niat pihak berkenaan berbuat demikian, tetapi saya memandang serius perbuatan berkenaan kerana ia melibatkan imej institusi Menteri Besar Perak dan juga kerajaan Perak keseluruhannya,” katanya dalam sebuah kenyataan media pada Ahad.
Menurut Ahmad Faizal, turut dipaparkan pada skrin besar dalam video tersebut adalah: 'Ribuan terima kasih dan penghargaan kepada tetamu terhormat YB M Kulasegaran (Menteri Sumber Manusia) dan YAB Ahmad Faizal Azumu (Menteri Besar Perak).'
Malah, beliau menyedari bahawa pihak penganjur juga telah menggunakan logo Jata Negeri Perak, logo Visit Perak 2017 dan logo Tourism Perak pada skrin latar majlis tersebut.
“Susulan daripada kejadian yang mendukacitakan ini, saya telah mengarahkan supaya mana-mana pihak yang ingin menggunakan imej saya atas kapasiti sebagai Menteri Besar, Ahli Dewan Undangan Negeri dan Ahli Parlimen supaya merujuk kepada Pejabat Menteri Besar terlebih dahulu.
“Ini adalah bertujuan melindungi imej insitusi Menteri Besar Perak dan imej kerajaan negeri Perak secara keseluruhannya dari sebarang acara atau aktiviti yang boleh menimbulkan salah faham di kalangan masyarakat pelbagai agama dan kaum, serta menyentuh perkara-perkara sensitif,” tambahnya.
Nazialita Geynna Maharan
Sun Aug 05 2018

Ahmad Faizal telah meminta pihak berkaitan untuk menyemak kaitan kerajaan negeri dengan majlis tersebut. - Gambar fail

New York saman pengedar vape jual e-rokok kepada kanak-kanak
New York pada Khamis menyaman beberapa pengedar rokok elektronik terbesar di negara itu, menuduh syarikat itu melanggar undang-undang negeri yang melarang penjualan vape kepada kanak-kanak.

X naikkan harga langganan X Premium+ sekali lagi, kini RM177 sebulan
X telah meningkatkan harga langganan untuk pelan X Premium kepada RM177 sebulan, selepas peningkatan sebelumnya pada Disember 2024.

Warga emas hilang ketika memancing ditemukan lemas
Mayat mangsa dijumpai oleh orang awam selepas timbul di Jeti Pink Rompin pagi ini pada jarak 2.5 kilometer dari lokasi mangsa dipercayai terjatuh.

Veteran DAP, Kulasegaran tarik diri pemilihan parti
M Kulasegaran mengumumkan keputusan untuk tidak mempertahankan jawatan dalam Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti itu bagi memberi laluan kepada kepimpinan baharu.

Man Tiger tidak mengaku cuba bunuh suami isteri
Suspek ditahan dalam tempoh 24 jam selepas kejadian dan mempunyai 27 rekod jenayah lampau berkaitan jenayah dan dadah.
3 bas meletup di Tel Aviv, polis Israel tuduh pengganas
Tiga buah bas meletup, di Tel Aviv pada Khamis dalam kejadian yang didakwa oleh polis Israel sebagai serangan pengganas.
Inflasi Januari 2025, apa pendorong situasi dan prestasi terkini?
Untuk mengulas lanjut angka terkini inflasi ini, kita bersama Prof Emeritus Dr Barjoyai Bardai, Provost, Malaysia University of Science & Technology MUST.

Jabatan Kesihatan rampas gula-gula kenyal dijual dekat sekolah Mohamad Fahmi
JKN Pulau Pinang sedang siasat lebih lanjut keselamatan produk makanan itu, tindakan selanjutnya akan diselaras di peringkat ibu pejabat.

Bapa dakwa anak autistik didera di taska, ada kesan lebam
Seorang kanak-kanak autistik, didakwa menjadi mangsa dera di taska apabila bapanya menemukan kesan lebam yang besar pada belakang badan ketika ingin memandikan anak sulungnya itu.
'Nak beli baju raya, rancang kewangan terlebih dahulu' - Pakar
Masyarakat disaran untuk berbelanja secara berhemah dan tidak membiarkan perancangan kewangan mereka tersasar semata-mata kerana ingin memenuhi gaya hidup atau mengikut trend menjelang perayaan Aidilfitri.

Azmin Ali dilantik Setiausaha Agung Perikatan Nasional
Mohamed Azmin berkata PN komited untuk terus berada di lapangan bagi membantu mangsa banjir termasuk kerja-kerja pembersihan pascabanjir.

Saya terima apa juga keputusan - Faizal Azumu
Faizal Azumu bersedia menerima apa sahaja keputusan terhadap pertandingan merebut jawatan Naib Presiden parti itu yang ditandinginya.

Jangan bersikap 'double standard' bila disiasat - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid mahu semua pihak tidak mengambil sikap 'berat sebelah' dengan mengatakan kerajaan bertindak tidak adil apabila mereka disiasat.

Isu 3R: Siasatan terhadap Muhyiddin timbulkan persoalan - Bersatu
Ahmad Faizal berkata pendakwaan segera ke atas Muhyiddin oleh Peguam Negara berhubung kes itu juga menimbulkan banyak lagi persoalan.

Pemilihan Bersatu: Peja undur diri, Hamzah bertanding Timbalan Presiden
Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin bakal 'naik pangkat' dan menyandang jawatan Timbalan Presiden parti pada pemilihan akan datang.

Faizal Azumu nafi kenyataan tular isu calon PM
Bersatu menafikan kenyataan yang tular berhubung isu melibatkan perbincangan calon Perdana Menteri pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

PRK Kuala Kubu Baharu: PN telah kenal pasti calon
Tidak timbul soal calon itu dari parti mana kerana apa yang paling utama individu berkenaan mewakili Perikatan Nasional, tegas Ahmad Faizal.

Sukan Komanwel: Beban terlalu berat buat negara - Faizal Azumu
Katanya, kajian menyeluruh wajar dilakukan khususnya melibatkan implikasi kewangan sebelum kerajaan membuat keputusan.

Ahmad Faizal mengaku silap pilih calon Bersatu
Ahmad Faizal berkata, beliau ada suara untuk menentukan calon parti bagi mewakili PN di Perak, termasuk Iskandar yang juga bekas setiausaha politiknya.

Slogan gelombang hijau, Taliban hanya taktik musuh PN - Faizal Azumu
Dakwaan yang mengaitkan PN dengan elemen gelombang hijau dan Taliban merupakan strategi musuh gabungan politik itu bertujuan untuk menakut-nakutkan pengundi bukan Melayu.