GEORGE TOWN: Seorang pekerja kedai pakaian dijatuhi hukuman penjara 10 bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan memiliki wang palsu minggu lepas.
Norhayati Talib, 28, didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah bilik di motel di Batu Ferringhi di sini kira-kira pukul 4.30 petang, 20 Mac lepas.
Dia dituduh melakukan perbuatan itu bersama dua lagi, Zuhan Khan Mohamed Ali, 52, dan Mohd Kadrie Kamarulzaman, 41, yang mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan tersebut.
Mereka bertiga didakwa memiliki 18 keping wang kertas RM100 dan tiga keping RM20 yang mereka ketahui adalah palsu.
Majistret Nur Melati Diana Abdul Wahab memerintahkan hukuman terhadap Norhayati bermula dari tarikh tangkap pada 20 Mac.
Pertuduhan mengikut Seksyen 489C Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun, jika sabit kesalahan.
Zuhan Khan yang merupakan pekerja hotel turut dikenakan satu lagi pertuduhan iaitu memiliki 14 keping wang kertas RM100 palsu dan satu keping wang RM20 palsu, di sebuah bilik berlainan, di motel yang sama pada tarikh serta masa yang sama.
Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nurul Atikah Asharaf Ali manakala kesemua tertuduh diwakili peguam Cheah Eng Soon.
Mahkamah menetapkan 16 Mei ini untuk sebutan semula kes dan membenarkan Zuhan Khan diikat jamin sebanyak RM8,000 dengan seorang penjamin bagi kedua-dua pertuduhan, manakala Mohd Kadrie dikenakan jaminan RM4,000 dengan seorang penjamin.
Sementara itu, Zuhan Khan turut dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas satu lagi pertuduhan menggunakan wang palsu RM100 sebagai tulen di kedai 7-Eleven, Batu Ferringhi di sini pada 11 Mac lepas.
Zuhan Khan bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan itu yang dikemukakan mengikut Seksyen 489B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Chew Qi Wei manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Hakim Mazdi Abdul Hamid membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM6,000 dan menetapkan 12 Mei untuk sebutan semula kes.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 30 2023
Pekerja kedai pakaian, Norhayati Talib, 28, dijatuhi hukuman penjara 10 bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan memiliki wang palsu minggu lepas. - Foto BERNAMA
Tiga pekerja restoran pengsan terhidu gas bocor
Tiga pekerja sebuah restoran dikejarkan ke hospital selepas pengsan terhidu gas bocor di premis berkenaan di sini hari ini.
"Tertanya-tanya, perlu faham kenapa Malaysia ranking ke-132 dunia" - Friend
CEO Harimau Malaya, Rob Friend, sedia membantu dan berkongsi falsafah serta ilmu pengetahuannya supaya dapat mengangkat bola sepak negara ke persada tertinggi dunia.
AWANI Ringkas: Hubungan perdagangan Malaysia-UK
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
IOC tangani isu pingat lusuh, pemenang Olimpik Paris terima ganti
IOC telah menjawab kepada permasalahan yang melibatkan pemulangan semula lebih daripada 100 pingat Sukan Olimpik Paris 2024, baru-baru ini.
Peniaga mengeluh kedai tidak dikunjungi kerana hakisan
Empat sekeluarga berdepan detik ngeri selepas syurga tempat mereka berteduh dari hujan dan panas lebih 30 tahun tewas dipukul ombak besar.
Hos AI Google NotebookLM diajar untuk tidak benci manusia
Google perlu melatih hos AI dengan "friendliness tuning" yang sesuai untuk menjadi lebih mesra seakan kawan.
Pantau Belanjawan: Sistem penjagaan kesihatan: Pesakit semakin 'sakit'
Peningkatan kos penjagaan kesihatan Malaysia yang lebih tinggi daripada purata dunia memerlukan tindakan segera. Dalam segmen ini, kita akan berbincang mengenai bagaimana kerjasama antara kerajaan, sektor swasta, dan masyarakat boleh memastikan sistem kesihatan yang adil dan berdaya saing bersama Ketua Pegawai Eksekutif, Angsana Health, Dr Khor Swee Kheng.
Pelakon Bollywood Saif Ali Khan cedera ditikam penceroboh di kediamannya
Dia mengalami luka tikaman yang serius, termasuk satu yang hampir mengenai tulang belakangnya.
Penglihatan murid: Kaca mata percuma bantu ketajaman penglihatan pelajar
Bagi menangani masalah tersebut, KKM bekerjasama bersama badan terlibat untuk melaksanakan projek rintis pengesahan masalah ketajaman penglihatan dan pemberian kaca mata percuma.
Ribut petir, hujan lebat di 4 negeri hingga tengah hari
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di empat negeri sehingga 12 tengah hari Khamis.
Wanita mengaku miliki wang palsu dipenjara 10 bulan
Seorang pekerja kedai pakaian dijatuhi hukuman penjara 10 bulan selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan memiliki wang palsu minggu lepas.