MELAKA: Seorang wanita mengandung tujuh bulan didakwa di Mahkamah Majistret Ayer Keroh di sini hari ini atas pertuduhan cuba merompak sebuah kedai emas di sebuah pasar raya, baru-baru ini.
Norraniza Muhamad Puslam, 35, yang menangis semasa pertuduhan dibacakan kepadanya, bagaimanapun mengaku tidak bersalah.
Dia didakwa cuba merompak Nur Rabeatul Addawiyah Rasul, 16, di Kedai Emas Daz Jewellery Mydin Ayer Keroh, pada pukul 4.45 petang, 20 Dis lepas.
Pertuduhan mengikut Seksyen 393 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimun tujuh tahun dan denda jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya Fikri Hakim Zamri menawarkan jaminan sebanyak RM15,000 dengan dua penjamin.
Bagaimanapun peguam tertuduh, Illya Shahar memohon jaminan yang rendah memandangkan anak guamnya berpendapatan sederhana, mengandung dan mempunyai dua anak berusia 5 dan 2 tahun, selain masih menanggung kedua ibu bapa dan seorang adik yang masih belajar di pusat pengajian tinggi.
Majistret Sharda Shienha Mohd Suleiman membenarkan Norraniza diikat jamin sebanyak RM4,000 dengan dua penjamin serta menetapkan 10 Feb depan sebutan semula kes.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 30 2022

Norraniza didakwa di Mahkamah Majistret Ayer Keroh hari ini atas pertuduhan cuba merompak sebuah kedai emas di sebuah pasar raya, baru-baru ini. --fotoBERNAMA

Badan pengawas PBB kumpul sampel air Fukushima, China sertai buat kali pertama
Jepun dan China bersetuju mengenai penglibatan Beijing dalam pensampelan dan analisis air yang dilepaskan di bawah kerangka kerja IAEA.
Pengurusan masjid, surau perlu tingkat kawalan keselamatan - Mohd Na'im
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar dalam satu kenyataan berkata, insiden kanak-kanak perempuan dipercayai dicabul ketika berada di dalam sebuah masjid di Selangor adalah satu perkara yang perlu diambil iktibar oleh semua pihak.
PUSPAKOM gantung sementara pemeriksaan 'walk-in'
Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) menggantung sementara pemeriksaan secara 'walk in' termasuk bagi individu yang ingin menjalani pemeriksaan semula (Berkala Semula) selepas gagal dalam pemeriksaan pertama.
Pejalan kaki warga Bangladesh maut, polis kesan pemandu lori
Polis sedang mengesan seorang pemandu lori bagi membantu siasatan kejadian kemalangan di Jalan Muar-Yong Peng berdekatan batu 6, Bakri.
Perlu terbuka terima kritikan, perbaiki kelompongan - PM Anwar
Jemaah Menteri mesti menerima kritikan dengan hati terbuka dan memperbaiki kelompongan yang ada dalam kerajaan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
MOTAC ingatkan orang ramai waspada laman sesawang palsu
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) mengingatkan orang ramai berwaspada dengan laman sesawang palsu yang menyamar sebagai platform rasmi kementerian itu bagi carian syarikat pelancongan berlesen.

Pengangkutan awam Jerman tergendala susulan kebuntuan rundingan gaji
Mogok yang bermula pada 3 pagi (0200 GMT) itu menjejaskan perkhidmatan pengangkutan awam di beberapa negeri.

Jemaah menteri perlu terbuka terima kritikan, perbaiki kelompongan - PM Anwar
Anwar turut mengingatkan Jemaah Menteri mengenai perlunya kesatuan dan kebersamaan sekali gus berfungsi sebagai sebuah kerajaan MADANI.

Sidang kemuncak pemimpin Arab bermula di Riyadh di sebalik perancangan pembangunan semula Gaza
Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed bin Salman menjadi tuan rumah bagi sidang kemuncak peringkat tinggi di Riyadh.

TFC, Kuching City seri 2-2 di SSMZA
TFC terpaksa berpuas hati dengan satu mata selepas diikat 2-2 oleh Kuching City FC dalam aksi Liga Super 2024/2025.

Peragut maut rempuh pagar kem PGA Batu Kawa
Selepas meragut beg mangsa, suspek kemudian bertindak melarikan diri dan merempuh pagar besi di Briged PGA Batu Kawa.

Banjir: Ibu hamil 37 minggu reda berlindung di PPS
Seorang ibu hamil dengan usia kandungan mencecah 37 minggu reda apabila terpaksa menjadi penghuni pusat pemindahan sementara (PPS) di Kota Tinggi.

Wanita mengandung tujuh bulan didakwa cuba rompak kedai emas
Norraniza Muhamad Puslam, yang menangis semasa pertuduhan dibacakan kepadanya, bagaimanapun mengaku tidak bersalah.

Kes wanita hamil mati dengan kesan tembakan, polis masih buru 'Aimay'
Polis meminta orang ramai tampil memberikan maklumat bagi membantu siasatan berhubung kematian seorang wanita mengandung yang ditemukan dengan kesan tembakan di bahagian perut.

Wanita mengandung ditemui maut dengan kesan tembakan pada perut
Datuk Muhamad Zaki Harun, berkata mayat mangsa yang berusia 26 tahun dan dipercayai mengandung tujuh bulan, ditemui orang awam kira-kira jam 4 petang.

Apa persediaan wanita mengandung sebelum naiki pesawat? Ini penjelasan doktor
Wanita hamil boleh sahaja nak melancong menggunakan pesawat tapi ada beberapa kriteria yang perlu ibu ambil tahu.

Vaksin COVID-19: 96% wanita mengandung di UK tidak mendapatkan suntikan
Pihak berkuasa kesihatan UK lancar kempen meyakinkan golongan ibu mengandung untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

COVID-19: Tiada halangan wanita hamil ambil vaksin
Ini kerana wanita hamil yang dijangkiti COVID-19 akan mengalami gejala yang lebih teruk sekiranya tiada perlindungan antibodi.

"Memalukan dan mengecewakan" - Wanita dipaksa jalani ujian kehamilan sebelum naik pesawat
Midori Nishida, 25, turut diiringi ke tandas awam di lapangan terbang sebelum mendapat kebenaran menaiki penerbangan.

Wanita mengandung tujuh bulan cemas, rumah dirempuh kapal tongkang
Seorang wanita yang sarat mengandung tujuh bulan berdepan detik cemas apabila sebuah kapal tongkang hanyut merempuh rumahnya yang terletak di tepi Sungai Igan di Kampung Hilir di sini pagi Jumaat.