JAWAPAN kepada ajal dan maut seseorang itu hanya Allah SWT sahaja yang tahu.
Mungkin perumpamaan ini tepat sekali menggambar situasi seorang individu yang kehilangan ibu tercinta selepas dirinya pulih daripada sakit.
Diceritakan oleh seorang doktor menerusi platform X, kisah tersebut bermula ketika si anak mengalami masalah sesak nafas dan dikejarkan ke hospital.
“Salah seorang pesakit saya pengsan di klinik beberapa hari lalu. Dia datang dengan keadaan tidak cukup nafas, paru-parunya ketat dan dalam beberapa minit, dia tumbang.
"Kami teruskan dengan CPR untuk 10 minit.
“Ketika sedang melakukan CPR, kami minta ibunya untuk mengajar si anak mengucap dua kalimah syahadah.
"Si ibu dengan segera duduk dan membaca syahadah berulang kali ke telinga anaknya,” tulis doktor berkenaan.
Selepas 10 minit, ambulans tiba dan pesakit dibawa ke hospital berdekatan dengan CPR masih diteruskan.
Menurut doktor berkenaan, pesakit selamat dan kini berada di ICU.
“Tapi malangnya, si ibu yang menemani anak mengalami serangan jantung ketika si anak berada di zon merah. Dia tumbang di kawasan hospital.
"Mereka cuba lakukan CPR, tetapi tidak berjaya. Innalillah.
“Apabila fikir semula, salah satu kata-kata akhir si ibu di dunia adalah mengajar anaknya syahadah.
"Tanpa dia sedar, syahadah yang dibaca adalah untuk dirinya.
“Semoga Allah rahmati roh mak cik dan tempatkan mak cik dalam kalangan orang beriman.
"Semoga anak mak cik sembuh dengan baik,” tutup lelaki itu. -Gempak
Sumber: Twitter Syazwan Azman
Gempak
Sun Sep 17 2023

Pesakit selamat dan berada di ICU. Tapi malangnya, si ibu yang menemani anak mengalami serangan jantung ketika berada di zon merah. -Gempak

Malaysia selaku Pengerusi ASEAN utamakan usaha damai di selatan Thailand - Thaksin
Thaksin berkata lawatannya ke selatan Thailand susulan perbincangan beliau dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, baru-baru ini.

Polis buka 15 kertas siasatan penipuan pelaburan saham didalangi 'Datuk'
Dalam tempoh 19 Jan hingga Khamis lepas, pihaknya menerima 32 laporan membabitkan kes berkenaan yang melibatkan sebuah syarikat dengan kerugian lebih RM1.3 juta.
Penindasan etnik Rohingya ujian kredibiliti ASEAN
Bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun ini, peranan Malaysia datang dengan harapan dan jangkaan yang tinggi dalam mencari penyelesaian kepada krisis tersebut.

KKM sedia bekerjasama tangani peningkatan CKD
KKM alu-alukan pandangan semua pihak sama ada NGO, swasta mahupun agensi kerajaan berkaitan untuk menghasilkan inisiatif yang berkesan.
Kerajaan tidak campur urusan penguatkuasa
Anwar menegaskan kerajaan tidak mencampuri urusan badan penguat kuasa dalam mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak.

Ismail Sabri masih perlu pemantauan rapi doktor
Ismail Sabri dilaporkan telah sedar sepenuhnya petang semalam namun masih memerlukan pemerhatian rapi daripada doktor.
Australia umum USD5.4 bilion untuk Medicare
Perdana Menteri Australia Anthony Albanese mengumumkan suntikan dana tambahan bernilai USD5.4 bilion bagi memperkukuh sistem penjagaan kesihatan negara, dengan tujuan menampung lebih banyak kos lawatan ke doktor, lapor Xinhua.
![[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia [KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71740286728_Renewableenergy.jpg)
[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia
Malaysia telah mencapai 28 peratus dalam campuran bahan api setakat Oktober 2024.
Lebih 18,000 orang berhimpun di Istana Maharaja Jepun raikan hari keputeraan
Lebih 18,000 orang berhimpun dalam cuaca sejuk di Istana Maharaja Jepun bagi meraikan hari keputeraan Maharaja Naruhito.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
FAMA membawa masuk sejumlah 640 metrik tan kelapa dengan peningkatan 30 peratus yang diimport termasuk dari Indonesia.

Ibu, anak cemas terperangkap dalam kebakaran rumah
Seorang wanita dan anak lelakinya berdepan detik cemas selepas terperangkap dalam kebakaran di rumah mereka di Jalan SS 19/1c- SS19, Subang Jaya pagi ini.

Isteri aktor Harun Hashim meninggal dunia
Allahyarham dikejarkan ke hospital Jumaat lalu selepas mengadu sesak nafas.

Kotak suis pangsapuri terbakar, seorang wanita maut
Setibanya di lokasi, bomba mendapati kebakaran melibatkan kotak suis pada sebuah pangsapuri 15 tingkat yang terbakar di tingkat 14.

Veteran UMNO Hussein Ahmad meninggal dunia
Allahyarham sebelum ini dimasukkan ke wad di Hospital Universiti Sains Malaysia di Kubang Kerian seminggu lalu akibat sesak nafas.

Kemahiran pertolongan cemas bantu selamatkan nyawa
Ketika berdepan situasi kecemasan seperti bencana alam atau kemalangan, memiliki pengetahuan dan kemahiran pertolongan cemas amat penting dalam menyelamatkan nyawa.

ADUN Mahkota Sharifah Azizah stabil, dipantau doktor - Onn Hafiz
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mahkota Datuk Sharifah Azizah Syed Zain kini stabil dan dalam pemantauan doktor, kata Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi.

Hostel terbakar: Wanita alami sesak nafas, 13 lagi terselamat
Seorang wanita mengalami sesak nafas manakala 13 individu lagi berjaya menyelamatkan diri dalam kebakaran melibatkan sebuah hostel di bangunan premis perniagaan di Bandar Puchong Jaya, Selangor.

Tercekik biji rambutan, warga emas maut sesak nafas
Kira-kira jam 8.30 malam, pihak polis dimaklumkan berkaitan kematian seorang wanita berusia 72 tahun di Klinik Kesihatan Lawin.

Anthony Loke tidak kena serangan jantung - KKM
Anthony Loke mengalami sesak nafas ketika memulakan jawapan lisan soalan pertama di Dewan Rakyat pada Rabu, tiada kaitan dengan serangan jantung.

Anthony Loke sesak nafas tiada kaitan serangan jantung - Lukanisman
Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Lukanisman Awang Sauni berkata sesak nafas itu disebabkan masalah kecergasan.