Seorang wanita berusia 26 tahun menangis teresak-esak sebaik dimaklumkan akan dibawa ke balai polis dan ditahan di lokap sementara waktu kerana ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Wanita itu memberi alasan dia tidak tahu PKP dilanjutkan sebaik ditahan polis dalam pemeriksaan mengejut di Jalan Alor Mengkudu, Alor Setar pada Jumaat malam.
Pada mulanya wanita itu menyangkakan hanya akan diberi kompaun. Bagaimanapun sebaik diarahkan menaiki kenderaan polis, dia meraung minta dilepaskan.
Menurut Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Mohd Rozi Jidin, pihaknya tidak menerima sebarang alasan kerana PKP sudah memasuki Fasa 3, kecuali mereka yang mempunyai dokumen kebenaran pengecualian.
Wanita itu antara lapan individu yang ditahan kerana ingkar PKP dalam operasi yang bermula sekitar jam 9 malam tadi.
Mohd Rozi berkata kesemua mereka yang berusia di antara 20 dan 38 tahun itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar untuk tindakan lanjut.
Mereka disiasat mengikut Seksyen 270 Kanun Keseksaan Peraturan 3 (1) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2020.
Sementara itu, hasil pemeriksaan mendapati seorang daripada yang ditahan mempunyai dua rekod lampau berkaitan jenayah.
Lelaki berusia 34 tahun dari Pendang itu sebelum ini pernah ditahan mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan kerana mencuri motosikal dan Seksyen 411 Kanun Keseksaan kerana menyimpan dan memiliki barang curi.
Pemeriksaan mengejut itu disertai seorang pegawai, 15 anggota, dan empat anggota Unit Rondaan Bermotosikal (URB) dari Balai Polis Alor Setar.
Adie Sufian Zulkefli
Sat Apr 18 2020

Wanita ini dan tujuh yang lain diarahkan menaiki kenderaan polis kerana ingkar PKP. -Astro AWANI
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.

Kuarantin wajib seminggu buat pengembara luar yang lengkap vaksinasi
Bagi yang tidak divaksin atau tidak lengkap vaksinasi COVID-19, mereka perlu menjalani tempoh kuarantin selama 10 hari.

Kadar kompaun kembali RM1,000 selepas Ordinan Darurat tamat - TPM
Semasa pelaksanaan Ordinan Darurat, nilai maksimum kompaun yang dikenakan ialah RM50,000.

Pematuhan SOP sektor perdagangan pengedaran pada tahap memuaskan - KPDNHEP
KPDNHEP menyarankan agar semua pemain industri di bawah sektor perdagangan pengedaran khususnya untuk memastikan SOP dipatuhi sepenuhnya.

Lelaki ugut, cekik pekerja kedai tegur SOP ditahan polis
Mohd Said berkata suspek akan dibawa ke Kompleks Mahkamah Seremban pada Isnin untuk tahanan reman di bawah Seksyen 506/323 Kanun Keseksaan.

Kuarantin tiga hari: Menteri perlu patuh syarat ketat
Dr Noor Hisham berkata syarat itu termasuk mengemukakan permohonan kepada Kabinet sebelum membuat perjalanan.

KKM harap Akta 342 dipinda segera
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah pindaan itu dibuat berikutan masalah jangkitan penyakit kini tidak lagi terhad kepada lokaliti tertentu saja.

Kerajaan akan warta kewajipan penggunaan MySejahtera - Dr Noor Hisham
Kerajaan akan mewartakan kewajipan pengunaan aplikasi Mysejahtera di setiap premis seluruh negara melalui Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

Wanita 'meraung' minta dilepaskan, dakwa tidak tahu PKP dilanjutkan
Polis tidak menerima sebarang alasan kerana PKP sudah memasuki Fasa 3, kecuali mereka yang mempunyai dokumen kebenaran pengecualian.

PKP fasa 3: Beri alasan tak masuk akal, 29 ditahan ingkar arahan
Kesemua mereka, termasuk 15 daripadanya warga asing, diberkas ketika sedang berlegar-legar di luar rumah di sekitar kawasan Subang.

SSM dijangka lanjut tempoh penutupan operasi
Suruhanjaya Syarikat Malaysia dijangka akan melanjutkan tempoh penutupan sementara operasinya di seluruh negara berikutan lanjutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga 14 April 2020.