BATU KURAU: Seorang wanita parah selepas kenderaan lasak pelbagai bentuk permukaan (ATV) dinaikinya terjatuh dari tebing setinggi tiga meter ke kawasan berbatu di kawasan air terjun di Kampung Sempeneh Cempaka, di sini, hari ini.
Mangsa yang berusia 23 tahun mengalami kecederaan di kepala dan mulut, manakala rakan wanitanya berusia 26 tahun, yang memandu kenderaan itu, tidak mengalami kecederaan.
Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, mereka menerima panggilan mengenai kemalangan itu pada 2.27 petang.
“Kemalangan melibatkan sebuah ATV telah terjatuh dari tebing kawasan tepi air terjun pada ketinggian tiga meter ketika kedua-dua mangsa sedang melakukan aktiviti rekreasi bersama rakan-rakan.
“Pemandu dipercayai hilang kawalan menyebabkan ATV terjatuh dari tebing dan menghempap batu,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Menurutnya, anggota yang tiba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Kurau segera memberi rawatan awal kepada mangsa.
Mangsa kemudian dibawa naik menggunakan pengusung sebelum diserahkan kepada pihak ambulans untuk dihantar ke hospital.
Abd Razak Mohd Ali
Sat Oct 01 2022

ATV dinaiki mangsa bersama rakannya terjatuh dari tebing setinggi tiga meter. - Gambar/ JBPM
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Budak perempuan 5 tahun maut dihempap ATV dipandu budak 7 tahun
Seorang kanak-kanak perempuan lima tahun maut ditimpa sebuah kenderaan lasak pelbagai bentuk permukaan (ATV) dipandu kanak-kanak lelaki tujuh tahun yang terbalik.

Wanita parah ATV terjatuh tebing 3 meter
Seorang wanita parah selepas ATV dinaikinya terjatuh dari tebing setinggi tiga meter ke kawasan berbatu di kawasan air terjun di Kampung Sempeneh Cempaka.