Wanita yang dirakam bertengkar dengan penguat kuasa Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) tampil memberi keterangan kepada polis.
Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Megat Mohamad Aminuddin Megat Alias berkata wanita berkenaan hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang bersama suaminya, 50-an pada jam 11 malam semalam untuk direkodkan keterangan.
“Bagaimanapun tiada sebarang tangkapan dibuat berhubung kejadian itu, suami wanita berkenaan juga disahkan mempunyai kad Orang Kurang Upaya (OKU) yang sah,” katanya dalam kenyataan.
Jelas Megat, pihaknya kini dalam proses melengkapkan siasatan kes sebelum dirujuk kepada pejabat timbalan pendakwa raya esok.
Kejadian di Bandar Puteri Puchong pada jam 1 petang itu berlaku apabila penguat kuasa MPSJ menunda kereta wanita itu yang diletakkan di tempat letak kereta yang dikhaskan untuk OKU.
Wanita berkenaan yang tidak berpuas dengan tindakan itu kemudiannya memarahi penguat kuasa berkenaan sambil memegang pengunci stereng kereta sebelum kenderaannya ditunda.
Suami wanita itu kemudiannya tampil de depoh tunda dan membayar denda RM190 selain memohon maaf atas tindakan isterinya itu.
Kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan atas kesalahan melakukan ugutan jenayah.
Hakim Rahman
Sun Sep 10 2017
Wanita berkenaan hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang bersama suaminya. - Foto: Media sosial
Thailand ketatkan kawalan sempadan selepas potong bekalan elektrik ke Myanmar
Polis peronda sempadan Thailand dan pasukan tentera telah menguatkan keselamatan di sepanjang sempadan dan semua agensi yang berkaitan.
Marcelo, bekas bintang Real Madrid umum bersara daripada bola sepak
Bekas bintang Real Madrid, Marcelo yang berusia 36 tahun mengumumkan persaraannya daripada bola sepak.
PGA tumpaskan penyeludupan tanaman hiasan bernilai RM1.25 juta di Rantau Panjang
Lori yang dipandu oleh seorang lelaki dalam keadaan mencurigakan sekitar 12.20 tengah malam ketika menjalankan tugas dalam Op Taring Wawasan Kelantan.
Martinez mungkin terlepas baki saingan musim ini
Pemain Argentina itu mengalami kecederaan ketika perlawanan menentang Crystal Palace di Stadium Old Trafford pada Ahad lalu.
MotoGP: Morbidelli catat masa terpantas pada hari kedua ujian di Sepang
Morbidelli, pelumba pasukan Pertamina Enduro VR46 Racing Team, mencatat masa 1 minit dan 57.210 saat pada pusingan ke-18 semalam.
Hujan lebat banjiri khemah di selatan Gaza, menambah derita rakyat Palestin
Golongan yang terpaksa berpindah kini berdepan dengan keadaan yang sangat mencabar akibat kesejukan dan angin kencang.
Jumlah kematian di Gaza hampiri 47,600 manakala 28 lagi mayat ditemukan daripada runtuhan
Menurut kementerian, jumlah korban termasuk seorang yang meninggal dunia akibat kecederaan dan dua lagi ditembak mati oleh tentera Israel.
Rakyat Jepun diperdaya dengan jumlah rekod penipuan di media sosial pada 2024
Penipu mencuri kira-kira 126.8 bilion yen (US$833 juta), meningkat 81.3 bilion yen berbanding 2023.
Dunia alami cuaca paling panas pada Januari 2025
Dunia mengalami Januari paling panas dalam rekod, meneruskan trend suhu global yang melampau.
Amarjit dipilih presiden ACC, lakar sejarah unik dalam keluarga
Amarjit menewaskan Presiden Majlis Olimpik Indonesia Raja Sapta Oktohari dengan keputusan 24-17 undian.
Stadium Malawati dijadikan CAC mulai esok
CAC itu akan menggantikan CAC Dewan MPSJ di SS15 berikutan kapasitinya yang boleh menampung lebih ramai pesakit COVID-19.
Tengku Permaisuri Selangor kesal insiden penangkapan anjing secara ganas
Tengku Permaisuri Norashikin menzahirkan rasa kesal berhubung insiden anggota Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) yang cuba menangkap seekor anjing terbiar secara ganas y
MPSJ lakukan kerja selenggara sistem saliran elak banjir kilat
Bagi memastikan bencana banjir kilat tidak berulang lebih-lebih lagi pada musim tengkujuh ini, MPSJ hari ini telah melakukan kerja-kerja penyelenggaraan sistem saliran.
Tujuh remaja 'lalok' dadah ditahan di pusat hiburan
Kesemua mereka yang ditahan akan menjalankan program pemulihan bersama AADK.
'Wanita pengunci stereng' tampil beri keterangan
Wanita berkenaan hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang bersama suaminya pada jam 11 malam semalam untuk direkodkan keterangan.
Kegiatan perjudian elektronik berselindung di sebalik pusat hiburan keluarga
Pemeriksaan MPSJ mendapati kegiatan perjudian elektronik itu beroperasi dengan berselindung di sebalik nama pusat hiburan keluarga bagi mengabui pihak berkuasa.
Aduan di USJ13: Busuk bukan berpunca daripada kucing saya - Pemilik rumah
Azhar akan mengeluarkan kesemua kucing yang dipeliharanya tetapi memerlukan tempoh sehingga dua bulan bagi menyelesaikannya.
Pembinaan menara telekomunikasi di tanah MPSJ ditangguhkan serta merta
Pembinaan kesemua 18 menara telekomunikasi atas tanah di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) ditangguhkan serta merta.
Astro AWANI menang anugerah liputan media elektronik terbaik MPSJ
Ia diperolehi hasil laporan kebun komuniti memupuk hubungan masyarakat berkebun di bandar oleh Wartawan Anthea Yap.
Jimat RM50 seminggu berkongsi hasil tanaman dengan rakan dan jiran
Program Kebun Komuniti yang diperkenalkan di bandar bukan sahaja mendidik amalan berkebun secara berkesan tetapi ia mampu meningkatkan semangat kejiranan di kalangan komuniti setempat.