SHAH ALAM: Wanita PKR hari ini melancarkan Sistem Asimilasi Struktur Asas Kepimpinan (ASAK) bagi memperkasakan pengurusan dan tadbir urus cabang wanita parti itu secara digital.
Ketua Wanita PKR Fadhlina Sidek berkata sistem ASAK merupakan sebuah laman rasmi tertutup yang dibangunkan bagi mengatasi isu-isu berbangkit antaranya penyelarasan pengurusan keahlian dan dokumentasi di peringkat negeri dan pusat.
"Sistem ini akan digunakan sepenuhnya untuk mengurus dan mentadbir khususnya yang terkait rapat dengan data-data pengurusan Wanita PKR.
"Kita harap program ini benar-benar dapat mencapai maksud dan hasrat kita khususnya dalam konteks menyambut hasrat kerajaan untuk memperkukuhkan pembudayaan digital dalam kalangan masyarakat dan kita bermula dengan parti dan Wanita PKR," katanya ketika ditemui selepas melancarkan Sistem ASAK di sini hari ini.
Beliau turut berharap agar sistem berkenaan dapat dimanfaatkan sepenuhnya menjelang Mesyuarat Agung Tahunan Wanita Cabang dan Kongres Wanita PKR tahun ini.
Dalam pada itu, Setiausaha Wanita Pusat bagi Sayap Wanita Keadilan (PKR) Loh Ker Chean berkata fasa dua pelaksanaan Sistem ASAK akan melibatkan ciri analisis data berkaitan demografi anggota wanitanya di setiap kawasan yang antara lain untuk memudahkan urusan pemberian bantuan.
Sistem ASAK yang merangkumi komponen maklumat, pengurusan surat menyurat, organisasi, mesyuarat dan takwim akan memantapkan dan menyeragamkan tadbir urus Wanita PKR dari peringkat kepimpinan pusat hingga ranting.
Katanya bagi memberi kefahaman dan penerangan mengenai penggunaan sistem itu, sesi taklimat secara dalam talian akan diaksanakan pada bulan ini.
Selain itu, Wanita PKR melalui Sukarelawan ASAK juga akan turun ke negeri-negeri bagi siri jelajah dan latihan yang akan dilaksanakan pada April sehingga Julai tahun ini.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 02 2024

Fadhlina berkata sistem ASAK merupakan sebuah laman rasmi tertutup yang dibangunkan bagi mengatasi isu-isu berbangkit. - Gambar Bernama

Jualan 'gummy' dalam talian masih aktif
Produk ini dijual pada harga serendah RM6.50 sebalang dan mendapat sambutan hangat.
Kerajaan perkukuh inisiatif Astro-Tourism, anjur perkelahan astronomi
Kerajaan terus memperkukuh usaha memasyarakatkan dan membudayakan bidang astronomi dan sains angkasa menerusi pelbagai aktiviti dan program berbentuk pembelajaran sains bukan formal secara interaktif.

Keadaan Paus Francis masih 'kritikal' - Vatican
Vatican turut memaklumkan bahawa ketua gereja Katolik itu masih belum "bebas daripada bahaya."
Trump dakwa capai perjanjian dengan Ukraine
Presiden Donald Trump berkata pada Sabtu bahawa Amerika Syarikat telah menutup perjanjian dengan Ukraine mengenai perkongsian hasil daripada galian Ukraine sebagai sebahagian daripada usaha menamatkan perang

Fadillah sertai lebih 4,000 peserta larian kesedaran autisme
Penganjuran program berkenaan mampu memupuk kesedaran dalam kalangan masyarakat untuk lebih peka terhadap situasi golongan autisme.
12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Seramai 12 individu termasuk tiga kanak-kanak dan seorang bayi perempuan terperangkap dalam lif di sebuah hotel di sini pada Sabtu.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

EPL: Sensasi Asensio buat Chelsea gigit jari
Asensio menjaringkan gol kemenangan Villa pada minit ke-89 hasil kesilapan penjaga gol Chelsea, Filip Jorgensen.

Saya kehilangan sahabat baik - MB Perak
Menurutnya, secara peribadi hubungan mereka baik sejak sebelum Allahyarham menjadi Ketua UMNO Bahagian Tapah pada 2018.

Muhammad Kamil akan umum keputusan tanding Ketua AMK
Katanya, walaupun kesemua 14 AMK negeri telah nyatakan sokongan terhadapnya, beliau perlukan sedikit masa untuk mempertimbangkannya.

Wanita PKR lancar Sistem ASAK, perkasa pengurusan dan tadbir urus secara digital
Wanita PKR hari ini melancarkan Sistem Asimilasi Struktur Asas Kepimpinan (ASAK) bagi memperkasakan pengurusan dan tadbir urus cabang wanita parti itu secara digital.

Kongres Wanita PKR: Budaya buli terhadap wanita, seksisme dibangkitkan
Wanita PKR menyifatkan budaya membuli wanita merupakan antara faktor golongan itu menjauhkan diri daripada melibatkan diri dalam arena politik.

Representasi wanita di Parlimen terus jadi agenda pemberdayaan Wanita PKR - Fadhlina
Representasi wanita di peringkat Parlimen, Dewan Undangan Negeri (DUN) serta cabang harus terus menjadi agenda pemberdayaan Wanita PKR, kata Ketua Wanitanya Fadhlina Sidek.

Wanita PKR sasar tanding 9 lagi kerusi Parlimen pada PRU15
Wanita PKR telah kenal pasti sembilan kerusi Parlimen untuk ditandinginya pada PRU15 selain mengekalkan 11 kerusi sedia ada.

Muhyiddin perlu mulakan konsultasi biparti demi negara - Fuziah Salleh
Muhyiddin Yassin perlu memulakan proses konsulatasi demi mempertahankan prinsip semak dan imbang dan menyikapi semangat demokrasi sebagai tunjang institusi Parlimen.

Perkasa wanita: Kerajaan PH jauh lebih progresif - Haniza
Kerajaan negeri dan persekutuan diharap dapat mempertimbangkan seorang wanita di setiap negeri untuk dilantik sebagai Ahli Dewan Negara.

Kongres tahunan sayap Wanita, AMK PKR bersidang hari ini
Kira-kira 1,588 perwakilan akan menyertai persidangan sayap Wanita dan AMK, yang masing-masing akan bermula 9 pagi.

Terima teguran akar umbi, kata Ketua Wanita PKR
Ketua Wanita PKR, Haniza Mohd Talha berkata anggota parti perlu bekerjasama menangkis usaha mana-mana pihak dari memecahbelahkan parti.

PH perlu kurangkan berpolitik, lebihkan usaha bantu rakyat - MB Selangor
Pakatan Harapan (PH) perlu kurangkan berpolitik jika tidak mahu hilang keyakinan dan kepercayaan daripada rakyat.

Peletakan jawatan isu dalaman PKR - Adly
Pengerusi PH Melaka Adly Zahari berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai isu peletakan jawatan dua ketua wanita cabang PKR Melaka.