KUALA LUMPUR: Seorang wanita ditahan selepas merosakkan telefon bimbit dan memukul seorang pelajar dengan buku di pekarangan sebuah kolej swasta di Kajang, Selangor.
Menurut Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan, pihaknya menerima laporan daripada pelajar berusia 20 tahun itu, Khamis lalu.
"Pada jam 2 petang, mangsa bersama rakannya yang berada di perkarangan kolej didatangi seorang wanita yang meminta tolong untuk meminjam telefon bimbit mangsa.
"Tetapi mangsa dan rakannya memberitahu telefon bimbit sedang digunakan untuk tugasan pembelajaran dan secara tiba-tiba suspek merampas telefon bimbit berkenaan dan terus melemparkannya di jalan raya sehingga rosak.
"Mangsa kemudian meminta suspek untuk bertanggungjawab dan suspek memasuki kedai serbaneka
kononnya untuk berbincang," katanya dalam satu kenyataan, pada lewat malam Sabtu.
Mohd Zaid berkata, ketika itu pihak polis telah tiba di lokasi kejadian dan meminta mangsa membuat
laporan polis.
"Ketika itu dengan tiba-tiba, suspek telah mengambil sebuah buku dan memukul kepala mangsa.
"Kedua-dua kejadian tersebut telah dirakam oleh rakan mangsa dan tular di media sosial," ujarnya.
Sehubungan itu, Mohd Zaid berkata, pihaknya telah menahan suspek yang berusia 51 tahun itu dan merampas buku berkenaan.
"Suspek telah direman selama tiga hari sehingga Ahad untuk tujuan siasatan," katanya.
Kes disiasat di bawah seksyen 427/324 Kanun Keseksaan.
Afiezy Azaman
Sun Aug 06 2023

Seorang wanita ditahan selepas merosakkan telefon bimbit dan memukul seorang pelajar dengan buku di pekarangan sebuah kolej swasta di Kajang, Selangor.

Penantian veteran ATM hampir dua tahun dapat rumah baharu berakhir
Shamsudin Hamzah terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan rumah baharu kerana keadaan tanah di kawasan itu dari jenis gambut.

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

164,000 kelapa tua dibawa masuk penuhi permintaan menjelang Ramadan, Aidilfitri
Angka itu merangkumi 82,000 kelapa yang tiba dari Sabah bulan ini, manakala 82,000 lagi dibawa masuk dari Kepulauan Palembang pada Mac depan.

46 warga Indonesia mangsa pemerdagangan dibawa pulang, termasuk bekas ahli DPRD
46 mangsa pemerdagangan manusia itu datang dari sembilan provinsi dengan majoriti berasal dari Sumatera Utara dan Jawa Barat.

Arab Saudi anjur sidang kemuncak pembinaan semula Gaza
Arab Saudi dijadual menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Kuda jatuh gaung berjaya diselamatkan
Anggota bomba di daerah Orange, California bertungkus lumus menyelamatkan seekor kuda yang terjatuh ke dalam gaung pada Jumaat.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Lebih 700,000 penyu mendarat di pantai Rushikulya India
Lebih 700,000 ekor penyu spesies Olive Ridley mendarat di pantai Rushikulya yang terletak di timur Odisha, India. Ia rekod terbaharu penetasan penyu atau digelar oleh masyarakat tempatan sebagai fenomena 'Arribada' di pantai itu.
'Indonesia gelap' cerminan tekanan pemerintahan Prabowo
Kepimpinan awal Presiden Prabowo Subianto dalam pentadbiran kerajaan Republik Indonesia menyaksikan penentangan dalam kalangan mahasiswa negara itu. Ia selepas pemotongan bajet terutama melibatkan sektor pendidikan dan kebajikan mahasiswa di negara itu. Salah seorang peserta yang terlibat dalam protes 'Indonesia Gelap' berkata Subianto melakukan keputusan yang buruk dalam pengenalan polisi-polisi kerajaannnya.
Pangkalan data salah laku polis Amerika ditutup
Pangkalan data di seluruh negara yang menjejaki salah laku pegawai polis Amerika Syarikat telah ditutup berikutan arahan Presiden Donald Trump. Menurut notis di laman web Jabatan Kehakiman Amerika, menyatakan Trump telah membatalkan perintah eksekutif yang ditandatangani bekas Presiden Joe Biden menyebabkan Pangkalan Data Akauntabiliti Penguatkuasaan Undang-undang Kebangsaan (NLEAD) dihentikan operasinya.

Wanita rosakkan telefon, pukul pelajar dengan buku ditahan
Suspek rampas telefon bimbit sebelum melemparkannya di jalan raya ketika mangsa sedang menggunakannya untuk menyiapkan tugasan pengajian.