JOHOR BAHRU: Seorang petugas sebuah sekolah antarabangsa kerugian RM190,000 selepas terperdaya dengan skim pelaburan mata wang digital tidak wujud.
Ketua Polis Daerah Seri Alam Supt Mohd Suhaimi Ishak berkata mangsa yang merupakan wanita berusia 50 tahun membuat laporan berkaitan kejadian semalam selepas menyedari dirinya ditipu.
Beliau berkata wanita berkenaan menyatakan mengetahui tentang skim itu setelah diperkenalkan oleh seorang lelaki tempatan dikenali menerusi laman sosial Instagram, yang menunjukkan cara melabur serta menerangkan graf keuntungan tinggi akan diperolehnya jika menyertai skim itu.
"Tertarik dengan tawaran suspek yang kononnya mangsa mampu hidup mewah hasil daripada pelaburan itu, mangsa telah memuat naik aplikasi pelaburan itu.
"Sepanjang tempoh antara 10 Jun hingga 16 Julai, mangsa telah melakukan enam transaksi pembayaran melalui aplikasi 'Luno Malaysia' membabitkan keseluruhan wang berjumlah RM190,000 untuk pembelian mata wang digital, seterusnya memindahkannya ke satu akaun lain menerusi aplikasi sama," katanya dalam kenyataan hari ini.
Mohd Suhaimi berkata wanita itu dapat melihat graf pelaburan yang menjana keuntungan tinggi, namun wang keuntungan berkenaan tidak dapat dikeluarkan dan dia perlu membuat bayaran tambahan sekiranya mahu mengeluarkan keuntungan itu.
"Mangsa yang syak dirinya ditipu bertindak membuat laporan polis dan kes sedang disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 22 2024
Sepanjang tempoh antara 10 Jun hingga 16 Julai, mangsa telah melakukan enam transaksi pembayaran melalui aplikasi 'Luno Malaysia' membabitkan keseluruhan wang berjumlah RM190,000. - Gambar hiasan
Labuan lancar Pelan Tindakan Pelancongan Komprehensif bagi 2025-2030
Pelan tindakan ini menjadi panduan strategik, menggariskan pelbagai inisiatif yang akan diambil untuk meningkatkan sektor pelancongan Labuan dari 2025 hingga 2030.
Penerima SARA rancang perbelanjaan, utamakan keperluan asas
Kebanyakan penerima dan bakal penerima (SARA) di Lahad Datu sudah mula merancang perbelanjaan, termasuk membeli pelbagai barangan keperluan asas.
Bantuan: SARA melalui MyKad disalurkan bermula hari ini
Usaha penyaluran Sumbangan Asas Rahmah (SARA) melalui penggunaan MyKad akan diperluaskan ke Sabah dan Sarawak pada tahun ini berbanding hanya di negeri-negeri Semenanjung Malaysia pada 2024.
88 penghuni rumah panjang tinggal sehelai sepinggang
Kira-kira 88 penghuni tinggal sehelai sepinggang apabila rumah panjang rumah mereka musnah sepenuhnya dalam satu kebakaran di Rumah Paulus Yan, Sungai Bawan di Jalan Nibong Tada pada rabu.
ASEAN 2025 | 15 Jan
ASEAN 2025 hari ini bersama Pia Ernadya membawa tumpuan berikut:
Haji: Malaysia mohon kuota tambahan 10,000
Malaysia memohon kuota haji tambahan sebanyak 10,000 dan akan diberikan pertimbangan sewajarnya oleh Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi.
Pantau Agenda Reformasi: Misi PM ke UK: Apa bakal kita dapat?
Selepas lawatan kerja rasmi ke UAE, PM meneruskan misi ke beberapa buah negara di Eropah seperti UK, Jerman dan Switzerland. Apa manfaat daripada hasil lawatan ini?
TRAVEX 2025 menghimpunkan peserta dari lebih 40 negara
Penganjuran ASEAN Travel Exchange (TRAVEX) 2025 yang diadakan bersempena dengan Forum Pelancongan ASEAN (ATF) 2025 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor, menghimpunkan peserta dari 42 negara, mencerminkan jangkauan luasnya.
Syarikat pembekal sandwic kontroversi dakwa bahan mentah ada sijil halal
Syarikat itu memberitahu, penghasilan sandwic itu menggunakan roti, keju, dan kepingan daging ayam yang diperakukan halal oleh Jakim.
Malaysia perkukuh perdagangan minyak sawit, kerjasama serantau - MPOB
Malaysia komited memanfaatkan rangka kerja serantau seperti Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) dan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) ASEAN dengan negara seperti Korea Selatan, Australia dan New Zealand.
Pekerja pelantar minyak rugi hampir RM50,000 ditipu sindiket pelaburan tidak wujud
Seorang pekerja pelantar minyak kerugian RM48,905.41 selepas terperdaya dengan tawaran skim pelaburan tidak wujud.
Pekerja pembinaan rugi lebih RM123,000 terperdaya pelaburan tidak wujud
Seorang pekerja pembinaan kerugian lebih RM123,000 selepas terperdaya skim pelaburan saham dalam talian.
Pengurus syarikat mengaku tipu jual kambing import
Shaharani Firdauz membuat pengakuan bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan hakim.
Wanita rugi RM190,000 terperdaya skim pelaburan mata wang digital
Seorang petugas sebuah sekolah antarabangsa kerugian RM190,000 selepas terperdaya dengan skim pelaburan mata wang digital tidak wujud.
Warga emas rugi lebih RM400,000 ditipu pelaburan tidak wujud
Dalam tempoh 3 April hingga 18 Jun mangsa telah membuat pindahan wang ke lapan akaun berbeza secara berperingkat berjumlah RM400,900.
Ahli perniagaan rugi lebih RM100,000 akibat 'phone scam'
Pengadu lelaki tempatan berusia 55 tahun itu memaklumkan kerani syarikat miliknya ditipu oleh sindiket phone scam terbabit.
Pemandu trak tunda didakwa tipu urusan jual beli kereta mewah
K. Thiviyen Raj, 26, membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Datin Sabariah Othman dan Hakim Azrul Darus.
Wanita dijerat sindiket tawaran kerja rugi lebih RM100,000
Mangsa yang berusia 22 tahun itu mendakwa ditawarkan pekerjaan oleh seorang wanita yang dikenalinya menerusi Instagram pada 23 Julai lepas.
Kakitangan sekolah direman tiga hari bantu siasatan tuntutan palsu
Seorang kakitangan di sebuah sekolah di negeri ini yang ditahan semalam bagi membantu siasatan disyaki mengemukakan tuntutan palsu berjumlah lebih RM100,000, direman tiga hari bermula hari ini.
Wang pusaka arwah bapa RM35,000 lebur
Mangsa berusia 40 tahun pada mulanya melihat iklan mengenai perkhidmatan itu pada 13 Januari lalu.