MELAKA: Seorang wanita menjumpai satu objek dipercayai peluru mortar ketika mencari rebung di kawasan semak berhampiran tepi jalan di Taman Tanjung Minyak di sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Christopher Patit berkata objek berkenaan ditemukan di bawah pencawang elektrik milik Tenaga Nasional Berhad (TNB) di kawasan berkenaan kira-kira 3.15 petang Khamis.
"Pengadu yang berusia 32 tahun itu sebelum itu berkunjung ke rumah adiknya untuk bercuti dan melakukan aktiviti memasak di kawasan luar rumah sempena menyambut ulang tahun kelahiran ibu mereka.
Pengadu memaklumkan dia pergi ke kawasan semak tersebut untuk mencari rebung sebagai bahan dalam masakan dan kemudiannya menemukan satu objek yang menyerupai bom," katanya dalam satu kenyataan di sini malam ini.
Christopher berkata jarak dari rumah adik pengadu ke lokasi bom yang dijumpai itu kira-kira 30 meter.
Beliau berkata berdasarkan laporan itu sepasukan polis dari Unit Pemusnah Bom Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka menjalankan pencarian di sekitar kawasan dan mendapati tiada sebarang objek lain yang mencurigakan.
"Hasil pemeriksaan lanjut mendapati objek yang dilaporkan itu merupakan satu peluru jenis mortar '60 milimeter (mm) practice', dalam keadaan berkarat dan dipercayai telah dilancarkan. Objek juga disahkan tidak mengandungi bahan letupan," katanya.
Katanya sepanjang tindakan, tiada sebarang kemalangan atau kerosakan harta benda awam dan objek telah dibawa balik ke pengkalan untuk tindakan lanjut berikutan kawasan terbabit tidak sesuai untuk melupuskan barang kes.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 31 2023

ACP Christopher Patit berkata objek berkenaan ditemukan di bawah pencawang elektrik milik Tenaga Nasional Berhad (TNB) di kawasan berkenaan kira-kira 3.15 petang Khamis.
Individu pertama dibenar keluar hospital guna jantung titanium
Seorang lelaki berusia 40-an menjadi individu pertama dibenarkan keluar dari hospital setelah dipasang jantung tiruan sepenuhnya pada Rabu.
Doktor di Sri Lanka lancar mogok, tuntut keadilan mangsa rogol
Sekumpulan doktor di Sri Lanka melancarkan mogok sehari bermula pagi Rabu sebagai tanda solidariti terhadap seorang doktor wanita yang dipercayai dirogol ketika bertugas di Hospital Pengajar Anuradhapura pada Isnin.
Perkhidmatan stesen kereta api Quetta dihentikan buat sementara waktu
Penggantungan operasi ini bertujuan meningkatkan lagi keselamatan orang ramai susulan serangan ke atas sebuah kereta api penumpang dari Quetta ke Peshawar pada Selasa yang meragut beberapa nyawa.
Tujuh negara memenuhi piawaian kualiti udara WHO
Menurut firma pemantauan kualiti udara, Switzerland IQAir, Chad dan Bangladesh adalah negara paling tercemar di dunia pada 2024, dengan purata paras asap lebih 15 kali lebih tinggi daripada garis panduan WHO.
Duterte mungkin dipenjara sehingga 30 tahun atau seumur hidup
Bekas Presiden Filipina Rodrigo Duterte mungkin menghadapi hukuman penjara sehingga 30 tahun atau seumur hidup jika disabitkan kesalahan oleh Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) atas tuduhan jenayah terhadap kemanusiaan berhubung perang dadah.

Remaja perempuan hilang selepas ditegur leka bermain telefon ditemukan selamat
Seorang remaja perempuan berusia 16 tahun yang dilaporkan hilang selepas keluar dari rumah keluarganya di Seksyen 20 di sini, Ahad lepas ditemukan selamat di rumah rakannya di Kuala Terengganu.
Tuduhan kompaun berat sebelah disifatkan fitnah, berniat jahat - Fahmi
Tuduhan kononnya kompaun yang dikenakan ke atas syarikat pemegang lesen membabitkan kes tiga penyampai radio sebagai berat sebelah sehingga menyebabkan Islam ditindas disifatkan sebagai fitnah yang berniat jahat.
70 peratus pelajar baharu SBP, MRSM perlu pilih STEM mulai tahun hadapan – PM
Perlu ada usaha untuk menambah jumlah pelajar dalam bidang displin Sains, Teknologi Kejuruteraan dan Matematik (STEM) di negara ini, bagi menampung keperluan dalam bidang berkaitan.
Justeru, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau akan mencadangkan agar kemasukan pelajar baharu SBP dan MRS ke bidang berkenaan ditingkatkan kepada 70 peratus.
Justeru, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau akan mencadangkan agar kemasukan pelajar baharu SBP dan MRS ke bidang berkenaan ditingkatkan kepada 70 peratus.
PM seru sektor swasta ambil sekolah angkat
Syarikat-syarikat berkaitan kerajaan dan swasta disaran untuk menghulurkan bantuan kewangan terhadap sekolah-sekolah yang memerlukan, terutamanya sekolah yang mempunyai fasiliti daif seperti tandas.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sektor swasta, terutamanya syarikat-syarikat gergasi boleh menyahut cadangan untuk menyertai program ‘sekolah angkat’, sekaligus menolong kerajaan sudah membelanjakan berbilion ringgit untuk menaik taraf fasiliti sekolah-sekolah kerajaan.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sektor swasta, terutamanya syarikat-syarikat gergasi boleh menyahut cadangan untuk menyertai program ‘sekolah angkat’, sekaligus menolong kerajaan sudah membelanjakan berbilion ringgit untuk menaik taraf fasiliti sekolah-sekolah kerajaan.
Tengku Zafrul masih kekal ahli UMNO- Zahid Hamidi
Menurut Ahmad Zahid, beliau juga menasihati Tengku Zafrul agar tidak terburu-buru membuat sebarang keputusan dalam satu pertemuan empat mata minggu lalu.

Peluru mortar lama ditemukan di Tumpat
Sebutir peluru mortar lama berukuran 61 milimeter (mm) ditemukan berhampiran kawasan peranginan di Pantai Sri Tujuh, Tumpat, semalam.

Pemandu jentolak temukan peluru mortar lama
UXO tersebut telah berjaya dimusnahkan di satu kawasan yang selamat pada 4.17 petang.

Wanita temukan objek dipercayai peluru mortar ketika mencari rebung
Objek berkenaan ditemukan di bawah pencawang elektrik milik Tenaga Nasional Berhad (TNB).