DALAM satu kejadian yang tidak disangka, seekor cicak berjaya melintasi dua benua dari Barbados ke Yorkshire, England dengan hanya menyorok di dalam pakaian dalam seorang wanita.
Lisa Russell, 47, menemui cicak berkenaan di dalam beg pakaian terselit dalam pakaian dalamnya setelah tiba di rumah di Rotherham, South Yorkshire, lapor BBC News.
Cicak itu turut diberi nama Barbie.
Menurut portal Live Science, terdapat kira-kira 1,500 spesis berbeza cicak di dalam dunia berukuran daripada 1.5cm sehingga lebih 35cm.
Reptilia ini mampu menyesuaikan diri di setiap benua kecuali Antarctica dan hidup dalam pelbagai habitat daripada hutan tropika sehingga ke padang pasir.
Russell memberitahu BBC News, dia sangat terkejut apabial menemui cicak berkenaan dalam pakaian dalamnya.
"Saya terus menjerit apabila melihat cicak itu bergerak. Ia sesuatu yang tidak disangka untuk menemui seekor cicak dalam pakaian dalam setelah mengharungi perjalanan sejauh 6,500 kilometer.
Russell terus menghubungi Persatuan Pencegahan Penganiayaan Haiwan (RSPCA) yang mengambil Barbie untuk diperiksa doktor haiwan.
Barbie didapati tidak tercedera dan akan disimpan untuk tindakan lanjut.
Astro Awani
Sat Sep 11 2021

Terdapat kira-kira 1,500 spesis berbeza cicak di dalam dunia berukuran daripada 1.5cm sehingga lebih 35cm. - Gambar hiasan
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Saintis jumpa spesies baharu labah-labah, cicak di Perlis
Penemuan spesies berkenaan mampu menarik peminat hidupan liar datang ke negeri ini sekali gus sebagai tarikan ekopelancongan.

Cicak betina miliki dua kepala, tiga mata
Cicak bernama Lucky itu ditemui oleh seorang awam dan menghantarnya ke Taman Reptilia Australia di utara Sydney.

Wanita terkejut temui telur cicak dalam sisir pisang
Dia membeli pisang berkenaan di sebuah pasar raya dan tidak perasaan kewujudan telur-telur tersebut sehingga tiba ke rumah.

Wanita terkejut temui cicak dalam pakaian dalam
Seekor cicak berjaya melintasi dua benua dari Barbados ke Yorkshire, England dengan hanya menyorok di dalam pakaian dalam.

Herpetofobia jadi inspirasi hasilkan produk halau serangga, reptilia
Serai wangi adalah bahan organik terbaik dan praktikal serta mesra alam untuk dijadikan sebagai bahan utama dalam produk penghalau serangga.

Warga emas dicekup letak 'cicak' dalam makanan
Seorang warga emas di India dicekup kerana dengan sengaja mencemarkan makanan yang dibelinya.

Bakteria masuk usus, mati sia-sia selepas makan cicak gecko
Seorang lelaki maut selepas memakan seekor cicak jenis gecko dalam satu permainan cabar mencabar di sebuah parti di Brisbane, Australia.

Kembar ditahan miliki pistol dengan alasan untuk tembak cicak
Dua beradik kembar yang bekerja sebagai pembantu kedai di tahan kerana memiliki sepucuk pistol angin berserta sebotol peluru plastik dengan alasan ia digunakan untuk menembak cicak.