SHAH ALAM : Seorang jurujual wanita yang tular di media sosial berhubung kehilangan rantai emas kanak-kanak di Karnival Jom Heboh, Sabtu lalu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Khamis atas pertuduhan mencuri.
Nor Zannah Andi Baso, 36, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibaca di hadapan Majistret, Nur Faizah Abdul Sani.
Mengikut pertuduhan, dia bersama seorang lagi yang masih bebas, didakwa mencuri rantai emas milik anak saudara seorang wanita berusia 26 tahun, di tapak karnival itu Stadium Shah Alam, di sini pada jam 5.39 petang, Sabtu lalu.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 397 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya, Sharifah Zafirah Syed Mustapa mencadangkan tertuduh diberi diikat jamin sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin.
Bagaimanapun, peguam, Oon Guo Chen yang mewakili ibu kepada seorang anak itu, merayu agar kadar ikat jamin tersebut dikurangkan kerana dia baharu sahaja melahirkan bayi perempuannya, tiga bulan lalu.
Selepas mendengar permohonan daripada kedua-dua pihak, Nur Faizah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM3,000 dan menetapkan sebutan semula kes pada 11 Ogos depan.
Pada 4 Jun lalu, Sinar Harian melaporkan, taktik seorang wanita mencuri rantai leher kanak-kanak di tapak Karnival Jom Heboh di Stadium Seksyen 13 di sini, terbongkar selepas tindakannya dirakam pada Sabtu.
Menurut Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim, rakaman video mengenai tindakan suspek itu telah tular di media sosial. - Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Jun 08 2023

Nor Zannah Andi Baso, 36, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibaca di hadapan Majistret, Nur Faizah Abdul Sani. - Gambar/ Sinar Harian
Angka korban di Gaza melebihi 48,300, lebih banyak mayat ditemukan
Pasukan perubatan dan penyelamat Palestin menemukan 22 lagi mayat daripada runtuhan di Semenanjung Gaza, menjadikan jumlah keseluruhan korban akibat serangan genosid Israel sejak Oktober 2023 meningkat kepada 48,319 orang.
Situasi di Gaza: Kehancuran Gaza dasyat, bantuan perlu ditingkat segera
Pengarah Jeneral Pertubuhan Antarabangsa bagi Migrasi (IOM), Amy Pope bersama Penyelarasan Kemanusiaan bagi Wilayah Palestin yang Diduduki (OPT), Muhannad Hadi, telah melawat selatan Gaza, pada Khamis.

ACLE: Kemenangan JDT bantu Malaysia huni tangga kelima Asia Timur, ke-10 seluruh Asia
Kemenangan tempoh hari membenarkan mereka menjadi tunjang buat negara Malaysia untuk mempamerkan peningkatan di pentas Asia.

Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Penahanan dilakukan sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Serdang selepas menerima aduan orang awam.

Pelajar Tingkatan Satu maut dirempuh lori selepas turun bas
Supt Mohammad Shofee Tayib berkata, laporan mengenai kejadian itu diterima daripada orang awam pada jam 7.45 petang.

Nurfakhira ditemui selamat di rumah nenek rakan lelaki
ACP Bahrin berkata, remaja berkenaan ditemui dalam keadaan baik di rumah nenek rakan lelakinya.

3 bas meletup di Tel Aviv, polis Israel tuduh pengganas
Dua butir bom turut ditemukan dalam bas yang berasingan berjarak kira-kira 500 meter antara satu sama lain.

‘Palestin bukan untuk dijual’: Presiden Abbas tegaskan tolak rancangan pemindahan paksa
Presiden Palestin tegaskan negaranya "bukan untuk dijual" dan menolak sebarang usaha pemindahan penduduk Palestin secara paksa.

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Wanita tular curi rantai leher kanak-kanak didakwa
Wanita yang tular di media sosial berhubung kehilangan rantai emas kanak-kanak di Karnival Jom Heboh, Sabtu lalu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Khamis.

Wanita curi rantai leher kanak-kanak di tapak pesta ditahan
Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, rakaman video mengenai tindakan suspek itu telah tular di media sosial.