AIR KEROH: Tindakan seorang wanita mengacu gunting kepada pegawai polis yang cuba meleraikan pertengkarannya bersama teman lelaki bulan lalu, membawa padah apabila dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ayer Keroh hari ini.
Tertuduh, Nguyen Thi Cam Nhung, 27, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Nabilah Nizam.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa menyerang atau menggunakan kekerasan jenayah dengan mengacukan gunting terhadap Inspektor Mohd Shahrol Firrdaus Senawi.
Kesalahan itu dilakukan di Silverscape Resident, Element Mall, Melaka Tengah, kira-kira pukul 9.30 malam 16 April lalu.
Justeru tertuduh didakwa mengikut Seksyen 352 Kanun Keseksaan yang mana jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum tiga bulan atau denda sehingga RM1,000 atau kedua-duanya sekali.
Sementara itu, bagi pertuduhan kedua, tertuduh mengaku bersalah menghalang tugas penjawat awam yang dilakukan di tempat, tarikh dan masa yang sama di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan.
Jika disabitkan boleh dihukum penjara maksimum dua tahun atau denda sehingga RM10,000, atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Bagaimanapun, mahkamah menolak pengakuannya itu susulan tertuduh tidak konsisten dengan keputusan itu.
Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya J Banusha menawarkan jaminan RM20,000 bagi setiap pertuduhan terhadap tertuduh yang diwakili peguam Muhamad Syah Azlan Abdullah.
Selepas mendengar hujahan kedua belah pihak, mahkamah kemudian membenarkan tertuduh dilepaskan dengan jaminan RM10,000 dengan dua penjamin warga Malaysia bagi kedua-dua pertuduhan serta syarat pasport diserah kepada mahkamah.
Mahkamah turut menetapkan kes disebut semula pada 13 Jun ini untuk serahan dokumen dan mengunakan khidmat jurubahasa Vietnam.
Shuhada Abdul Kadir
Fri May 05 2023

Tertuduh, Nguyen Thi Cam Nhung mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Nabilah Nizam. - Foto Astro AWANI

Aduan jalan berlubang di WP perlu selesai dalam masa 12 jam - Dr Zaliha
Aduan mengenai jalan berlubang di Wilayah Persekutuan perlu diselesaikan dalam tempoh 12 jam berbanding 24 jam sebelum ini.
Aduan di Wilayah Persekutuan perlu selesai dalam masa 12 jam - Dr Zaliha
Aduan mengenai jalan berlubang di Wilayah Persekutuan perlu diselesaikan dalam tempoh 12 jam berbanding 24 jam sebelum ini.
Aliran trafik lancar 30 peratus tanpa kenderaan berat
Larangan pergerakan kenderaan berat di beberapa jajaran lebuh raya terpilih sekitar Lembah Klang menyaksikan aliran trafik lancar sehingga 30 peratus pada waktu puncak.

Mahkamah akan dengar saman bekas ADUN Nenggiri berhubung penamatan keahlian Bersatu
Mahkamah Tinggi memutuskan akan mendengar saman pemula difailkan bekas ADUN Nenggiri Mohd Azizi Abu Naim bagi mencabar penamatan keahliannya daripada Bersatu.
AWANI Ringkas: JIM gempur flat Chow Kit, tahan 124 PATI
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Saya sokong menggantung lesen atas kesalahan yang serius '- YB Jelutong
Menteri Pengangkutan berkata lesen tidak boleh dibatal sewenang-wenangnya oleh JPJ. Hukuman untuk menggantung lesen bergantung kepada tahap keseriusan dan ditentukan oleh mahkamah. #AWANInews

Pengasuh dengar suara Zayn Rayyan cuba lepaskan diri daripada seseorang
Pengasuh Zayn Rayyan telah mendengar suara kanak-kanak autistik itu seakan-akan mahu melepaskan diri daripada seseorang di Blok R, Pangsapuri Idaman pada 5 Disember 2023 lalu.

Sun Life Malaysia lantik Noor Azam Mohd Yusof sebagai CEO unit takaful
Sun Life Malaysia (Sun Life) melantik Noor Azam Mohd Yusof sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sun Life Malaysia Takaful Bhd (SLMT) berkuat kuasa 3 Feb, 2025.
'Kapal yang berlabuh tidak perlu serah dokumen secara fizikal'-Anthony
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke telah mengumumkan satu aplikasi di mana semua dokumen kapal yang berlabuh tidak perlu diserahkan secara fizikal dan akan dilakukan secara dalam talian. #AWANInews

Tol MLFF dilaksana PLUS usaha konsesi sendiri - Ahmad Maslan
Sistem Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF) yang akan dilaksanakan oleh PLUS adalah atas usaha persendirian syarikat konsesi itu.

Polis Pulau Pinang tingkat kawalan susulan kejadian ceroboh balai, cuba rampas senjata
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad berkata, semua anggota bertugas diminta sentiasa berwaspada terhadap sebarang kemungkinan.

Lelaki ceroboh, serang anggota di Balai Polis Balai Dato' Keramat ditahan
Polis menahan seorang lelaki yang dipercayai menyerang anggota polis di Balai Polis Dato' Keramat, George Town pada Ahad.

Wanita Vietnam didakwa serang polis guna gunting
Tertuduh didakwa menyerang atau menggunakan kekerasan jenayah dengan mengacukan gunting terhadap Inspektor Mohd Shahrol Firrdaus Senawi.

Lelaki ditahan serang, tumbuk dua anggota polis
Suspek seorang lelaki tempatan merangkul leher dan menumbuk muka anggota polis berkenaan yang ingin menjalankan pemeriksaan terhadapnya.