BAGAN SERAI: Seorang wanita warga emas ditemui maut dalam keadaan separuh bogel dengan kesan potong serta tikaman pada telinga, leher dan pipi di sebuah rumah di Kampung Tersusun Lima, Kerian dekat sini pada Selasa.
Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kerian menerima maklumat berkenaan kira-kira pada jam 6.45 petang.
Menurutnya, siasatan sepasukan anggota dan pegawai daripada Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) IPD Kerian menemukan mayat mangsa yang berusia 61 tahun terbaring dalam bilik tidurnya.
“Terdapat kesan darah pada bantal, tilam serta dinding. Terdapat juga kesan luka potong dan tikaman pada telinga, leher serta pipi mangsa.
“Selain itu, terdapat kesan lebam pada kedua-dua lengan mangsa dipercayai akibat pergelutan dengan suspek dalam usaha mempertahankan diri,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Menurutnya lagi, suspek dipercayai memecah masuk ke rumah mangsa berdasarkan kepada kesan umpil pada tingkap dan tiga keping cermin yang ditanggalkan.
Namun katanya, polis mendapati tiada barang-barang berharga milik mangsa yang dilarikan suspek.
“Mayat mangsa telah dihantar ke unit forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh untuk dibedah siasat dan punca kematian mangsa disebabkan luka tikaman pada bahagian leher.
“Pihak polis masih menyiasat motif sebenar kejadian dan usaha mengesan suspek sedang giat dijalankan. Kes kini disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” ujarnya.
Amirrul Rabbani
Wed May 24 2023

Polis menemui mayat mangsa yang berusia 61 tahun terbaring dalam bilik tidurnya. - Gambar hiasan

KPKT bentang 12 komitmen untuk kesejahteraan rakyat
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah membentangkan 12 komitmen untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat sempena Permukiman Jemaah Menteri Kerajaan MADANI yang berlangsung semalam.
AWANI Ringkas: Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PRK DUN Ayer Kuning: Ahmad Zahid harap SPR ambil kira Ramadan
Ahmad Zahid berkata pihaknya berpendapat tidak perlu tergesa-gesa mengadakan pilihan raya kecil itu memandangkan ketibaan Ramadan.

Turkiye di kedudukan ke-11 dunia dalam eksport industri pertahanan - Erdogan
Erdogan berkata negara itu berada di ambang transformasi besar dan kejayaan ekonomi yang memberangsangkan.

Polis Perak berkas 15 ahli sindiket tawar pekerjaan tidak wujud
Polis menahan 13 warga China terdiri daripada 12 lelaki dan seorang wanita berusia antara 26 hingga 41 tahun.

Laluan udara baharu hubungkan Xi'an dengan Malaysia
Perkhidmatan penerbangan harian baharu yang menghubungkan Xi'an, China dengan Kuala Lumpur dibuka secara rasmi pada Ahad.
AWANI 7:45 [23/2/2025] – Reman Tiga Dan Lima Hari | Tekanan Darah Turun Dan Naik | SPRM Bebas Ambil Tindakan | 48,329 Kematian
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Irfan Faruqi
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- SPRM tahan empat pegawai Ismail Sabri, termasuk dua bergelar Datuk
- Ismail Sabri masih dalam pemantauan rapi.
- PM nafi dakwaan dendam, tidak campur urusan SPRM
- Kematian penduduk Palestin meningkat walaupun tempoh gencatan senjata
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- SPRM tahan empat pegawai Ismail Sabri, termasuk dua bergelar Datuk
- Ismail Sabri masih dalam pemantauan rapi.
- PM nafi dakwaan dendam, tidak campur urusan SPRM
- Kematian penduduk Palestin meningkat walaupun tempoh gencatan senjata
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews

Letusan Gunung Lewotobi: Indonesia pindahkan 250 keluarga ke rumah sementara
Kerajaan Indonesia telah menempatkan semula 250 keluarga yang terjejas akibat letusan Gunung Lewotobi Laki-Laki di Nusa Tenggara Timur dari pusat perlindungan pelarian ke rumah sementara.

Mobile Legend Bang Bang diperkenal di Sukan Asia 2026
Sukan Asia bakal berlangsung di Nachi-Nagoya, Jepun dari 19 September hingga 4 Oktober 2026.

Vikneswaran pertahan jawatan Presiden KLHA
Vikneswaran berkata beliau akan memberi fokus kepada membangunkan akar umbi sukan hoki negeri.

Wanita warga emas ditemui maut dengan kesan kelar, tikaman pada leher, telinga, pipi
Seorang wanita warga emas ditemui maut dalam keadaan separuh bogel dengan kesan potong serta tikaman pada telinga, leher dan pipi di sebuah rumah di Kampung Tersusun Lima, Kerian pada Selasa.