JOHOR BAHRU: Seorang wanita warga emas meninggal dunia dilanggar keretanya sendiri yang bergerak dalam keadaan mengundur, dipercayai akibat terlupa menarik brek tangan, selepas memarkir kenderaan itu di kediamannya di Taman Sri Amar di sini pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan ACP Raub Selamat berkata dalam insiden pada 10.40 pagi itu, mangsa berusia lingkungan 60-an disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat cedera parah di bahagian kepala dan badan selepas dilanggar serta diseret kira-kira 10 meter ke jalan raya.
"Kematian mangsa telah disahkan oleh Pegawai Perubatan Hospital Sultan Ismail dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
"Pada masa sama, kita memohon agar saksi yang melihat kejadian tersebut untuk tampil ke Balai Polis Trafik Johor Bahru Selatan untuk memberi keterangan atau berhubung dengan Pegawai Penyiasat Inspektor Nurul Hafiza Othman di talian 014-806 8350," menurutnya dalam kenyataan pada Khamis.
Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan II Hadi Mohamad pula berkata semasa pihaknya iaitu pasukan keluaran operasi (PKO) tiba di lokasi kejadian, didapati sebuah kereta jenis Perodua Axia telah bergerak dalam keadaan mengundur ketika mangsa hendak membuka pintu pagar rumahnya.
"PKO bertindak mengangkat mangsa yang ditemukan di antara kereta dan tembok rumah itu dengan menggunakan pengusung sebelum dia disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
"Jenazah mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya," menurut beliau dalam kenyataan berasingan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 16 2024
Raub berkata, mangsa berusia lingkungan 60-an disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat cedera parah di bahagian kepala dan badan selepas dilanggar serta diseret kira-kira 10 meter ke jalan raya. - Gambar hiasan/iStock
Sektor penerbangan Malaysia 2025 bakal alami pertumbuhan ketara
Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) menjangkakan sektor penerbangan Malaysia mengalami pertumbuhan yang ketara pada tahun 2025.
AWANI Borneo [15/01/2025] - Kebakaran besar| Bekalan gas| Maritim
AWANI Borneo 15 Januari 2025 bersama Jasmine Abu Bakar
1. Kebakaran di Kanowit, 88 penghuni rumah panjang tinggal sehelai sepinggang.
2. PETROS akan laksana fungsi sebagai agregator tunggal.
3. Komuniti nelayan diperkukuh bantu dasar Ekonomi Biru
1. Kebakaran di Kanowit, 88 penghuni rumah panjang tinggal sehelai sepinggang.
2. PETROS akan laksana fungsi sebagai agregator tunggal.
3. Komuniti nelayan diperkukuh bantu dasar Ekonomi Biru
Sabah softwood peruntuk RM3.6 juta bina sekolah CLC sejak 2020
Bagi menyediakan akses pendidikan kepada anak anak pekerja ladang, RM3.6 juta diperuntukkan Sabah Softwood Berhad di Kalabakan sejak Julai 2020
ia pembinaan enam buah Sekolah Comunity Learning Centre (CLC) bagi anak-anak pekerja Indonesia yang bekerja di syarikat itu.
ia pembinaan enam buah Sekolah Comunity Learning Centre (CLC) bagi anak-anak pekerja Indonesia yang bekerja di syarikat itu.
Loke harap penyusunan semula MAHB dimuktamad tidak lama lagi
Loke menyatakan ketidakpuasan hati terhadap kelewatan keputusan oleh MAHB, termasuk projek aerotrain yang mendapat kritikan.
Komuniti nelayan diperkukuh bantu dasar ekonomi biru
Kerajaan komited dalam usaha memperkukuh sosioekonomi komuniti nelayan tradisi di Sipitang melalui pelaksanaan inisiatif berkaitan ekonomi biru.
Labuan lancar Pelan Tindakan Pelancongan Komprehensif bagi 2025-2030
Pelan tindakan ini menjadi panduan strategik, menggariskan pelbagai inisiatif yang akan diambil untuk meningkatkan sektor pelancongan Labuan dari 2025 hingga 2030.
Penerima SARA rancang perbelanjaan, utamakan keperluan asas
Kebanyakan penerima dan bakal penerima (SARA) di Lahad Datu sudah mula merancang perbelanjaan, termasuk membeli pelbagai barangan keperluan asas.
Bantuan: SARA melalui MyKad disalurkan bermula hari ini
Usaha penyaluran Sumbangan Asas Rahmah (SARA) melalui penggunaan MyKad akan diperluaskan ke Sabah dan Sarawak pada tahun ini berbanding hanya di negeri-negeri Semenanjung Malaysia pada 2024.
88 penghuni rumah panjang tinggal sehelai sepinggang
Kira-kira 88 penghuni tinggal sehelai sepinggang apabila rumah panjang rumah mereka musnah sepenuhnya dalam satu kebakaran di Rumah Paulus Yan, Sungai Bawan di Jalan Nibong Tada pada rabu.
ASEAN 2025 | 15 Jan
ASEAN 2025 hari ini bersama Pia Ernadya membawa tumpuan berikut:
Rompak warga emas: Dua warga Indonesia dipenjara lima tahun, satu sebatan
Mereka didakwa mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan.
Polis mohon bantuan kesan Hussin Othman
Polis memohon bantuan orang ramai untuk mengesan seorang lelaki warga emas berusia 65 tahun yang dilaporkan hilang di Hospital Kuala Lumpur.
Hukuman mati bekas pemandu lori rogol, liwat, bunuh warga emas digantikan penjara 40 tahun
Mahkamah Persekutuan hari ini menggantikan hukuman mati bekas pemandu lori yang didapati bersalah membunuh wanita warga emas berusia 85 tahun kepada penjara 40 tahun.
Warga emas maut kereta dinaiki terbabas di LPT2
Seorang warga emas maut manakala dua anak lelakinya cedera selepas kereta dinaiki mereka terbabas di Kilometer 258.8 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2).
Tersilap tekan pedal, warga emas 83 tahun langgar kedai stesen minyak
Gara-gara tersilap tekan minyak, sebuah kereta terlanggar motosikal yang diparkir menyebabkan dinding kaca berdekatan stesen minyak di Taman Cindai Jaya, Sungai Petani runtuh.
Warga emas rugi hampir RM1 juta terperdaya pelaburan tidak wujud
Seorang lelaki warga emas kerugian RM974,000 akibat terperdaya dengan tawaran skim pelaburan tidak wujud secara dalam talian, baru-baru ini.
Warga emas maut dalam nahas 4 kereta di Machang
Seorang lelaki warga emas maut selepas kereta yang dipandunya terlibat dalam kemalangan bersama tiga buah kenderaan di Kilometer 51, Jalan Kota Bharu-Kuala Krai, Machang, hari ini.
Warga emas ditahan cabul anak jiran usia enam tahun
Suspek dipercayai melakukan perbuatan tersebut ketika kanak-kanak itu sedang bermain di halaman rumahnya.
Terlajak tekan pedal, Myvi rempuh stesen minyak
Siasatan mendapati kenderaan terlibat hilang kawalan selepas melanggar bonggol menyebabkan pemandunya tertekan pedal minyak.
Kematian pertama akibat selesema burung dilaporkan di AS
Seorang pesakit di negeri Louisiana, Amerika Syarikat (AS) menjadi individu pertama meninggal dunia akibat selesema burung atau H5N1 di negara itu, kata pihak berkuasa pada Isnin, lapor Xinhua.