KUCHING: Seorang wanita warga emas berusia awal 70-an berputih mata apabila mengalami kerugian berjumlah RM800,000 akibat terpedaya dengan pulangan pelaburan mata wang digital kripto tidak wujud di media sosial yang menjanjikan keuntungan AS$5 juta (RM23.65 juta).
Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mancha Ata berkata bekas pekerja sebuah institusi kewangan di sini itu tertarik dengan pulangan pelaburan tersebut yang kononnya dikendalikan sebuah syarikat dikenali sebagai "Accerx" yang berpangkalan di Hong Kong melalui Facebook.
"Mangsa kemudian telah menekan satu pautan sebelum nombor telefon beliau dimasukkan ke dalam kumpulan WhatsApp 'X-4 Beacon pasaran saham secara automatik.
"Selepas itu, mangsa berurusan dengan seorang wanita yang kononnya wakil syarikat Accerx, suspek telah memberi penerangan mengenai pelaburan itu yang menjanjikan keuntungan 20 hingga 30 kali ganda," katanya menerusi kenyataan di sini, hari ini.
Mancha berkata mangsa bersetuju membeli beberapa 'coin' tersebut dalam nilai dolar Amerika Syarikat (USD) secara berperingkat dan telah diberikan ID bagi membolehkannya mengakses laman web www.accerxq.com untuk membuat pelaburan dan memantau keuntungan yang diperolehi.
"Mangsa melakukan empat transaksi pembayaran berjumlah lebih kurang RM800,000 melalui pemindahan wang secara dalam talian, mesin deposit tunai dan kaunter bank ke dua akaun bank atas nama syarikat tidak dikenali pada penghujung bulan ini.
"Mangsa hanya menyedari ditipu setelah gagal mengeluarkan wang keuntungan berjumlah lebih kurang AS$5 juta, malah suspek meminta mangsa membuat bayaran cukai berjumlah RM1.2 juta sekiranya ingin mengeluarkan wang pelaburan dan keuntungan tersebut," katanya.
Kes itu kini disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaaan kerana menipu dengan cara mendorong supaya harta diserahkan dan jika disabitkan kesalahan, boleh dipenjarakan tidak kurang setahun atau 10 tahun serta sebatan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 31 2024
![Wanita warga emas putih mata rugi RM800,000 terpadaya pelaburan kripto tidak wujud Wanita warga emas putih mata rugi RM800,000 terpadaya pelaburan kripto tidak wujud](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/51705221026_scam.jpg)
Seorang wanita warga emas berusia awal 70-an berputih mata apabila mengalami kerugian berjumlah RM800,000 akibat terpedaya dengan pulangan pelaburan mata wang digital kripto tidak wujud di media sosial. - Gambar hiasan
![Penglibatan lebih ramai pemain industri, pekebun kecil tingkat pengeluaran koko negara - Johari Penglibatan lebih ramai pemain industri, pekebun kecil tingkat pengeluaran koko negara - Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739223619_JohariAbdulGhani.jpg)
Penglibatan lebih ramai pemain industri, pekebun kecil tingkat pengeluaran koko negara - Johari
Negara pada masa ini hanya mampu menghasilkan kira-kira 450 tan biji koko setahun, berbanding 300,000 tan setahun sekitar 20 tahun lepas.
![Lebih 50 peratus rakyat Amerika setuju dengan prestasi kerja Trump - Tinjauan Lebih 50 peratus rakyat Amerika setuju dengan prestasi kerja Trump - Tinjauan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61738813756_DonaldTrump.jpg)
Lebih 50 peratus rakyat Amerika setuju dengan prestasi kerja Trump - Tinjauan
Pada masa sama, 47 peratus responden tidak bersetuju dengan prestasi Trump di Rumah Putih.
![Sarawak tingkatkan pengeluaran hidrogen hijau komersial - Abang Johari Sarawak tingkatkan pengeluaran hidrogen hijau komersial - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739181364_AbangJohari.jpg)
Sarawak tingkatkan pengeluaran hidrogen hijau komersial - Abang Johari
Sarawak meningkatkan pengeluaran hidrogen hijau komersial dengan memanfaatkan sumber hidrokuasanya yang berlebihan bagi memenuhi permintaan Asia yang semakin bertambah terhadap bahan api bersih.
![Vaksin influenza percuma untuk warga emas langkah progresif, tingkatkan kesejahteraan di usia emas Vaksin influenza percuma untuk warga emas langkah progresif, tingkatkan kesejahteraan di usia emas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/71652936420_Vaccine.jpg)
Vaksin influenza percuma untuk warga emas langkah progresif, tingkatkan kesejahteraan di usia emas
Warga emas iaitu mereka yang berumur 60 tahun ke atas akan menikmati vaksin influenza secara percuma bermula 18 Februari 2025.
![Melaka tarik lesen, senarai hitam penganjur dan peniaga jual lesen bazar Ramadan Melaka tarik lesen, senarai hitam penganjur dan peniaga jual lesen bazar Ramadan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/61681454653_BazarRamadan.jpg)
Melaka tarik lesen, senarai hitam penganjur dan peniaga jual lesen bazar Ramadan
Kerajaan Melaka akan mengambil tindakan tegas termasuk menarik lesen dan menyenaraihitamkan peniaga yang dikesan menjual lesen perniagaan bazar Ramadan kepada pihak ketiga.
![Insinerator Batu Arang: Kerajaan negeri terbuka dengan kritikan, pandangan penduduk Insinerator Batu Arang: Kerajaan negeri terbuka dengan kritikan, pandangan penduduk](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739195288_TBNgSueeLim.jpg)
Insinerator Batu Arang: Kerajaan negeri terbuka dengan kritikan, pandangan penduduk
Selangor sentiasa terbuka mendengar pandangan penduduk berhubung pembangunan loji rawatan termal atau insinerator di Batu Arang, Rawang antaranya dengan mengadakan sesi pendengaran awam.
![Fahmi tinjau integrasi 5G di RGTSU Melaka Fahmi tinjau integrasi 5G di RGTSU Melaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739194097_FahmiFadzil.jpg)
Fahmi tinjau integrasi 5G di RGTSU Melaka
Menteri Komunikasi tinjau integrasi 5G di Terminal Pengegasan Semula Sungai Udang (RGTSU), Melaka.
![Eksport minyak sawit susut 12.94 peratus kepada 1.17 juta tan pada Januari 2025 - MPOB Eksport minyak sawit susut 12.94 peratus kepada 1.17 juta tan pada Januari 2025 - MPOB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51723453412_MinyakSawitMalays.jpg)
Eksport minyak sawit susut 12.94 peratus kepada 1.17 juta tan pada Januari 2025 - MPOB
Jumlah eksport minyak sawit Malaysia pada Januari 2025 berkurangan sebanyak 12.94 peratus kepada 1.17 juta tan daripada 1.34 juta tan pada Disember 2024.
[TERKINI] Hamas tangguh pembebasan tebusan Israel yang dijadualkan pada Sabtu
Hamas berkata ia akan menangguhkan pembebasan tebusan yang dijadualkan pada hari Sabtu.
Naomi Campbell bertemu PM Thailand bincang industri fesyen
Shinawatra mengalu-alukan legenda pentas peragaan British itu ke pejabat perdana menteri di Bangkok bagi membincangkan cara membantu membangunkan industri fesyen Thailand.
![Wanita warga emas putih mata rugi RM800,000 terpadaya pelaburan kripto tidak wujud Wanita warga emas putih mata rugi RM800,000 terpadaya pelaburan kripto tidak wujud](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/51705221026_scam.jpg)
Wanita warga emas putih mata rugi RM800,000 terpadaya pelaburan kripto tidak wujud
Seorang wanita warga emas berusia awal 70-an berputih mata apabila mengalami kerugian berjumlah RM800,000 akibat terpedaya dengan pulangan pelaburan mata wang digital kripto tidak wujud.
![Penggunaan bitcoin dilarang dalam Islam Penggunaan bitcoin dilarang dalam Islam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-11/51542430602_ZulkifliMohamad.jpg)
Penggunaan bitcoin dilarang dalam Islam
Penggunaan mata wang bitcoin (mata wang digital) pada masa kini dilihat mampu mengundang pelbagai kemudaratan terhadap sistem kewangan negara.
![Wang digital dicuri, persatuan mata wang kripto Jepun bakal bergabung Wang digital dicuri, persatuan mata wang kripto Jepun bakal bergabung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-02/51518754275_cryptorubles.jpg)
Wang digital dicuri, persatuan mata wang kripto Jepun bakal bergabung
Ia bagi menjamin keselamatan pelabur pasca kes kecurian wang digital bernilai AS$530 juta bulan lepas.
![Tiada kes mata wang digital diguna bagi pembiayaan keganasan di Malaysia Tiada kes mata wang digital diguna bagi pembiayaan keganasan di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-11/61511452710_BNMalaysia.jpg)
Tiada kes mata wang digital diguna bagi pembiayaan keganasan di Malaysia
Tiada kes dilaporkan bahawa mata wang digital digunakan bagi pembiayaan keganasan di Malaysia.